PIA - 4

Romance Completed 24909

Arumi berjalan menyusuri susur gajah dengan perlahan. Kalau melaju nak terus ke kelas macam awal lagi. Takpelah biarkan sahaja diri ini menikmati suasana pagi di sekitar kampus. Selalunya waktu macam ni tak ramai pelajar kerana ada beberapa kelas sahaja akan ada pada waktu pagi. Jadi tenanglah sikit hatinya nak berjalan dengan girang.

Beberapa ketika, dalam tidak sedar, berhenti juga akhirnya langkah kaki dihadapan pintu kelas. Arumi menolak daun pintu untuk masuk ke kelas. Sedang dia menapak untuk duduk ke meja, tiba-tiba seseorang menyapa.

"Arumi..."

Arumi toleh ke arah suara itu. "Ya?"

"Happy birthday!"

"Birthday? Eh hari ni birthday aku ke?" Soalnya blur. Terus dia lihat tarikh pada skrin telefonnya. "Haahlah. Hari ni birthday aku."

"Lah kau pon. Birthday sendiri tak ingat."

"Mana aku ingat, busy tahu tak?"

"Ya, make sense lah sebab kau kan budak belajar."

"Ish mana ada. Kau ni. Ada-ada je. Eh by the way, thank you Wiyah."

"Welcome." Senyum Wiyah.

Arumi melabuh duduk ditempatnya. Tak lama, datang teman sekelasnya seorang demi seorang masuk ke kelas itu. Dan setiap kali itulah mereka menyapa dan mengucapkan selamat hari lahir kepada Arumi.

Ramai yang sudah hadir memenuhi seisi ruang kelas. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki menepuk tangan dua kali dan ketika itu ramai-ramai menyanyikan lagu 'Happy Birthday' kepada Arumi. Arumi sudah tersenyum simpul. Malu pon ya juga. Nak kata dia ni popular tak lah popular mana. Mungkin kerana dia selalu skor dalam setiap subjek, orang ramai jadi kenal dia.

“Apa bising-bising ni?” Tegur seseorang yang sudah berdiri terpacak dihadapan kelas dengan renungan tajam pada setiap penghuni kelas.

Auto suasana menjadi hening. Cengkerik pon takut hendak berbunyi.

“Ini tempat belajar atau tempat untuk awak bersuka ria?”

Kedengaran bisikan-bisikan umpatan pelajar-pelajar disekeliling Arumi.

“Takkan semua benda nak kena serious?”

“Bapak tak vibe do.”

Begitulah kata-kata yang dapat Arumi tangkap pada pendengarannya.

“Harini birthday Arumi, sir.” Kata salah seorang pelajar lelaki di bahagian belakang kanan Arumi.

Mendengar itu, Adib mengerling ke arah Arumi seketika. Dia kembali mengalih pandang ke arah pelajar lelaki tadi. “Jadi? Ada kena mengena dengan saya ke?”

Tiada balasan dari pelajar lelaki itu.

Adib mengerling sekilas pada pelajar lelaki itu lalu mata berpindah pada keseleruh kelas. “Lain kali, waktu kelas saya, jangan sesiapa pon tunjuk perangai budak-budak tu lagi. Nak wish birthday dan sebagainya, lepas kelas atau sebelum kelas tadi pon boleh. Sekarang masuk waktu saya. Jangan nak main-main lagi. Awak dah semester akhir, dah nak praktikal dah pon. Tolong tunjuk attitude yang sepatutnya. Faham, semua?”

.

"Malika Arumi." Panggil Adib.

Arumi yang sedang berkemas untuk pulang, memanggungkan wajahnya memandang kearah pensyarah muda itu.

"Ikut ke bilik saya."

Arumi sekadar mengangguk. Usai berkemas, terus dia melaju membontoti Adib untuk ke bilik pensyarah.

Baru sahaja dia menapak masuk ke bilik yang menempatkan Adib, terkedu jadinya apabila sesuatu sudah selamat jatuh ke lantai tanpa persediaan untuk dia menangkapnya.

"Awak tengok apa? Kutip kertas kuiz awak tu." Tempik Adib.

Terangkat bahunya dek tempikan itu. Perlahan-lahan dia memungut kertas kuiz itu lalu bersuara perlahan. "Kenapa, sir? Ada yang salah dengan jawapan saya?"

"Awak tanya saya buat apa? Awak tanya sendiri pada diri awak tu. Apa yang awak berangankan selama berada dalam kelas saya? Hampir separuh soalan, jawapan daripada awak banyak kecuaian."

Arumi lekas memeriksa setiap yang dia tulis pada ruangan jawapan. Memang benar, banyak yang salah. Banyak juga typing error pada ejaannya. Macam mana boleh banyak salah pulak ni? Haih, Arumi. Apa yang kau buat ni? Dia menampar pipinya perlahan beberapa kali. Cuai!

"Walaupun ini hanyalah kuiz pada mata awak, tapi 10 markah tu bagai lubuk emas untuk awak score subjek ni. Tapi awak buat tak endah je. Keluar! Malas saya nak nasihatkan awak lagi. Tah apalah yang ada dalam kepala otak awak tu."

Arumi menggelengkan kepalanya tidak terima. "Sir, boleh ke kalau saya nak buat ulangan. Soalan sir boleh ubah. Bagi saya peluang untuk jawab kuiz ni lagi sekali, sir." Mana tidaknya, subjek ini adalah subjek yang susah dia nak score. Walaupun hanya 10 markah, itu juga boleh membantu untuk dia tingkatkan gred sekurang-kurangnya gred B.

"Awak ingat saya ada masa nak layan awak?"

Air liurnya ditelan payah bila nada suara Adib kedengaran sarkastik seperti itu.

"Awak boleh keluar, Arumi. Jangan sampai saya ulang yang ketiga kalinya."

"Sir, please." Pohon Arumi dengan wajah kendur.

"Get out!" Jerkah Adib.

Terangkat bahunya dek terkejut. Berkaca mata Arumi bila melihat Adib tiada tanda-tanda untuk memberi dia peluang langsung.

.

"Bro.” Adib menghulur tangan untuk bersalaman dengan Ezrel yang baru sampai di tempat yang mereka janjikan untuk bertemu. Ezrel menyambut salam itu lalu duduk berhadapan dengan kawan baiknya itu. “How’s your married life, bro? Aku mintak maaf, aku tak dapat hadir majlis kawin kau haritu. Yelah, aku still dekat England kan waktu tu."

“Eh takpe. Aku pon tak sudi nak kenalkan dia dekat kau. Kalau bahagia, dah lama aku peluk bini dalam bilik, bro.” Senyuman senget terukir dibibir.

“Kau tak boleh macam ni tau, Rel. Macam mana pon, dia isteri kau.”

“Kalau kau kat tempat aku, aku rasa kau pon akan buat benda yang sama dengan apa yang aku buat sekarang, Dib. Kau tahu kan aku dengan Sofea dah lama bersama? Kitorang dah janji, lepas Sofea dah jadi penari ballet profesional tu, kitorang akan berkawin. Tup-tup aku yang mungkir janji tu. Padahal aku yang merayu supaya dia tunaikan janji.” Ezrel mengangkat tangannya memanggil pelayan restoren.

“Macam mana sekali pon kalau kau tolak isteri kau tu, dia yang halal untuk kau, Rel. Rezeki depan mata kot. Tipulah kau tak tergoda dengan dia."

Ezrel ketawa lucu. “Tak naik pulak nafsu aku bila pandang dia sejak aku kawin dengan dia, bro."

"Haih, kau ni Rel. Kalau aku jadi kaulah kan. Bersyukur betul aku ada orang carikkan bini untuk aku. Tak payah penat-penat kenal dengan bermacam ragam perempuan. Lagi-lagi perempuan tu baik, rajin, pandai jaga perut suami. Aku simpan bini aku tu dalam poket seluar aku ni. Bahagia betul aku dah ada orang siapkan segala kelengkapan aku. Makan pakai semua terjaga."

Ezrel ukir senyum. Dia tiba-tiba mendapat satu akal. “I think I have found the way."

“Hah?”

“Sejak dari lepas akad nikah lagi aku fikir banyak cara supaya budak tu mintak cerai dengan aku. Akhirnya kau dah bukak cara tu untuk aku, Dib.”

“Apa maksud kau sebenarnya ni, Rel?”

“Pikat isteri aku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience