PIA - 9

Romance Completed 24909

Ezrel masuk ke bilik bacaan. Berpeluk tubuh sambil bersandar bahu di permukaan pintu yang terbuka. Memerhati Arumi yang sedang berdiri diatas tangga aluminium sibuk membersihkan habuk menggunakan bulu ayam. Dia mengetuk daun pintu itu. “Kau ada nampak tak tie aku yang warna biru tu?”

Arumi mengerling kearah Ezrel sekilas kemudian meneruskan sahaja kerjanya. “Ada dalam poket seluar saya ni.”

Ezrel terngadah. Dah pandai pulak meloyar buruk dengan aku. “Kalau takde cakap takde. Tak perlulah nak jawab macam tu.”

Arumi tersedar sesuatu. Aduh, kau ni Arumi. Sekarang kau tengah dalam proses memikat suami. Tamaulah jawab macam tu. Dengan spontan, Arumi menjatuhkan tubuhnya ala-ala penerjun negara.

“Arumi!” Tak semena-mena Ezrel menangkap tubuh itu dari terjatuh ke lantai. Mereka sekarang sedang dalam keadaan bridal carry. Arumi peluk leher Ezrel apabila selamat didalam pelukan lelaki itu.

“Jom kita carik tie awak sama-sama.” Bicara Arumi menggoda.

Terus pandangan Ezrel berubah menjadi pandangan helang. “Kau ada sembilan nyawa ke? Kalau aku tak tangkap kau, jangan harap nak bernafas lagi dekat dunia ni.”

Dia melihat keadaan mereka sekarang kemudian mata melihat kearah tangga yang dia gunakan tadi. Arumi melepaskan tawa lucu. “Awak. Setakat jatuh dari tangga yang hanya berukuran 8 step tu, tak mati punyalah. Paling tidak pon, terseliuh je.”

“Kau jangan cakap besarlah. Lepasni, jangan harap aku nak tolong kau.”

“Jadi awak nak biarkan jelah? Kalau mummy tahu, habislah awak.”

“Sikit-sikit mummy. Sikit-sikit mummy. Dasar pengadu.” Wajah Ezrel cemberut.

Mengekek Arumi ketawa. “So, bila awak nak turunkan saya dari pelukan awak ni?”

Terus dia tersedar langsung dia melepaskan Arumi dalam pelukannya. Dahlah tanpa isyarat, hampir sahaja Arumi betul-betul akan jatuh ke lantai. Nasib dia berjaya seimbangkan badan. “Hish, elok-eloklah. Saya tak merasa ada anak lagi tau. Kalau jatuh peranakan saya, awak jawab dengan suami saya nanti.”

Ezrel tersentak. Suami? Habis aku ni apa? Tunggul?

“Bila last awak pakai tie tu?”

“Khamis.”

“Mungkin ada dekat bawah kusyen sofa ruang tamu. Sebab khamis tu, balik kerja, tak silap saya awak terus baring dekat situ.”

.

Sekali lagi Ezrel terpaksa menghantar Arumi ke kolej selepas kalah betting lepas tengok tv siapa menang dalam perlawanan bola sepak malam tadi. “Kalau awak tak nak hantar saya, saya bagitahu mummy.” Bukan hari ini sahaja, malah setiap hari.

“Asik-asik nak mengadu dekat mummy. Kalau berani sangat, buatlah.”

Terus telefon di poket seluarnya dikeluarkan.

Cepat Ezrel merampas telefon itu. Pelik pulak dia. Takkan Arumi bawak telefon kemana-mana semata untuk mengugut dirinya supaya ikut apa yang dia minta seperti kerbau dicucuk hidung.

Arumi disebelahnya dipandang sekilas. Gadis itu sedang menatal skrin telefon. Apalah yang sibuk sangat dari keluar rumah sampai sekarang duk tengok telefon tu. Siap senyum-senyum lagi. Monolognya.

Semasa kereta yang dipandu Ezrel berhenti tepat dihadapan lobi fakulti, Arumi berpaling ke sisi. Dapat dia melihat wajah tidak puas hati lelaki itu. Arumi simpan ketawa kemenangan.

Kemudian dia terus keluar dari perut kereta. Ketika itu, dapat dia menangkap sosok seseorang yang dia kenali juga baru keluar dari kereta. Terus bercahaya wajahnya. “Sir!” Tangan melambai-lambai kepada seseorang.

Ezrel menoleh kearah lambaian Arumi itu. “Terima kasih awak. Saya pergi dulu.” Cepat Arumi menutup pintu kereta lalu bergegas menghampiri Adib.

Ezrel menatap dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir. Hatinya seperti terusik bila melihat situasi itu.

Apa yang dia pasti, setiap kali melihat Adib, tatapan Arumi cerah pada pandangan matanya.

Apakah sudah terbit secebis perasaan wanita itu kepada kawan baiknya? Alangkah baiknya kalau itu memang benar-benar berlaku. Lagi mudahlah kerja untuk bersama dengan Sofea.

Haih, memikirkan tentang itu, bilalah Sofea akan dengar cakap dia supaya berhenti dari melakukan kerja-kerja seperti itu. Selagi Sofea masih berkeras untuk melakukan kerja yang tidak enak dipandang mata itu, selagi itu makin payah untuk dia bawa Sofea masuk ke dalam keluarganya. Puan Rohani orang pertama yang akan menentang sekeras-kerasnya sekiranya Sofea yang akan menjadi pilihan hatinya setelah dia bercerai dengan Arumi nanti.

.

"Rel..."

Ezrel angkat wajah bila fokusnya terganggu dek daun pintu bilik officenya ditolak dari luar. Terjengul kepala seorang wanita yang amat dia rindukan. Langsung bercahaya wajahnya bila sudah mengenal pasti gerangan itu. Sudah hampir dua minggu tidak ketemu.

"Sayang!" Dia bangun langsung menerpa ke arah Sofea. Bahu wanita kesayangannya dipegang kejap sebelum memeluk erat tubuh langsing itu. "Bila you balik? You tahu tak I rindu you sangat-sangat?"

Sofea membalas pelukan Ezrel. Melepaskan rindu. "I baru sampai semalam. You ingat, you sorang je ke tengah tahan rindu?" Pelukan dilepaskan. Mata Ezrel dipandang dalam menggambarkan betapa dia rindu akan lelaki itu. "I dekat sana, punyalah menghitung hari untuk settle kerja I cepat-cepat supaya boleh balik cepat nak lepaskan rindu I pada you."

"Eii sayang! Rindunya!" Sekali lagi tubuh Sofea dibawa ke dalam pelukan.

"Dah sampai waktu rehat you ke? I laparlah. You temankan I?"

Ezrel lepaskan tubuh itu. Dia melihat jam ditangan. "Err lagi sepuluh minit. Tapi okey je kalau I nak keluar sekarang. Jom." Terus tangan Sofea digenggam dan ditarik mengikuti langkahnya keluar dari bilik itu.

"Okey, kali ni you cuti berapa lama?"

"For a week."

"You plan nak buat apa?"

"I tak tahulah. Mungkin duduk rumah, kalau bosan sangat I akan keluar shopping mungkin. I don't know. I haven't thought about it yet."

"Kalau macam tu, apa kata kita pergi holiday? Nak tak? Kita pergi Thailand? How about Bali?"

Bersinar langsung mata Sofea bila mendengarkan perancangan itu. "Really, baby? Holiday? Just two of us?"

"Ya, sayang. Kita berdua. Kalau you setuju, kita bertolak esok."

"Of course I nak." Laju sahaja sahutan Sofea. Terus dia memeluk lengan Ezrel erat. Sudah dapat dia membayangkan keindahan kepulauan nusa tenggara. Dapatlah dia merehatkan diri mencari ketenangan sebelum kembali sibuk dengan kerja. Pakej, sekali adanya Ezrel Hakimi, sang pujaan hati pengarang jantung.

.

"Awak datang naik apa tadi?" Sengaja dia bertanya. Padahal dia nampak sahaja Arumi keluar dari perut kereta grab tadi.

"Grab." Balas Arumi ringkas.

"Rel tak hantar awak?" Soalnya cukup berhati-hati.

"Outstation katanya, sir. Jadi, seminggulah dia takde kat rumah."

Dalam diam, Adib menggelengkan kepalanya. Dahlah tinggal bini sorang-sorang. Menipu pulak. "Rel. Rel." Terluncur nama itu dari bibir Adib tanpa dia sedar.

"Hah?"

"Apa?" Pelik.

"Sir keluh nama Ezrel tadi. Sir ada nak bagitahu saya apa-apa ke?"

"Eh takde."

"Lama jugak seminggu. Awak duduk sorang je ke dekat rumah tu?"

"Takdelah. Saya balik rumah ibu ayah saya. Awak ingat, saya ni berani sangat ke? Dengar bunyi guruh pon saya dah menangis teresak-esak." Arumi ketawa dihujung kata.

"Baguslah. Risau pulak saya kalau betul awak duduk sorang-sorang dekat rumah tu."

"Takdelah. Hurm. Okeylah, sir. Saya dah nak masuk kelas ni. Saya pergi dulu."

Adib menunduk mengiyakan. Hilang bayangan Arumi, tepat ketika itu juga ada pesanan Whatsapp dari seseorang. Adib mengeluarkan handphone dari poket seluarnya. Terus nama Ezrel ditekan lalu dibaca isi pesanan itu.

[ Ini peluang kau untuk dekat dengan isteri aku, Adib. Thank me later. ] - Ezrel

Terukir senyuman senget di bibir Adib. "Kesian awak, Arumi. Dia tak hargai awak selayaknya sebagai seorang isteri. Saya janji, bila saya berjaya dapatkan awak, saya tak akan perlakukan awak sama seperti dia perlakukan awak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience