PIA - 23

Romance Completed 24909

"Sayang..." Satu sentuhan terasa hinggap pada ubun-ubun kepalanya.

Arumi perlahan membuka mata. Kabur sehingga dapat menerima cahaya ke retina mata. Mata berkeliling. Tempat itu sedikit asing baginya. Dia kalih pandang ke arah lelaki disisi. Adib?

"Lamanya tidur."

Dahi wanita itu jelas berkerut seribu. "Abang?"

"Kenapa pandang abang macam tu? Ada apa-apa dekat muka abang ke?" Tangan spontan mengusap pipinya cuba membersihkan jikalau ada sebarang kotoran.

Dengan sendirinya, air mata Arumi tiba-tiba sahaja keluar tanpa dipinta.

Melihat keadaan itu, dengan pantas Adib yang tadi duduk melutut disebelah katil terus mendapatkan isterinya. "Kenapa, sayang? Sayang sakit perut ke?" Secara reflek Adib menyentuh permukaan perut Arumi yang sedang memboyot.

Arumi dengan cepat menggelengkan kepala.

"Ada apa-apa yang tak kena ke? Janganlah buat abang risau."

Arumi terus menegakkan tubuh memeluk Adib erat.

Walaupun sedikit terkejut dengan pelukan itu, Adib tetap membalas. "Kenapa ni, sayang? Sayang mimpi apa tadi?" Lembut sahaja Adib bertanya sambil tangannya mengusap perlahan belakang Arumi cuba memujuk.

Arumi menolak tubuh itu sedikit. Tangan Adib digapai lalu digenggam erat. "Saya mintak maaf, abang. Saya tahu saya banyak buat salah dengan awak. Saya..."

Adib pantas meletakkan jari telunjuknya ke bibir Arumi menghentikan bicara isterinya itu. "Abang yang patut mintak maaf pada sayang. Abang yang salah. Kalau abang tak ikut rancangan gila Rel, sayang takkan kecewa dengan abang. Sayang tak akan merajuk, balik rumah ibu lebih awal. Abang dah buat sayang tak percaya pada abang."

"Tak, abang. Saya tak salahkan abang. Malah saya berterima kasih sangat dengan Ezrel. Kalau bukan sebab Ezrel, kita tak pernah berjumpa. Kalau bukan sebab Ezrel, kita takkan bersama. Saya bersyukur sangat abang dah tunaikan janji abang untuk buat saya yang istimewa bagi abang. Abang dah buktikan semuanya, abang. Terima kasih."

Adib mengusap pipi lencun dek air mata Arumi lembut. "Lepas abang call ibu, ibu bagitahu sayang ada dekat sini, terus abang drive datang sini sebab nak pujuk sayang. Sampai sini, tengok-tengok sayang tengah nyenyak tidur. Abang tak naklah kacau. Tapi punyalah abang tunggu sayang bangun, sayang tak bangun dari lepas asar sampai dah nak masuk waktu isyak dah pon. Sayang mimpi apa tadi? Sayang tak jawab lagi."

"Saya..." Kata-katanya terhenti. Mengimbau kembali kisah ngeri yang terjadi dalam mimpinya.

"Sayang?"

Arumi tersedar bila terasa ada yang menyentuh pundaknya. Mata lelaki itu dipandang kelam. "Saya mimpi awak tinggalkan saya, Adib. Depan mata saya sendiri saya nampak awak menghembuskan nafas awak yang terakhir." Air matanya kembali merembes keluar dengan lebat.

Lekas Adib mendakap tubuh Arumi erat. "Sayang... Dah... Dah... Kan saya ada depan mata awak ni. Saya tak kemana pon."

"Janji?"

Dahinya sedikit berkerut. "Janji sebab apa pulak?"

"Janji yang awak takkan tinggalkan saya? Janji yang awak akan tetap berada disisi saya. Janji yang kita akan besarkan anak-anak kita sama-sama."

"Anak-anak? Jadi Adam akan ada adik-adiklah kan?"

"Abang, saya serious ni!"

"Okey. Okey. Abang mintak maaf."

"Janji cepat."

"Ya, abang janji yang abang takkan tinggalkan saya melainkan kematian."

"Janganlah sebut mati!"

"Sayang... jodoh, ajal, maut semua dah ditentukan tuhan. Siapa kita nak menidakkan segala sesuatu yang dah dituliskan untuk kita? Kita ni hidup tak lama pon, sayang. Sama ada sayang atau abang, pasti merasakan mati."

"Ya, saya tahu. Tapi janganlah terlalu cepat Allah pinjamkan awak untuk saya. Saya ni tak puas lagi nak manja dengan awak. Saya tak puas lagi nak mengada dengan awak. Nak berkasih sayang dengan awak. Saya belum puas merasa bahagia, Adib. Jadi, tolonglah berjanji dengan saya bersaksikan alam semesta yang awak akan sentiasa ada dengan saya."

"Baiklah. Dengan ini, saya berjanji yang saya takkan tinggalkan Malika Arumi binti Arman. Saya akan tetap berada disisi isteri saya dan akan sama-sama membesarkan anak-anak kami dengan tangan kami sendiri."

Barulah kelihatan Arumi melepaskan nafas lega.

"Bangun, sayang. Awak pergi solat maghrib. Maghrib dah nak habis tu. Nanti lepas solat, kita keluar makan ya? Ibu dah hidangkan makan malam untuk kita."

.

Semua yang berada di dalam ruangan itu, berpaling ke arah pintu bilik wad yang terbuka dari luar.

"Lah Rel rupanya. Ingatkan siapa." Adib mengalukan kedatangan kawan baiknya itu. Tubuh Ezrel ditarik lalu dibawa ke arah katil bayi. "Anak aku Rel, Adam. Adam Harris bin Adib Hilman."

Ezrel tersenyum nipis melihat putera sulung Adib dan Arumi yang sedang tertidur pulas di atas katil itu. "Ikut muka umi dia." Tanpa sedar, bicara itu yang keluar dari dua ulas bibirnya.

"Kan? Aku dah agak dah mesti ramai yang kata gitu. Orang tua-tua cakap, kalau anak ikut muka salah seorang dari ibu ayah dia, maknanya orang tu lebih mencintai pasangan dia. Sekarang, Adam ikut muka Arumi, maksudnya Arumi cintakan aku lebih berbanding aku cintakan dia. Betul tak?" Soal Adib teruja.

"Eh habis kalau Arumi tu tak cintakan kamu Adib, takdenya nak keluar budak seketul ni." Puan Suraya mendekati cucunya lalu di gendong dan dibawa ke dalam pelukan Arumi.

Ezrel pandang wajah berseri Arumi. Keluhan perlahan sedikit disembunyikan. Bahagia dia melihat Arumi bahagia begitu. Salah kau jugak Rel, dah terlambat untuk kau rasa iri dengan kehidupan bekas isteri kau dengan kawan baik kau sendiri. Sebabkan plan bodoh kau tulah, kau yang berputih mata sekarang. Arumi tinggalkan kau, Sofea yang kau idamkan pon tak nak dengan kau. "Er boleh aku cakap dengan kau kejap, Arumi?"

Mendengar itu, Arumi angkat wajah. Dia pandang Ezrel kemudian Adib. Dia mahu Adib yang beri kata putus.

Adib anggukkan kepala. "Cakaplah. Aku izinkan. Ibu, marilah keluar. Kita tunggu dekat luar kejap."

"Abang?"

"Jangan risau, sayang. Abang ada je dekat depan. Abang bukak luas pintu tu." Adib berdiri menghadap Ezrel kemudian menepuk-nepuk bahu Ezrel perlahan. "Cakaplah elok-elok. Aku percaya Arumi boleh maafkan kau."

Ezrel tidak menjawab. Dia hanya anggukkan kepala.

Keluar semua yang berada disitu, tinggallah Ezrel, Arumi dan anak kecil yang baru lahir dua tiga jam yang lalu di dalam ruangan itu.

Ezrel menelan liur sebelum memulakan bicara. "Kau masih marahkan aku, Arumi?"

"Siapa yang tak marah bila tahu diri dia yang jadi taruhan?"

"Aku mintak maaf, Arumi. Aku banyak buat dosa dengan kau. Aku dayus membiarkan kau keluar dengan lelaki lain sewaktu kau masih lagi menjadi isteri aku. Aku juga dayus kerana berhubungan dengan wanita lain sedangkan aku sudah beristeri. Besar dosa aku terhadap kau, Arumi."

"Saya dah maafkan awak, Ezrel. Cumanya, sukar untuk saya melupakan."

"Aku faham. Dan terima kasih sudi maafkan aku."

Mata Ezrel tertuju pada Adam yang berada dalam pelukan Arumi. "Aku turut bahagia tengok kau bahagia, Arumi. Aku doakan kau terus bahagia dan hubungan kau dengan Adib kekal hingga ke syurga."

Jeda. "Arumi..."

"Hm?"

"Boleh aku kucup anak kau?"

"Sinilah."

Perlahan-lahan langkah Ezrel menghampiri katil Arumi. Bayi kecil itu dikucup lembut. "Aku sendiri tak jangka bila lagi kita akan berjumpa."

.

Keluar dari bilik wad yang menempatkan Arumi, Ezrel mendapatkan Adib. "Dib, aku nak cakap dengan kau kejap."

"Cakap apa?"

"Minggu depan, aku nak ke tanah suci buat umrah. Kau doakan aku ya?"

"Alhamdulillah. Semoga ibadah umrah kau berjalan dengan lancar dan mendapat umrah yang mabrur. Elvina macam mana? Uncle dengan aunty yang jaga?"

"Aku bawak sekali."

"Seronoklah dia kan. Kat sana nanti, kau doakan aku dan family kecil aku ni dapat ke sana jugak ya?"

"In shaa Allah. Okeylah Adib. Aku nak kena gerak ni. Ada jodoh, kita jumpa lagi. Jaga family kau baik-baik."

Keluar dari bangunan hospital, Ezrel menuju ke kereta. Masuk ke perut kereta, dia melepaskan nafasnya berat. "Belajar untuk melepaskan perasaan kau pergi, Ezrel. Kau dah tak berhak untuk ada perasaan cinta tu dengan dia. Dia isteri orang, Ezrel."

TAMAT

Tali pinggang keledar dia pakai. Enjin kereta dihidupkan. Memandu untuk keluar dari parkir, tiba-tiba...

Bom!!!

Istighfar panjang dia. Cepat dia keluar dari kereta melihat-lihat bahagia depan keretanya yang baru sahaja dilanggar oleh kereta lain.

Tak lama, datang seorang wanita dengan tergesa-gesa mendekatinya menolak tubuhnya dengan kasar. "Hei boy! Buta eh? Reti bawak kereta ke tidak?"

Ezrel pandang wanita itu dengan pandangan tajam.

"Kau lagi!" Pekik wanita itu terkejut beruk bila sudah mengenal pasti siapa lelaki itu.

"Kisah kau dengan aku belum habis lagi, Ezreen!"

Lekas wanita itu masuk ke dalam keretanya lalu meluru laju memandu sehingga hilang dari pandangan mata Ezrel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience