PIA - 15

Romance Completed 24909

Pandangan dihalakan ke langit. Berarak mendung awan yang kelabu. Guruh berdentum di dada langit. Cuaca yang sebelum itu agak baik berubah mendung tanpa dijangka. Angin yang kuat bertiup menerbangkan daun-daun kering yang berselerakan di atas lantai bumi. Kawasan sekeliling bangunan itu kelihatan semakin menakutkan. Dentuman kilat yang melahar di kaki langit membiaskan cahaya yang menyakitkan setiap mata yang ada di situ.

Ezrel suruh dia tunggu. Maka dia tunggu. Tapi hampa. Hampir dua jam menunggu. Jangankan Ezrel, malah bayangnya pun tak kelihatan. Arumi duduk bercangkung memeluk lutut. Sesekali tangan dibawa ke telinga dek takutnya bunyi guruh.

Hampir pukul 8 malam, Ezrel masih tak kunjung tiba. Nak call, bateri pulak habis. Dia hanya sempat mengirim Whatsapp kepada Adib mengadu yang Ezrel tak datang-datang sebelum skrin telefonnya gelap.

Beberapa ketika, kedengaran langkah seseorang berlari menghampiri dirinya. "Arumi."

Arumi angkat kepala. Bergenang air matanya bila sudah mengenal pasti siapa gerangan orang itu. "Adib." Terus dia peluk tubuh lelaki itu. "Saya takut." Tersedu-sedan dia menangis di dada bidang lelaki itu.

Walaupun sedikit tergamam, Adib balas juga pelukan itu erat. Dia tahu Arumi sedang takut. Takut gelap, takut menyendiri dan takut pada bunyi guruh.

"Kau lepaskan dia sekarang." Bergetar suara seseorang yang telah menyaksikan adegan itu sejak tadi.

Mereka melepaskan pelukan. Adib bawa tubuh Arumi bersembunyi dibelakang tubuhnya. "Aku akan hantar Arumi balik."

"Tak perlu. Aku yang hantar dia." Ezrel menghampiri dua insan itu cuba mencapai lengan Arumi.

Lagi-lagi perbuatan Adib yang menghalang dengan tubuhnya membantutkan perbuatan Ezrel. "Baik kau ketepi sekarang, Adib."

"Dia akan selamat balik dengan aku."

"Dia isteri aku!" Jergah Ezrel. Langsung dia cengkam tangan Arumi lalu menarik gadis itu untuk ke keretanya.

Masuk ke dalam kereta, Arumi duduk sahaja seperti patung. Tiada niat langsung untuk berbuat apa-apa. Perasaannya ketika ini kosong.

"Pakai seatbelt tu." Arah Ezrel.

Tiada respon.

"Pakai seatbelt tu, Arumi!" Tempikan itu berjaya membuat Arumi gerun satu badan. Dia pandang Ezrel dengan riak kosong.

.

"Kau sedar tak apa yang kau buat tadi, Malika Arumi!?"

Arumi balas pandangan tajam itu tanpa riak.

"Mana maruah kau sebagai seorang isteri?"

"Kau kena sedar, Arumi. Kau bukan bujang lagi tapi kau dah bersuami."

"Atau kau lupa siapa suami kau?"

"Aku! Aku Ezrel Hakimi suami kau. Aku lelaki yang sebut nama penuh kau depan tok kadi, depan ayah, depan ibu, depan daddy, depan mummy dan depan semua saksi!"

"Suka? Suka bagi lelaki lain sentuh badan kau? Kau letak maruah aku ni sebagai seorang suami bawah tapak kaki kau je kan, Arumi."

"Aku ingatkan, kau ni baik sangat. Tak sama dengan perempuan lain dekat luar sana. Rupanya kau pon sama naik dengan mereka."

"Aku tak nak salahkan Adib seratus peratus kerana apa? Kerana aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, isteri aku, Malika Arumi yang terlebih dahulu peluk Adib, kawan baik aku."

"Kau takde rasa malu ke?"

Jeda. Menanti Arumi bersuara tapi hampa. Arumi pandang dia seolah tiada langsung perasaan bersalah dalam diri gadis itu.

"Kau dah tangkap cintun dengan Adib sampai kau lupa apa status kau sekarang?"

"Cukup! Cukup Ezrel!" Herdik Arumi. "Ya, sayalah yang tak bermaruah. Saya tak tahu malu. Sayalah yang salah. Semua saya!"

"Kau jangan cabar aku, Arumi. Sabar aku ada limit."

"Sabar saya juga ada limit, Ezrel. Tak tahulah awak sedar atau tak setiap kesalahan awak. Saya tak nak tahu. Apa yang saya tahu, hubungan ni takkan kekal lama. Takkan kekal lama selagi sesuatu tu masih utuh awak simpan dalam hati awak. Awak sembunyikan. Dan saya percaya, sesuatu tulah yang akan menghancurkan segenap harapan mummy, harapan daddy, harapan ibu dan ayah saya."

.

"Baby..."

"Hm?" Ezrel yang sedang termenung jauh alih pandang kearah Sofea bila wanita kesayangannya itu menyentuh lengannya. Elok sahaja kepala diletakkan diatas bahu Ezrel. Ezrel juga melentokkan kepala diatas kepala Sofea.

"You menungkan apa? Sejak balik jemput I dari airport tadi sampai sekarang you duk termenung jauh."

"Nothing."

"You tak pandai menipu, Rel."

"I rindu youlah, sayang."

"Tipu. Dari tadi I depan mata you. You asik termenung je. Rindu apanya macam tu."

"I letih je, sayang. Pening kepala sikit."

"You pening? Nak pergi klinik?"

"Sikit je ni. Tak payahlah pergi klinik bagai."

"Jomlah. Kesian you. At least pergi klinik kita tahulah punca you letih, pening ni semua."

"Hm yelah." Oleh sebab tak nak panjangkan conversation, Ezrel setuju sahaja.

.

Ezrel pandang tubuh Arumi yang terlihat lesu itu. Dia melepasi tubuh Arumi yang sedang menuruni tangga.

"Ezrel." Panggil Arumi.

Ezrel menghentikan langkahnya. Paling wajah kearah Arumi. Kelihatan pucat sahaja wajah itu pada pandangan matanya.

"Boleh ke saya nak mintak tolong awak hantarkan saya pergi klinik? Saya tak larat."

Mata beberapa orang staf sudah memandang mereka hairan.

Ezrel menghela nafas berat. "Aku dah lambat. Kau mintak tolong orang lainlah."

"Tapi awak kan suam..."

"Kau tak nampak macam nak mati pon, Arumi. Kan pujaan hati kau ada. Call lah dia."

"Awak tak kisah?"

Ezrel menelan ludahnya bila soalan itu yang meluncur keluar dari dua ulas bibir itu. Dia angkat bahu. "Siapa cakap aku kisah. Sebab kau bukan sesiapa pon pada aku, Arumi."

Arumi kelu. Sedikit terkejut dengan bicara Ezrel itu. Terguris sekeping hati Arumi seperti dihiris dengan belati yang tajam. "Jadi, saya pergi dengan Adiblah."

Ezrel terus berlalu pergi meninggalkan Arumi yang terkulat-kulat disitu. Jatuh juga air matanya membanjiri pipi setelah cuba ditahan-tahan.

.

Terkejut beruk sepasang mata itu bila bertemu mata dengan Arumi. "Arumi." Elok duduk, terus dia berdiri.

Arumi dan diikuti Adib disamping pandang dia dengan riak kosong. "Kau sakit ke, Rel?" Tanya Adib.

"Aku..." Matanya tidak lari dari merenung wajah pucat Arumi. Tolonglah, jangan sekarang. Dalam diam, dia bermohon.

"Baby..." Panggil Sofea yang baru keluar dari bilik rawatan. Ezrel menutup kejap matanya. Helaan nafas jelas terzahir dari dua ulas bibirnya.

Ezrel pandang Arumi. Arumi pandang Sofea. Tulisan pada pintu rawatan itu dibaca sepintas lalu. Tanpa isyarat, air matanya keluar tanpa dipinta untuk keluar. Inilah kenyataannya. Inilah sesuatu yang disembunyikan. Dan dia sudah pun lama tahu akan sesuatu itu.

"Malika Arumi." Panggil seorang jururawat yang bertugas. Tanpa banyak bicara, Arumi melangkah untuk masuk ke bilik yang jururawat itu sebut angka biliknya.

"Arumi..." Ezrel cuba menggapai tangan Arumi namun hampa. Adib lebih dulu menahan bahu Ezrel dari terus mengejar Arumi.

"Kau better pergi sekarang, Rel. Biarlah dia sejuk dulu. Nanti dah sejuk, kau bincanglah elok-elok dengan dia."

"Kau jagakan dia untuk aku, Dib. Aku percayakan kau."

"Kau tak cakap pon aku tahu tanggungjawab aku. Pergilah. Kang mengamuk pulak si Sofea tu nanti."

"Terima kasih."

Share this novel

Zainabzety
2024-10-05 21:58:46 

kau tunggu apa lg dengan jantan yg x cintakan kau arumi..adib ada yg bolih jagakan kau


NovelPlus Premium

The best ads free experience