PIA - 3

Romance Completed 24909

“Untuk test hari ini, siapa yang hadir sahaja akan diberi markah. Saya tak akan bagi muka dengan pelajar yang sambil lewa sahaja nak belajar. Suka hati nak datang, suka hati tak nak datang.”

Tepat ketika itu, ketukan pintu kedengaran dari luar kelas. Satu kelas memandang kearah yang sama iaitu pintu kelas. Perlahan-lahan daun pintu ditolak oleh seseorang. Muncul seorang pelajar perempuan bersama tundukan serta kata maaf kerana datang terlewat. Dia terus mengambil tempat duduk yang kosong.

“Siapa beri kebenaran untuk awak masuk ke kelas dan terus duduk, Arumi?” Adib bersuara tegas.

Erk!

Arumi bangun lawan pandang dengan lelaki itu. Kau ni kan, kecik besar kecik besar je aku tengok. Kan aku dah mintak maaf tadi. Apa yang tak cukup? “Maaf, sir.”

“Bagi saya sebab kenapa awak datang lambat. Kucing awak nak beranak? Nenek awak sakit? Ke mak awak kawin lain?” Adib bersuara sarkastik.

Rasa nak meraung je sekarang ni. Kenapalah macam anti sangat mamat ni dengan aku? Ibu, tolong adik. “Saya ada hal keluarga sir. Dan maaf. Saya tak boleh bagitahu hal apa sebab itu hal privasi saya.”

“Saya tak nak tahu pon apa yang privasi sangat pada awak tu. Bagi saya alasan yang kukuh supaya kita boleh teruskan kelas kita dengan test ni. Selagi kawan awak ni tak bagitahu sebab kenapa dia datang lambat harini, jangan harap awak semua akan keluar dari kelas ni.”

.

“Kenapa kau balik tak bagitahu aku? Kau tahu tak macam orang tak waras aku carik kau dekat situ? Kau ingat aku ni tunggul ke, Arumi?”

“Arumi, macam mana pon keadaan dan situasi kita sekarang ni, kau tak boleh buat macam aku ni tak wujud. Aku suami kau, Arumi. Kau tanggungjawab aku.”

“Aku balik hotel tu, tengok kau takde. Kau rasa macam mana perasaan aku waktu tu?”

“Kau selamat sampai ni, aku dah lega. Tapi macam mana kau tak pernah selamat sampai ke sini?”

“Macam mana kalau kau kena culik dengan penjahat dekat sana? Macam mana kalau terjadi benda buruk dekat kau?”

“Apa aku nak jawab dengan mak dan ayah kau? Mummy mesti salahkan aku. Daddy mesti marah bila aku tak jaga kau betul-betul.”

“Kau tak pernah fikir semua tu kan, Arumi? Kau hanya pikir diri kau je. Tak pernah fikir pasal orang lain.”

Arumi hanya pandang Ezrel tanpa perasaan.

Melihat wajah sugul itu, Ezrel terkedu. “Kau kenapa ni, Arumi? Apa masalah kau?”

“Awak, saya nak rehat. Awak tak makan dekat rumah kan? Nanti keluar rumah, tutup pintu ya?”

“Arumi, jawab dulu.” Tubuh Arumi ditarik menghadap dirinya.

“Apa?”

“Muka kau tu kenapa?”

“Saya okeylah. Saya cuma penat je. Saya masuk bilik dulu.”

.

"Malika Arumi!"

Arumi mengangkat wajahnya. Laungan itu sudah mampu membuatkan seisi kelas menoleh kearahnya.

"Kenapa laporan yang saya minta untuk awak hantar pada hari ini tiada di atas meja saya? Nama awak seorang sahaja tiada."

"Laporan?" Arumi blur. Ada ke?

Adib panas telinga bila soalannya berbalas soalan. Tambahan suara yang dikeluarkan Arumi seolah-olah tidak tahu menahu langsung tentang laporan yang perlu dihantar pada hari ini. "Kenapa pelajar cemerlang dalam kelas yang kawan-kawan awak agungkan sangat boleh terlepas pandang tentang hal-hal penting macam ni?"

Arumi diam membisu.

Adib menghampiri meja yang diduduki Arumi itu. "Bangun!"

Dengan lambat, Arumi bengkit berdiri menghadap lelaki itu. Mata mereka berlawan antara satu sama lain bak helang dengan harimau. "Awak ada masalah rumah tangga ke Arumi?"

Arumi sedikit tersentak dengan pertanyaan itu. Walaupun dia sangat pasti tiada seorang pon yang tahu status sebenar dirinya, dia masih terkejut dengan pertanyaan itu seolah-olah Adib tahu siapa dirinya ketika ini.

"Kenapa saya tak tahu tentang penghantaran laporan pada hari ini, sir?"

"Dah minggu ke berapa untuk semester ini, Arumi?"

Minggu? Dia berfikir sejenak. Matanya besar membuntang. Minggu 7! "Er.. Minggu 7, sir."

"Jadi kenapa awak berangan seolah macam sekarang baru minggu pertama, Malika Arumi?"

"Maaf, sir." Kepalanya menunduk malu.

Adib tiba-tiba menghentak kuat meja Arumi dengan tangan kirinya. Tersentak tubuh seisi kelas dek terkejut dengan suara hantakan yang tiba-tiba itu. Arumi juga tidak terlepas dengan kejutan itu. Dia pandang Adib takut-takut.

"Macam mana awak nak buat sekali pon. Saya tak kira, esok tunjuk draf pada saya. Hari jumaat ni tepat pukul 12 jumpa di bilik saya."

"Sir tapi jumaat tu lusa, sir." Kesal.

"Ada nampak muka saya macam kisah?"

Arumi telan liurnya kelat.

"Macam mana awak boleh pandang enteng dengan tugasan yang saya bagi pada awak, saya juga akan buat hal yang sama dengan awak. Esok ke lusa ke, yang saya tahu laporan tu mesti ada atas meja saya hari jumaat pukul 12 tengah hari."

.

Sejak petang tadi dia tidak nampak langsung batang hidung gadis itu. Sesekali penglihatannya tertuju pada pintu bilik Arumi. "Eh, tak makan ke budak ni? Dari petang tadi tak keluar-keluar bilik."

Ezrel melangkah ke pintu bilik yang tertutup rapat itu. Dia mengetuk daun pintu itu beberapa kali. "Arumi.." Panggilnya dari luar. "Bukak pintu ni kejap."

Beberapa detik menunggu, pintu bilik dibuka dari dalam. "Hm?"

"Kau tak lapar ke? Dari tadi kau terperuk dalam bilik ni."

Diam. Arumi pandang Ezrel bersahaja.

"Rumi?"

"Saya takde masa nak fikir pasal makan, Ezrel."

"Kau sengaja nak carik sakit kan? Biar aku ni kena marah dengan mummy."

"Awak jangan risau okey? Saya ni bukan kaki pengadu macam yang awak sangkakan. Lagi-lagi sekarang ni saya takde masa nak mengadu itu ini dengan sesiapa." Dia masuk ke biliknya semula tanpa menutup pintu. "Saya ada kerja ni Ezrel. Kalau awak nak carik pasal dengan saya. Bukan hari ni. Saya takde masa nak gaduh dengan awak."

Ezrel mengikuti langkah Arumi ke meja belajarnya. Mata melihat seisi bilik yang agak berselerak dengan kertas-kertas yang dironyok disana sini. "Perempuan macam apa tah kau ni. Bilik bersepah. Ni tak tahulah dah mandi ke belum."

"Saya ni tak suruh awak duduk sini tengok atau komen keadaan saya pon tau. Awak pon tak bagi saya ambik tahu hal awak. Jadi be fair and square."

"Aku pon tak nak pon lah kisah pasal kau. Masalahnya kau tu duduk sebumbung dengan aku. Bukan duduk sorang-sorang. Macam mana sekali pon, tak aku, kau pon boleh nampak keadaan kau sekarang ni. Mandi belum lagi. Makan pon tak."

"Dekat kelas kena hadap lecturer kerek, dekat sini nak kena hadap suami poyo. Serabut tahu tak?"

"Kalau tak nak serabut, kau pergi mandi, kau pergi makan. Lepastu aku tak kisah kau nak telangkup ke nak apa ke. Now!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience