PIA - 5

Romance Completed 24909

“Kau pikat dia. Make her fall in love with you."

“Kau gila ke apa?”

“Itu je cara yang aku nampak sekarang ni, Dib.
Kau kena buat dia sukakan kau. Bila dia jatuh cinta dengan kau, tentu dia sendiri akan serah diri untuk aku lepaskan dia. Perempuan bodoh ajelah nak teruskan perkahwinan yang langsung tak bagi dia
kebahagiaan. Kalau dia yang minta dilepaskan, tak adalah mummy nak salahkan aku.” Bicara Ezrel dengan panjang lebar.

“Then, kenapa aku perlu terlibat dalam masalah kau?" Soal Adib bersama jelas bersama kening yang terjungkit.

“Sebab aku rasa kau je yang akan setuju dengan idea gila aku. Aku bukan suruh kau kahwin dengan dia pun. Bila dia dah jatuh suka dengan kau, adalah alasan dia nak berpisah dengan aku." Selamba jawapan Ezrel.

Adib diam, tiada ayat yang mampu disusun untuk membalas kata-kata Ezrel itu.

“Kau boleh kan tolong aku?”

“Tugas berat ni, Rel.”

“Alaa... Aku bukan paksa kau kawin dengan dia. Buat dia sukakan kau sudahlah, lepas tu terpulanglah pada kau nak tinggal atau teruskan. Tapi aku guaranteelah, kau pun takkan jatuh suka
dengan perempuan tu. Budak lagi, bro! Hingus pon meleleh lagi."

Adib mula mengurut dahinya. “Buatnya dia betul-betul sukakan aku macam mana?”

“Kalau kau pon dah suka dia, kau layan jelah. Andai kata kau pon tak hamak langsung tengok muka dia, kau gerak je tinggalkan dia. Mudahkan? Please, Dib. Aku harapkan kau je ni.”

Melihat Ezrel yang seakan merayu, menyebabkan Adib mula rasa serba salah mahu menolak. Adib berfikir sejenak. Kemudian dia bersuara. “Apa aku dapat?”

“Kita bet for RM10000.“

“Okey.”

Terus terlakar senyuman kemenangan di bibir Ezrel.

“Tapi dengan syarat.”

Mati senyuman Ezrel. “Apa dia?”

“Kalau benda ni kantoi busuk, aku tak terlibat okey? Aku tak nak jawab apa-apa dan RM10000 tu aku punya.”

“Okey deal. Benda ni kita dua je tahu. Takkan kantoi punyalah.”

.

“Arumi.” Panggil Ezrel.

Arumi yang baru masuk ke dalam rumah lantas berpaling. “Ya?”

“Aku ada hal nak bincang dengan kau sikit.”

“Hal apa?” Ruang tamu dia tuju. Beg galasnya diletak elok diatas meja kemudian melabuh duduk di atas sofa. Dia pandang Ezrel tidak lepas sehinggalah lelaki itu duduk disebelahnya.

“Kau dah ada boyfriend?”

Arumi terngadah. Dia tiba-tiba ketawa seperti kerang busuk. “Soalan macam apa tu?”

“Aku nak tahu je.”

“Sebab awak dah ada girlfriend?”

Ezrel diam sejenak. “Jadi kau tahulah sebenarnya kan? Habistu kenapa kau tak tolak rancangan family kita?”

Arumi menarik nafas dalam. “Atas sebab apa saya perlu menolak? Saya takde masalah. Lagipon, permintaan ibu dan ayah saya tak mampu nak tolak. Dari dulu sehingga sekarang, segala permintaan saya mereka tunaikan. Walaupun hidup susah, mereka sedaya upaya cuba dapatkan untuk tengok saya bahagia. Apa salahnya kali ni saya sebagai anak tunaikan pulak permintaan mereka?”

“Tapi kau tahu aku dah berpunya.”

“Saya bukan perempuan jahat yang suka hati rampas hak orang lain, Ezrel. Tapi belum kawin, awak bukan milik sesiapa.”

“Kau tu masih belajar, Arumi.”

“Kawin tak menjadi penghalang untuk saya meneruskan pelajaran. Tengok sekarang, ada awak nampak pelajaran saya terganggu lepas kawin dengan awak? Jawapannya tidak! Sebab apa? Sebab awak sendiri yang mudahkan kerja saya. Tak perlu susah payah bangun pagi kejutkan awak, sediakan sarapan awak. Baju kerja awak pon saya tak perlu gosok. Saya tak perlu susah-susah pon untuk fikir kerja rumah apa yang perlu saya buat lepas saya habis kelas. Tak perlu penat-penat buat makan malam untuk awak. So, what’s the point untuk saya tolak rancangan untuk tak kawin dengan awak?”

.

Nak jayakan rancangan ‘Pikat Isteri Aku’, tak menyempat Ezrel aturkan pertemuan Arumi dengan Adib. Lagi cepat mereka jayakan misi ini, bermakna makin besarlah peluang untuk dia dapat bersama dengan Sofea.

Nasib baiklah Adib bersetuju juga pada akhirnya. Hari ni, saja dia ajak Arumi makan dekat luar. Kononnya nak kenalkan Arumi dengan kawan baiknya yang sudah lama berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Katanya lagi, waktu majlis mereka, kawannya itu tidak dapat menghadirkan diri kerana sebab yang tak boleh dielakkan.

Alangkah terkejutnya dia bahawa kawan baik yang dimaksudkan Ezrel adalah Adib Hilman, pensyarahnya sendiri.

Adib pon sama dan terkejutnya. Kecil sungguh dunia ini. Kenapa dalam ramai-ramai perempuan, Malika Arumi adalah isteri kepada kawan baiknya sendiri? Pelajar yang dia ajar pula tu. Pelajar yang selalu dia ugut, tengking dan herdik? Tadi pon, sepanjang makan malam itu, mereka hanya pura-pura tidak saling kenal.

Arumi baru nak boloskan diri ke dalam perut kereta. Tersekat niatnya saat tubuhnya ditarik dan pintu kereta kembali ditolak. Berpaling, Arumi pandang wajah tanpa riak milik Ezrel dengan hairan.

“Kau tak balik dengan aku.”

“K… Kenapa pulak?” Pucat wajah Arumi. Takkan Ezrel pasang niat nak tinggalkan dia dekat sini? Sekeliling dia pandang. Dahlah gelap, sunyi pula tu.

“Kau balik dengan Adib. Aku ada hal lepasni, nak jumpa orang. Tak dapat nak hantar kau balik.” Mudah jawapan yang keluar dari dua ulas bibir Ezrel.

“Tercegat apa lagi? Pergilah dekat Adib tu, dia dah tunggu kau.” Ezrel juihkan bibir ke arah Adib yang sudah berada didalam kereta sedang menatal handphone.

Arumi mula ramas-ramas jemari sendiri. Rasa tak selesa semakin berleluasa. Memanglah dia kenal Adib tu. Tapi dia isteri orang, haruslah dia rasa kekok nak naik kereta dengan pensyarahnya yang seorang itu. Muka dahlah garang. Beku. Lagi beku dari mamat kat depan aku ni. Buatnya Adib ada niat tak baik padanya, macam mana? Ezrel tak risau langsung ke? “Tak manis kalau saya keluar dengan Adib. Sayakan isteri awak, Ezrel.” Beranikan diri, cuba menyuarakan pendapatnya.

Kedengaran dengusan kasar terhela daripada ulas bibir Ezrel. “Aku dah lambat ni, Arumi. Nanti kalau aku hantar kau balik dulu, aku kena patah keluar balik. Banyak lagi kerja lain yang aku nak buat. Aku bagi, kau balik jelah dengan Adib tu. Kalau aku tak izinkan, barulah kau dikira isteri yang berdosa.” Jawapan Ezrel buat Arumi terkedu. Tak mampu tebak Ezrel akan hamparkan jawapan sebegini padanya.

Tengok Arumi macam teragak-agak, langsung Ezrel capai tangan Arumi, diheret Arumi menuju ke arah kereta Adib. “Dib, kau boleh hantarkan Arumi balik kan?” Tanya Ezrel menunduk sedikit di tingkap kereta Adib.

Adib tayang wajah serba tak kena. Kalau bukan sebab Ezrel itu kawan dia tambahan pertaruhan pon sudah mereka sepakati, tak kuasalah dia nak berikan kata putus yang dia bersetuju untuk libatkan diri dalam idea gila Ezrel ini. “Dia nak ke balik dengan aku?” Adib melirik ke arah Arumi.

“Dia dah cakap dia okey. Lagipun aku memang ada hal. Daripada balik dengan teksi ke grab ke, lebih selamat balik dengan kau.” Saja cakap macam tu. Tak naklah nampak teruk sangat serah isteri pada kawan baik sendiri.

“Kalau dia okey, aku takde masalah nak hantarkan dia balik ke rumah.” Ujar Adib pura-pura tak tahu-menahu.

“Ezrel...” Arumi cuba dapatkan pengertian suaminya. Nak Ezrel faham, dia tak mahu.

“Aku banyak kerja ni, kau dengar jelah cakap aku. Kau better nak ikut cakap aku atau ingkar cakap aku? Aku suami kau tau." Awal-awal Ezrel cuba nak matikan niat Arumi untuk membantah.

Masalahnya, dua-dua pilihan itu berdosa. Tapi pengecualian kalau ingkar bila suami membenarkan isteri kearah kemaksiatan kan? “Kalau macam tu, takpelah. Saya boleh naik grab sendiri.” Arumi mencuba nasib. Tolonglah. Aku tak nak balik dengan mamat singa tu.

“Jangan nak mengadalah, Arumi. Kang jadi apa-apa, siapa yang susah. Buatnya kau kena culik ke rompak ke apa ke, aku jugak yang susah. Balik aje dengan Adib. Dah, aku kena gerak ni. Nanti lambat.” Ezrel longgarkan pegangannya lalu terus pusing tubuh mahu melangkah pergi. Saat itulah terasa lengannya kembali disambar oleh Arumi.

Toleh, pandangan mereka bersatu. Wajah Ezrel automatik berubah merah padam. Geram dengan sikap degil Arumi. Tak pernah-pernah nak buat perangai keras kepala macam ni. “Kau ni kenapa, Arumi? Payah betul ke nak dengar cakap aku? Aku buat semua ni untuk kebaikan kau juga. Aku ni ada jugaklah simpati, fikir pasal keselamatan kau. Takkan tu pun tak reti nak bersyukur?” Bentak Ezrel menyinga, membuatkan Arumi rasa keberanian dia mula turun ke angka sifar.

Lambat-lambat Arumi jatuhkan tangan ke sisi. Menunduk, merenung hujung kaki. “Saya minta maaf.”

“Nak aku maafkan kau, balik dengan Adib.” Putus Ezrel lalu laju menyambung langkah. Tak bagi peluang langsung untuk Arumi bersuara lagi.

Dari tempatnya berdiri, Arumi pandang saja kelibat Ezrel yang semakin jauh. Hati mula terasa disiat-siat. Kenapa dia seperti merasa, Ezrel macam benci sangat nak hadap dia lama-lama?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience