PIA - 11

Romance Series 14665

Kelu lidah Ezrel sebaik bertemu mata dengan seseorang yang baru sahaja diperkenalkan oleh seorang staf. Gadis itu kelihatan bersahaja.

Tanpa memperdulikan renungan Ezrel, kepala menunduk hormat kepada semua staf yang sudah tertumpu perhatian kepada dia. “Hai saya Malika Arumi. Boleh panggil saya Mika, Mecca, Arum atau Rumi. Mana-mana yang anda semua selesa. Dengan rendah diri, minta semua tunjuk ajar.”

“Baik, Arumi. Awak anak buah dibawah Encik Ezrel Hakimi. Apa-apa boleh terus bertanya kepada Encik Ezrel.”

Sekilas Arumi pandang ke arah Ezrel. Ezrel sudah pandang dia dengan renungan tajam. Eleh tak puas hatilah tu. Bisiknya dalam hati. Dia kembali kalih pandang kearah Puan Sara.

“Meja awak disebelah Aleesa. Harap awak selesa. Selamat bekerjasama, Arumi.” Puan Sara menghulur salam.

Arumi menyambut dengan berlapang dada. “Selamat bekerjasama.”

Hilang bayangan Puan Sara, Arumi segera mahu melabuh duduk, suara Ezrel sudah menusuk ke gegendang telinga. “Masuk bilik saya sekarang.” Walaupun tidaklah menempik tapi sedikit kedengaran tegas. Dia terus ke bilik yang Ezrel maksudkan.

Belumpun daun pintu bilik rapat tertutup, dan dan tu Ezrel sudah sembur dia. “Nak semua orang tahu ke kau tu isteri aku?”

“Oo jadi semua orang dekat sini tak tahulah yang awak dah kawin? Bukan perkahwinan perlu dihebahkan supaya tak timbul sebarang fitnah?” Sinis balasan Arumi sembari memeluk tubuh.

"Aku akan hebahkan perkahwinan aku sekiranya aku kawin dengan orang yang aku cinta! Kau tu siapa?"

Tangan turun kesisi. Bahunya jatuh. Kata-kata itu sedikit sebanyak telah berjaya melukai sekeping hati Arumi. Dalam diam, dia menelan ludahnya perih.

“Tak cukup dekat rumah, dekat sini pon kau nak jadi mata-mata mummy ke? Dasar pengadu.”

“Awak ingat saya takde kerja la…” Teringat akan sesuatu, hampir sahaja dia lupa tujuan asalnya datang ke sini.

‘Sabar, Arumi. Sabar. Kau datang sini sebab nak pikat dia bukan nak cari pasal dengan dia. Kalau dia jadi api, kau kena jadi air.’

Itulah apa yang selalu Adib ingatkan kepada dia sepanjang menuju kesini tadi.

“Maafkan saya, Encik Ezrel Hakimi. Saya datang ke sini untuk bekerja sahaja. Tiada niat untuk mencari masalah dengan Encik Ezrel. Saya mintak diri dulu ya.” Lembut dia berbicara.

Dahi Ezrel sudah berkerut seribu. Tadi bukan main macam singa nak melawan harimau, tiba-tiba dalam sekelip mata sudah bertukar menjadi kucing parsi pulak? Lemah gemalai sahaja balasan Arumi itu tadi.

Setapak lagi langkah Arumi untuk keluar dari ruangan itu. Ezrel menghentikan Arumi. "Kejap."

Arumi putar tubuh. Menghadap kembali lelaki itu dengan perasaan dongkol.

"Aku tak rasa bangga langsung kalau ada yang tahu yang aku ni dah berkawin. Lagi-lagi kalau mereka tahu aku ni beristerikan kau. Jadi, faham-faham jelah. Aku tak nak kau bagitahu satu office ni, waima satu dunia ni bahawa kau tu isteri aku. Faham, Arumi?"

"Tak faham dan tak nak faham!" Sesudah membalas kata-kata seperti itu, dia terus melangkah keluar dari bilik Ezrel tanpa berpaling lagi. Kau ingat aku ni bangga sangat ada suami yang tak berperikemanusiaan macam kau? Memang taklah. Huh!

.

"Macam mana hubungan kau dengan Arumi? Ada baiknya tak?”

“Baik apanya? Kau pon tahu kan, aku sendiri yang nak kau pikat dia. Selagi tiada kata cerai keluar dari mulut dia, tiada apa-apa perkara baik yang akan berlaku antara aku dengan dia.”

“Kau tak rasa rugi ke, Rel?”

Sejurus mendengarkan itu, Ezrel tiba-tiba lepaskan tawa. “Rugi kau cakap? Lagi rugi bila aku lepaskan Sofea semata untuk bersama dengan perempuan yang aku tak cinta.”

“Bila aku fikir balik, kenapa tak kau lepaskan je dia? Kenapa nak kena tunggu dia minta diceraikan? Kan sama je. Pada akhirnya, dua-dua pilihan adalah perpisahan. Talak tetap berada ditangan kau.”

“At least, aku taklah nampak jahat bila aku ceraikan dia untuk kejar perempuan yang aku cinta.”

“Dan kau tetap nampak jahat bila kau serahkan isteri kau sendiri pada lelaki lain, Rel.”

“Mummy akan salahkan aku. Aku tak nak mummy salahkan aku. Biarlah dia yang nampak jahat dimata mummy tapi bukan aku.”

“Dia dah terlalu baik untuk kau, Ezrel.” Bicara Adib sedikit meninggi. Tak faham dengan cara pemikiran Ezrel ini.

“Aku rasa kau akan buat perkara yang sama kalau kau juga dipaksa berkawin dengan orang yang kau langsung tak cinta, Dib. Cinta tidak boleh dipaksa.”

“Cinta tak boleh dipaksa tak bermakna cinta tak boleh dipupuk. Kau saja yang menolak untuk cinta tu wujud kepada yang halal untuk kau.”

“Dahlah, aku malas nak dengar celoteh kau. Apa yang aku tahu, sesuai dengan janji yang telah kita sepakati, Arumi kena jatuh cinta dengan kau!”

"Yelah. Yelah." Mengalah. Dah tak tahu nak nasihat apa lagi kepada kawannya itu. Adib pandang ke sisi, melihat wajah keruh Ezrel. "Tak, yang menjadi persoalan aku sekarang ni. Apa pasal muka kau tu bengkek semacam je? Ada problem ke? Dari tadi lagi aku perati."

"Budak hingusan tu punya pasallah."

"Siapa? Arumi?"

"Yelah. Siapa lagi yang berhingus selain dia."

"Dah kenapa pulak? Dia buat masalah ke?"

"Nampak ni?" Tangan kanan diangkat lalu jari telunjuk di arahkan ke wajah Adib.

"Dia yang buat ni?" Tersembul keluar kedua belah biji mata Adib melihat kesan gigitan yang terlakar pada jari telunjuk Ezrel itu. Dalam jugak tu.

Terbahak-bahak Adib melepaskan tawa sehingga senak perutnya bila mendengar cerita Ezrel sebentar tadi. Tak sangka Arumi seberani itu. Cerita Ezrel, boleh pula Arumi gigit jarinya dihadapan semua staf bila jari telunjuknya sudah menunjuk-nunjuk di hadapan wajah gadis itu hanya kerana ada sedikit kesalahan ejaan pada kertas kerja.

“Kau gelak apa?”

“Kelakarlah.”

“Dia tu baru hari pertama intern dah buat perangai.”

“Kau pon satu, marah dia depan semua orang. Memang padanlah dia gigit jari kau pon depan semua orang.”

“Banyaklah kau. Dia yang buat salah, aku pulak kena gelak dengan semua staf.”

“Okeylah tu. Taklah manjang serious je office tu bila adanya Arumi menceriakan suasana. Adalah jugak penghibur.”

“Budak hingusan tu, depan semua orang bukan main berani lagi. Kalau depan aku, pijak semut pon tak mati.”

“Dah kau pon cari masalah dengan dia kan? Padanlah muka.”

"Kau sebelahkan sangatlah si budak Arumi tu." Jeling Ezrel tak puas hati.

Pulang dari bertemu dengan Adib, masuk ke rumah, sudah tercegat Arumi ruang tamu. Wajah itu nampak seperti gelisah. “Kau nak apa?”

“Saya nak mintak maaf.” Mata turun pada tangan kanan Ezrel. Jari telunjuk yang berbekas itu dipandang serba salah. Dia mendekati lelaki itu lantas menarik Ezrel supaya mengikuti langkahnya. “Saya ubatkan awak eh?” Tubuh Ezrel ditolak duduk di atas sofa.

Peti pertolongan kecemasan yang sedia ada atas meja dibuka. Minyak gamat juga pembalut kapas dikeluarkan. Dengan berhati-hati dia merawat luka Ezrel. Sesekali ditiup jari itu seolah merawat anak-anak kecil yang terluka. Menatap Ezrel dengan wajah serba salah. "Saya tak sengaja.”

Terkedu Ezrel dibuatnya bila mata mereka saling bertemu. Ezrel berdehem lalu menarik tangannya dalam pegangan Arumi. “Aku masuk bilik dulu.”

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience