PIA - 17

Romance Completed 24909

Cincin dijari manisnya ditenung bagai hendak tembus. Terukir senyuman manis bila mengingatkan kenangan manis siang tadi.

"Tak puas lagi ke tenung cincin kawin tu? Daripada awak duk tatap je cincin tu baik awak tatap suami awak dekat sebelah awak ni."

"Adib Hilman." Tunak pandangan Arumi merenung ke dalam mata lelaki yang baru sahaja bergelar suaminya pagi tadi. Kepala dilabuhkan di ribaan lelaki yang sedang melunjur kaki di sebelahnya.

Tangan naik menyentuh wajah Adib. "Kenapalah saya baru sedar yang sebenarnya pensyarah muda yang baru je saya nikahi ni handsome ya?"

"Nasib baiklah bekas suami awak tu tak pernah sentuh awak. Kalau tak, lambat lagilah awak nak tatap wajah handsome ni lama-lama." Ubun-ubun Arumi diusap lembut.

"Eii perasan."

"Kenyataan, sayang." Terukir senyuman manis dibibir lelaki itu.

Laju janggut nipis Adib ditarik oleh Arumi. "Jangan senyum macam ni depan perempuan lain eh."

"Senyum pon tak boleh?"

"Saya tak suka!"

"Cemburu?"

"Siapa tak cemburu? Nasib baiklah awak dah tak jadi pensyarah. Kalau tak mesti ramai dah yang tergedik-gedik nak duduk rapat-rapat dengan awak."

"Nah." Adib geleng kepala.

"Kenapa?"

"Saya tak rasa mereka nak gedik-gedik dengan saya. Awak yang hati kental ni pon boleh gerun dengan saya inikan mereka yang hati selembut kapas tu."

"Huh!"

"Merajuk? Sini saya pujuk."

.

Adib bawa telapak tangannya ke permukaan perut Arumi. "Arumi."

"Hm?"

"Kalau diberi rezeki awal untuk kita punyai anak, boleh tak awak namakan anak kita Adam Harris?"

Arumi senyum nipis. Dia anggukkan kepala.

Kepala lelaki itu dibawa ke perut sang isteri. Tangan mengusap perut itu lembut. "Kalau Adam dah ada dekat dalam tu, Adam bagi tanda tu awal ya, nak. Abi nak jaga umi Adam baik-baik. Tak sabar abi nak jumpa anak abi."

Adib pandang kewajah isterinya. "Sayang. Awak okey? Kenapa ni? Saya buat awak sakit ke?" Riak serba salah itu jelas terlakar pada wajah Adib. Dia bawa Arumi masuk ke pelukannya.

"Adib. Terima kasih sebab dah tunaikan janji awak pada saya."

"Kan saya dah cakap, saya akan perlakukan awak tak sama dengan orang lain perlakukan awak, Arumi."

Tersedu sedan Arumi menangis dipelukan suaminya.

.

Di meja makan, Adib memandang Arumi yang sedang menuangkan teh panas untuknya dengan penuh rasa cinta.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Dia spontan mengelap pipi. "Ada apa-apa ke dekat muka saya?"

Tangan Arumi yang menyentuh pipi itu, dia gapai lalu dibawa ke wajahnya. Dikucup lembut tangan itu. "Kenapa perempuan cantik macam awak ni disia-siakan, Arumi?"

Arumi angkat kedua belah bahunya tidak tahu.

"Akan saya buktikan bahawa hati saya hanya untuk awak sahaja, Malika Arumi."

"Saya percayakan awak." Arumi melabuhkan duduk bersebelahan dengan Adib.

"Oh by the way, sayang. Sebelum saya terlupa..."

"Hm?" Pandangan dia fokuskan kepada lelaki itu.

"Abi ada call semalam. Abi nak saya uruskan bisness family dekat England tu. Jadi..." Bicaranya tergantung ingin melihat reaksi Arumi.

"Jadi? Awak nak cakap yang kita akan berpisah sementara urusan awak tu selesai? LDR?"

"Tak, sayang. Saya nak awak ikut saya."

"Hah?" Terkejut Arumi dibuatnya. "Biar betul?"

"Betullah. Takkanlah sanggup saya nak tinggalkan isteri saya yang manja dan penakut ni." Hidung Arumi dicuit.

"Habistu, intern saya dekat sini?"

"Tak boleh ke kalau awak sambung intern dekat sana? Temankan saya? Ke awak nak sambung je intern dekat sini sampai habis. Bila dah habis intern, saya ambik awak dekat sini?"

"Tak nak lah. Lama lagi nak habis. Baik saya ikut suami saya."

"Jadi, awak nak ikut saya?"

Arumi angguk teruja.

"Kalau macam tu, selesai urusan awak dekat sini, bolehlah awak ikut saya."

.

"Arum..." Belum habis panggilannya, kata-katanya terhenti bila melihat meja kerja Arumi kosong sahaja seperti sudah lama tidak berpenghuni.

Dia halang tubuh Aleesa yang baru ingin melintasinya untuk ke mesin pencetak. "Arumi cuti ke?"

"Eh, Encik Ezrel tak tahu? Arumi dah berhenti, Encik Ezrel. Ikut suami dia ke England. Dia tukar tempat intern. Rasanya, harini dia bertolak."

Jatuh bahu Ezrel mendengarkan berita itu. Dia ingatkan, walaupun sudah tiada ikatan, dia masih boleh melihat Arumi. Tapi hampa. Adib bukan setakat sudah rebut hati Arumi malah jasad Arumi juga dibawa pergi. "Em takpelah. Terima kasih."

Pulang dari tempat kerja, Ezrel melangkahkan kaki ke dalam rumah dengan lesu.

"Rel. Rel tahu tak perempuan tu datang rumah ni tadi?" Puan Rohani bersuara sedikit tinggi.

Ezrel melepaskan nafas berat. "Sofea datang sini? Dia buat apa?"

Puan Rohani sudah berpeluk tubuh. "Hm biasalah dia. Nak pujuk mummy ni untuk terima dialah. Apa lagi?"

"Mummy pon satu. Mummy tak kesian ke dekat Sofea tu? Susah payah dia datang sini nak mummy terima dia sebagai menantu dia. Mummy pulak langsung tak pandang dia."

"Mummy takde menantu bernama Sofea, Ezrel. Mummy hanya akan terima kalau perempuan tu bernama Malika Arumi. Satu-satunya perempuan yang mummy anggap menantu." Bilang Puan Rohani berpeluk tubuh.

"Rel dengan Arumi dah berpisah, mummy. Boleh tak mummy terima kenyataan tu?"

"Kalau Rel tak pandai-pandai buat keputusan sendiri, kata perpisahan tu takkan ada!"

"Mummy ingat, perasaan tu boleh dipaksa ke?"

"Boleh sekiranya Rel pupuk rasa cinta Rel pada Arumi dan buang perasaan cinta Rel pada perempuan tu."

"Nama dia Sofea, mummy. Isteri Rel Erika Sofea. Bukan perempuan. Macam mana sekalipon, Sofea tetap menantu mummy."

"Mummy takkan pernah terima dia jadi menantu mummy."

"Hani!" Tegas suara Tuan Ezhairi menegur diantara perbalahan itu. "Dah-dahlah tu. Bawak-bawaklah beristighfar."

"Terbukti sekarang, anak awak ni dah besar, bang. Tengoklah. Dah pandai melawan, menjawab cakap saya. Hati orang sikit pon dia tak nak jaga."

Tergeleng-geleng kepala Tuan Ezhairi. "Rel. Pergi masuk bilik. Bersihkan diri, lepastu rehat. Malam nanti turun makan."

Tanpa banyak bicara, Ezrel naik ke biliknya.

.

"Kenapa pergi rumah mummy tak inform pada I dulu?" Sergah Ezrel tak sabar-sabar untuk berdepan dengan Sofea. Pusing kepalanya bila Puan Rohani mengata pasal isterinya itu.

"I..."

"You ni kan. I dah banyak kali pesan dekat you, Sofea. Tunggu. Tunggu. Tunggu. Kenapa tak boleh nak bersabar sikit ni?"

"I pon ada hati, ada perasaan, Ezrel. Sampai bila I nak kena hadap seolah-olah I tak pernah wujud depan semua orang?"

"Mummy akan terima you, Sofea."

"Bila? You bagitahu I bila? Bila mummy you akan terima I ni sebagai menantu dia?"

Ezrel pegang bahu Sofea lalu ditarik duduk disofa. "Sayang, calm down, okey? Buat masa sekarang, yang kita kena fikir pasal anak kita yang bakal lahir nanti. Yang lain tolak ketepi dulu. You jangan terlampau stres sangat. Doktor dah pesan kan you kena jaga kesihatan you."

Sofea kembali tenang. "You ada sorok apa-apa dari I, Rel?"

"Sorok? Sorokkan apa pulak?" Ezrel mengalihkan pandangan ke arah lain. Sedikit tidak senang duduk bila soalan seperti itu yang Sofea tanya.

"Mummy ada cakap tadi, 'Macam mana Ezrel sembunyikan sesuatu pada seseorang, macam tu jugaklah Ezrel sedang sembunyikan sesuatu pada you.' Maksudnya apa tu, Ezrel? You ada rahsiakan apa-apa ke dari I?"

"Tak, sayang. I tak sembunyikan apa-apa."

"Sure?"

"100% sure."

Mendengarkan itu, terlakar senyuman manis dibibir Sofea. Batang leher suaminya ditarik lalu dipeluk erat lelaki itu.

.

Menjelang hari minggu, Ezrel membawa diri keluar menenangkan fikiran seorang diri. Ezrel mendatangi sebuah kafe. Cuaca pada ketika itu elok pulak hujan renyai-renyai. Sejuk-sejuk macam ni, pekena kopi panas, nikmat juga.

Usai membuat pesanan, dia bergerak ke meja kosong betul-betul di tepi dinding cermin kafe. Sengaja dia memilih duduk disitu. Dapatlah dia melihat suasana hujan di luar. Ditambah dengan telatah orang yang lalu lalang. Seronok melihat orang yang seperti tiada masalah hidup. Dia suka keadaan seperti itu.

Tak lama, pesanannya sampai. Dia memberi senyuman pada pelayan lelaki itu. "Terima kasih."

Usai baca bismillah, dia hirup minuman itu perlahan.

"Tak elok minum kopi, minuman berkafein tak elok untuk kasihatan."

"Awak tu takde masalah hidup, Ezrel. Saya ni banyak assignment nak kena siapkan." Arumi dengan gaya tubuh mengejek, hirup kopi itu di hadapan Ezrel pakej bunyi hirup air lagi. "Sruptttt!"

"Eii tak pahit ke?"

"Tak, sebab awak dah manis." Jawab Arumi tanpa riak. Meneruskan tugasannya di komputer.

Tanpa sedar, terbit senyuman di bibirnya teringat akan momen itu.

Pandangannya dibawa ke pemandangan luar kafe. Sedang melayan mata melihat suasana luar, tiba-tiba mata terhenti pada satu drama di depan kafe berlawanan yang mana seorang lelaki melindungi seorang wanita dari terkena rintik hujan menggunakan jaket kulitnya.

Bahagia sahaja wanita itu pada pandangan matanya bila diperlakukan seperti itu oleh pasangannya.

Kalaulah aku masih berada ditempat lelaki itu, pasti tiada kata rindu yang bermukim di hati aku sekarang ini.

Segala telatah gadis telah dia lepaskan itu makin menjadi-jadi pula bermain dalam fikirannya sejak dua menjak ini. Kenapa ya?

Share this novel

maz
2024-10-08 00:42:49 

best sangat..tq

Zainabzety
2024-10-07 14:56:32 

jantan x malu dh ada bini dok ingt lagi kt bekas bini ko tu dia dh bahagia la jantan


NovelPlus Premium

The best ads free experience