PIA - 6

Romance Completed 24909

Arumi mencapai beg galasnya lalu menutup suis lampu. Tombol pintu dipulas kemudian menarik daun pintu untuk keluar dari bilik tidurnya. Keluar dari bilik, kedengaran suara Ezrel sedang berbual-bual dengan seseorang.

“Ha Arumi. Jom sarapan sekali.” Ajak Ezrel.

Arumi pandang kearah suara yang menyapa. Ketika itu dia dapat melihat Ezrel sedang duduk dimeja makan berhadapan dengan sesosok tubuh seorang lelaki. Terkedu dibuatnya bila sudah dapat mengecam siapa gerangan orang itu. Adib. Buat apa dia dekat sini? Perlahan-lahan Arumi menghampiri dua orang lelaki itu. Duduk diambil bersebelahan Ezrel. Menunduk sedikit bagi menyapa kawan lelaki Ezrel itu. Adib membalas dengan anggukan juga.

“Kau ada kelas?”

“Ya. Saya ada kelas pagi ni.”

“Pergi dengan apa?”

“Er grab.”

“Eh tak payahlah. Rasanya Adib boleh hantarkan kau. Kan, Dib?”

Arumi pandang Adib sekilas kemudian Ezrel. “Saya boleh pergi sendiri, Ezrel.“

“Kau jangan banyak cakaplah. Aku suruh kau pergi dengan Adib tu, kau pergi je. Tak susah mana.”

Arumi lantas menarik lengan Ezrel supaya ikut dengannya. Sampai ditempat yang sedikit tersorok, dia menyuarakan ketidakpuasan hatinya. “Ezrel, kenapa saya kena pergi dengan kawan awak tu? Saya isteri awaklah. Tambahan, selama ni pon saya pergi kolej sendiri.”

“Aku ni risaukan keselamatan kau. Kalau jadi apa-apa nanti susah.”

“Kalau awak risaukan saya, kenapa tak awak je yang hantarkan saya?”

“Aku banyak kerja, Arumi.”

“Selama ni banyak atau sikit kerja awak, saya pergi sendiri jugak.”

“Jangan banyak songeh. Kau ikut cakap aku kalau tak nak aku naik angin.”

.

Adib mengerling kearah Arumi sekilas yang sedang termenung jauh diluar tingkap kereta. Bila tengok wajah Arumi, entah kenapa Adib rasa kesian pula. Rasa bersalah sebab terang-terang Arumi sedang diperbodohkan oleh dia dan Ezrel. Agak-agak kalau Arumi tahu nanti, tentu gadis itu akan kecewa teruk kan? “I’m sorry, Arumi. Saya sendiri tak tahu apa yang ada dalam kepala otak Ezrel tu.” Ujar Adib memecah sunyi di dalam kereta.

“It’s okay. Saya tahu dia memang dari dulu takkan ada apa-apa perasaan dengan saya. Dia kawin dengan saya sebab kena paksa, Sir Adib. Bodohnya saya kalau tak sedar semua tu.” Pandangannya hanya dihalakan kehadapan.

“Dia dulu tak macam tu pon, Arumi. Saya pon pelik dengan perangai dia sejak akhir-akhir ni.”

“Pembetulan. Bukan sejak akhir-akhir ni tapi sejak saya jadi isteri dia.”

“Sebenarnya saya sendiri terkejut yang awak isteri Ezrel, Arumi.” Bicara Adib memulakan cerita.

Arumi paling wajah menghadap lelaki yang sedang memandu itu. Dahinya berkerut seribu.

“Masa majlis awak dengan Rel, saya tak dapat datang sebab saya masih di England. Sem terakhir saya sebagai pelajar master. Rel ada call bagitahu yang dia bakal berkawin. Awal-awal saya cakap saya tak dapat hadir. Dia pon faham. Bila dia kata nak kenalkan saya dengan isteri dia, terkejut saya. Tak sangka isteri kawan baik saya adalah Malika Arumi, pelajar saya sendiri.”

Gadis itu ukir senyum nipis sahaja. “Saya lagilah terkejut. Dalam hati saya monolog, dunia ni luas kot, kenapalah dalam ramai-ramai lelaki, sirlah kawan yang Ezrel nak kenalkan kepada saya?”

“Kalau dah jodoh, tak kemana kan?”

Mendengar itu, Arumi tidak membalas. Hanya senyuman kekok sahaja menjadi permandangan dimata Adib.

.

Adib berpeluk tubuh sambil memerhati dari kejauhan seseorang yang sedang tekun menatal buku di salah satu meja di dalam perpustakaan itu. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyum nipis. Kepalanya tergeleng bila mengingatkan peristiwa Ezrel meminta dia untuk memikat isterinya tempoh hari. Kenapa perempuan baik seringkali disia-siakan? Kenapalah perempuan cantik macam kau dipertemukan dengan lelaki yang tak reti menghargai, Arumi? Dia lepaskan keluhan berat.

“Are you okay, Arumi?” Adib menghampiri meja yang diduduki Arumi.

Arumi mengangkat wajahnya. “Sir Adib.”

“Dari tadi saya tengok awak duk berkerut-kerut tengok muka surat yang sama. Awak ada soalan yang tak faham? Atau keterangan dalam buku tu kurang jelas sehingga memerlukan penjelasan dari saya?”

“Boleh ke tanya?”

“Jangan jadi polos sangat, Arumi. Tanya je. Cepat. Apa dia?”

“Soalan ni.”

“Oh yang ni. Okey meh saya ajar.” Kerusi disebelah Arumi ditarik ke belakang. Dia mencapai pensel mekanikal dipegangan Arumi lalu menunduk merapati tubuh Arumi dari belakang. Arumi pula jelas sedikit terkejut bila Adib rapat dengannya seperti ini yang membuatkan keadaan mereka ketika itu begitu dekat. Tiba-tiba terasa jantungnya bergerak laju.

Dengan pantas, pensyarah muda itu membantu Arumi menyelesaikan soalan yang dimaksudkan. “Okay, now. Awak pula kena selesaikan soalan ni.” Soalan yang dimaksudkan ditulis di dalam buku nota Arumi. “Esok saya nak tahu jawapannya.” Terus Adib pergi dari situ.

Arumi blur. Dia meneliti soalan yang ditulis Adib tadi. “Satu bukak kurungan lima tambah lima tutup kurungan vey bukak kurungan lima tolak lima tutup kurungan u?” Macam aku kenal soalan ni. Tapi dimana ya?

.

Di tempat lain, terukir senyuman bahagianya bila membaca pesanan ringkas itu.

[ Misi berjalan seperti yang kau nak, Ezrel. Kau jangan menyesal. ] - Adib

“Rel?”

“Ya?”

“Kenapa you senyum sorang-sorang? Macam kerang busuk dah I tengok.” Sofea menyentuh peha Ezrel lembut.

Ezrel meneutralkan wajah. Telefon dimasukkan ke dalam poket semula. Enjin kereta dihidupkan lalu tali pinggang keledar dipakai. “Takde apa-apalah, sayang. I just happy sebab you dah pulang ke pangkuan I semula.”

Sofea mengecilkan matanya ingin mengesan jika ada sebarang penipuan dalam mata itu. “Are you sure?”

“Ya, sayang. I pernah ke tipu you?” Tangan yang berada dipehanya disentuh lalu dibawa kepipinya.

“Manalah tahu you tengah sorokkan sesuatu dari pengetahuan I.”

“Takde apa-apa yang I nak sorokkan dari you.”

“Okey. I percaya you. Tapi kalau you tipu I, you tanggunglah akibatnya, Rel.”

.

Tin! Tin!

Tersedar Arumi dari lamunan. Dia yang sedang menunggu ketibaan Ezrel bagi menjemputnya pulang di hentian bas, menunduk sedikit untuk mengenal pasti siapa gerangan orang di dalam kereta Honda Civic hitam itu.

Cermin tingkap dilihat sengaja diturunkan. "Arumi!" Panggil orang orang itu. Dia tersenyum kekok bila wajah Adib menghias penglihatannya. "Tak balik lagi?"

"Hm belum, sir."

"Marilah, saya hantar awak balik. Alang-alang jalan rumah saya pon sehala je dengan rumah awak."

"Er takpelah, sir. Saya tunggu..."

"Tak payah, Arumi. Dah lewat ni. Bas pon pukul 7 baru ada. Kalau tunggu dia jemput awak, alamatnya bermalamlah awak dekat sini."

Diam. Begitulah selalunya pon. Tapi nak buat macam mana. Dah nasib badan. "Er takpe ke saya tumpang sir ni?" Sejujurnya, dia segan dengan Adib. Sejak kejadian Adib tinggalkan soalan untuk dia jawab beberapa hari yang lepas, sedaya upaya dia tak terlalu tonjolkan diri setiap kali waktu kelas Adib. Kalau tidak, pasti akan selalu bermain mata dan kata dengan lelaki itu di dalam kelas.

"Boleh, Arumi. Sini masuk. Lagipon dah nak hujan ni."

"Hm kalau macam tu, okeylah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience