PIA - 12

Romance Completed 24909

Hari ini, seawal 5 pagi lagi Arumi sudah bangun untuk bersiap ke tempat kerja. Bukan apa, baju kerja belum gosok lagi. Malam tadi leka pulak tengok drama sehingga tertidur sampai sedar-sedar sudah pukul 5 pagi. Dia gosok baju kerja dia alang-alang tu dia gosokkan sekali baju Ezrel. Lihat dia, tersadai sahaja baju lelaki itu diatas iron board.

Sedang leka, tiba-tiba terdengar seperti air mencurah-curah keluar dari dalam bilik air. Dia masuk ke biliknya lalu terus mencapai tuala untuk membersihkan diri.

Usai itu, dia ke ruangan dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.

Sedang tenang-tenang menikmati sarapan buatannya, tiba-tiba...

"Malika Arumi!"

Terjatuh sudu dipegangan bila mendengarkan laungan Ezrel yang bergema di seluruh ruangan rumah. Tiada niat untuk bangun dan pergi ke atas, hanya kepala sahaja melihat dari bawah apa yang sedang Ezrel pekikan.

Tak lama, Ezrel sudah turun dari bilik menerpa kearahnya dengan berwajah bengis. "Apa kau dah buat ni hah?" Diangkat baju kemeja putih yang sudah berlubang itu. "Macam mana boleh berlubang?"

Terbuntang mata Arumi melihat keadaan baju itu. Dia menelan liurnya pahit. 'Mampos aku!'
"Saya..."

"Kau tahu tak harini aku ada meeting dengan Dato Roslan tu? Ni dah berlubang macam ni, kau rasa apa patut aku rasa?"

"Marah." Menunduk menyesal atas kelalaiannya dalam melakukan 'tugas'.

"Habistu? Aku nak pakai baju apa ni?"

"Tak boleh ke awak pakai je baju tu? Awak coverlah dengan kot. Kan tak nampak sebab lubangnya dekat bahagian belakang."

"Banyaklah kau. Kau ingat Malaysia ni sejuk manjang nak pakai kot je?"

Terangkat bahu Arumi dek sedikit gerun dengan tempikan Ezrel itu. "Kan banyak lagi kemeja lain. Awak memang nak pakai kemeja warna maroon jugak ke?"

"Itulah kau. Aku tak suruh kau sentuh barang aku, kau pandai-pandai sentuh. Dah jadi macam ni, tahulah pulak buat muka bersalah kau tu. Habistu yang ni? Kau tak nak mengadu dekat mummy? Benda buruk dekat aku, kau manjang nak canangkan je pada mummy. Yang kau buat ni, aku kena mengadu pada ibu pulak ke?"

"Kan banyak lagi baju awak dekat alma..."

"Diam!"

Arumi menutup matanya sekejap. "Maaf, awak."

"Lepasni, jangan suka-suka sentuh barang orang!"

.

“Malika Arumi!” Pekik Ezrel dari dalam bilik pejabatnya.

Mendengar namanya dipanggil sekeras itu, pasti Ezrel sudah mengetahui sesuatu yang cuba dia diamkan sejak dia masuk ke bilik itu tanpa pengetahuan lelaki itu pada waktu makan tengah hari tadi. Langsung Arumi tertunduk-tunduk untuk keluar dari ruangan pejabat itu. Dia perlu menyelamatkan dirinya. Menapak sahaja kaki di dalam perut lift, dia menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya, dia terlepas dari diherdik untuk hari ini.

Di dalam bilik pejabat lelaki itu, hilang sabar bila tiada tanda-tanda Arumi masuk ke ruangannya, dia langsung bangkit berdiri menolak kasar pintu biliknya.

Mata tertuju pada meja kerja Arumi. Kosong. “Arumi mana?” Tanya dia kepada semua staf disitu. Semua mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Panggil Arumi sekarang juga. Sebelum pukul 4, Arumi tak masuk bilik saya, tahulah nasib awak semua.”

Masuk sahaja Ezrel ke dalam biliknya semula, pekerja disitu sudah melepaskan tawa suka. Ada juga yang sakan bertepuk tangan. Terhibur dengan drama terbaru kali ini.

“Terrorlah, Arumi. Dan dan boleh buat Encik Ezrel pusing kepala. Dulu, dia yang buat kita sakit kepala. Biar dia rasa erti sakit kepala yang sebenar. Baru bertemu buku dengan ruas.“

“Apalah yang Arumi dah buat kali ni? Baru hari kedua masuk praktikal dah huru hara pejabat ni dia buat.” Masih lagi ketawa lucu.

Ezrel di dalam bilik sudah mengurut pangkal hidungnya. Harini je dah macam-macam hal berlaku yang berpunca dari gadis bertuah bernama Malika Arumi. Stres!

.

Sudahnya, sampai ke waktu pulang, tiada bayangan Arumi masuk ke pejabat selepas ‘menyelamatkan diri’ tadi.

Pulang, menapak sahaja kaki ke dalam rumah, bilik Arumi dulu dia tuju. Sakit hatinya bila melihat elok sahaja gadis itu terbaring melintang macam takde masalah langsung yang menimpa. “Seronok hidup kau kan?”

Mendengar suara garau itu, cepat Arumi bangun menegakkan tubuh dari perbaringan. Takut-takut dia melawan pandang encik suami.

“Kau tahu tak, laptop yang kau tumpahkan air tu laptop aku? Macam-macam data penting ada dalam tu. Proposal projek dekat Langkawi pon ada dalam tu.”

“Saya tak sengaja. Saya mintak maaf.”

“Sejak bila kau jadi clumsy sangat ni, Arumi? Aku dengar Adib cakap kau ni pelajar terbaik dalam kelas. Pelajar cemerlang dalam batch kau. Ini ke yang terbaik? Ini ke yang cemerlang sangat tu?”

“Saya…” Dia menunduk bila laju Ezrel memotong bicaranya.

“Kalau macam nilah perangai yang kau tunjuk sepanjang kau buat intern, tak mustahil kau akan gagal, Arumi. Dengan kerja kau buat alar kadar macam ni, takde siapalah yang nak ambik kau bekerja." Tamat bicaranya yang terakhir, dia terus meninggalkan Arumi yang terkulat-kulat diatas katil.

Keluhan kecil dilepaskan. Pipinya ditampar perlahan beberapa kali. "Kau kenapa ni, Arumi? Elok sikit perangai tu tak boleh ke? Kan dah mengamuk si singa tu."

.

Arumi bangun dari meja kerjanya dengan teruja setelah mendapat panggilan dari seseorang. Handbag dia capai lalu bergegas menuju ke lift.

Menunggu lift terbuka dengan sabar. Beberapa ketika, datang dua orang lelaki berdiri berhampiran dengannya turut menunggu lift. Arumi berpaling. Ezrel dan seorang staf lelaki. Dia sekadar menunduk hormat pura-pura seperti mereka tiada hubungan.

Ezrel juga begitu. Membalas sahaja dengan menjatuhkan kepala.

Ting! Pintu lift terbuka.

Mereka masuk ke perut lift dengan didahului oleh Ezrel dan staf lelaki tadi. Arumi masuk kemudiannya.

"Nak pergi lunch ke?" Bual staf lelaki bernama Asyraf itu kepada Arumi.

Arumi berpaling. Dia tersenyum nipis. "Haah."

"Sorang?"

Ezrel disebelah kalih pandang pada Asyraf. Aik, mesra semacam je si Asyraf ni. Dah tangkap cintun ke? Selama ni bukan main berat mulut lagi bila nak bercakap dengan perempuan.

"Er..." Arumi pandang Ezrel kejap sebelum membalas. "Dengan kawan."

"Oh. Ingat nak ajak lunch sekali. Rupanya dah ada janji dengan orang lain." Hampa.

"Maaf. Lain kali." Tolak Arumi lembut.

Pintu lift terbuka. Arumi cepat keluar dari lift. Bila mata sudah nampak seseorang sedang bersandar pada pintu kereta menunggu kehadiran dia, Arumi lambaikan tangan. Dengan teruja, dia menghampiri pemuda itu. "Awak takde kelas?"

"Saya dah habis perkhidmatan sebagai pensyarah." Adib membukakan pintu kereta untuk Arumi. Dengan senang hati, Arumi memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Dari kejauhan, seseorang melihat dua figura itu dengan riak kosong. Terbit jugalah perasaan aneh dalam hatinya. Setiap kali Arumi bersama Adib, pasti riak bercahaya seperti itulah Arumi pamerkan. Cemburukah dia? Tapi, bukan inikah kemahuannya? Kau kenapa ni, Ezrel?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience