BAB 2

Romance Completed 11413

"Kalau Aty mintak cuti lebih boleh eh kak?" Amboi! Besar mandat aku kan? Kerja pun belum dah berani mintak cuti.

"Mak ngah memang macam tu. Dulu masa kak ngah Aty pergi belajar luar negara lagi teruk tau" aku tergelak kecil. Kutuk mak kita nampak! Tapi memang mama mcm gitu pun. Hailah.

Besar jugak rumah kak rin ni, dah la duk dua orang je tu pun dengan pembantu peribadi dia. Kaya jugak kak rin ni eh? Aku melilaukan pandangan ke sekitar banglo yang sederhana besar ini. Bagi aku dah cukup besar dah ni kalau nak hidup 7 atau 8 orang.

"Nina,ni adik sepupu akak,Aty. Sebaya dengan Nina" wah! Dapat member sebaya la! Gempak!

"Aty"

"Nina" kami berdua berbalas senyum dan kak rin bawa aku ke bilik aku.

Wah! Luas betul bilik aku ni ha! Dah la nampak macam selesa habis mesti aku liat nak bangun kalau dapat katil empuk macam ni. Masalah!

"Aty rest,akak nak keluar kejap. Nina kenal2 la dulu dengan Aty ya" kak rin tinggalkan aku dengan Nina dan kami berdua turun ke ruang tamu sambil berbual senang. Aku kan kaki kepochi! Hihihi.

Besar jugak syarikat majalah kak rin ni. Aku meninjau keadaan sekitar setelah berkenalan dengan semua staf kat sini. Baik2 dan paling best sekali kami semua perempuan! Yay! Hahaha, aku memerhatikan setiap sudut yang sangat kmas dan dihias cantik, tak nampak macam syarikat majalah pun, dah macam syarikat dekorasi rumah je.

"Aty, kenapa?" Soal Kak rin bila terserempak dengan aku di stor.

"Akak, boleh tak kalau Aty nak bilik ni?" Soal aku padanya dan kak rin berkerut agak banyak. Nampak sangat dah berumur. Hahaha.

"Tapi, ni stor lama je. Kenapa dengan bilik tu?"

"Ok je, tapi Aty suka. Boleh tengok jalan dan dari sini boleh nampak pintu utama syarikat kita. Boleh tengok orang" kak rin jenguk apa yang aku tunjukkan dan dia memeluk tubuh.

"Tapi sekarang ni semua orang sibuk. Siapa nak tolong Aty?"

"Aty boleh setel sendiri la kak. No worries" aku tersengih senang dan kak rin hnya anggukkan kepala. Yes!

Aku hantar kak rin yang berlalu pergi dengan ekor mata dan bilik stor yang tak digunakan ini aku bukakan tingkap. Penyapu di ambil dan aku sapu segenap bilik kemudian bersihkan habuk2. Gila bapak banyak habuk memang gaya bilik ditinggalkan je ni. Aku keluar dan ambilkan mop,ramai yang sibuk tapi ramai jugak yang bertanya aku nak buat apa tapi,tak ramai yang nak tolong. Hahaha. Sokay la sbb aku boleh buat sendiri.

Pejabat ni tak dibenarkan berkasut di dalam pejabat jadi memang tak kotor la. Dah gaya macam rumah macam tu senang tak rasa beban mana pun nak kerja.

"Penat jugak kemas bilik ni" bercakap seorang diri je la dah semua yang lain sibuk je.

Dua jam aku ambil masa untuk sapu dan mop sampai licin. Yes! Aku nak cat bilik ni dengan warna kelabu hijau la. Hurm! Tak sabar nak tengok hasil kerja tangan aku sendiri tapi rasanya baik aku upah orang je rasa lawa sikit kot. Tapi tak ada bajet la pulak,buat sendiri je la Aty. Esok weekend! Bolehlah kau siapkan semua ni.

Aku survey beberapa jenis barang utk diletakkan dalam bilik aku. Hehehe. Moga lawa la tempat aku nak kerja nanti barulah feeling skit. Aku belikan beberapa jenis perhiasan dan letakkan dalam kereta. Kak rin pergi mana pulak ni? Lama betul jumpa client dia ni. Aku masuk semula ke kedai perhiasan dan ternampak dolphin yang diperbuat daripada kaca. Cantik gila! Aku dah la peminat setia dolphin ni. Comel gila. Aku capai dan ke kaunter bayaran lalu keluarkan not seratus. Harga tak mahal pun tapi aku suka sangat ni.

Aku bimbit beg kertas keluar dan bila aku melangkah keluar dari kedai itu aku dilanggar dan beg kertas ditangan aku tercampak dan bunyi crack kedengaran. Erk! Siapa yang buta ni? Aku pandang lelaki yang bersut dan berkaca mata hitam pandang aku tanpa riak. Dah la langgar aku tak reti mintak maaf ke?

Dia capai beg kertas itu dan pandang price tag dalam beg itu. Dia keluarkan dompet dan aku hanya pandang tanpa banyak bunyi. Dia keluarkan duit seratus dan hulurkan pada aku tapi memang tak la aku nak terima kan? Dah la tak minta maaf! Aku bersilang tangan dan pandang dia atas bawah dengan muka bengang. Dia letakkan duit dicelah tangan aku dan berjalan pergi dengan beg kertas aku sekali.

Ei! Kurang asam betul la orang macam dia ni. Aku pandang duit seratus yang dia selitkan di tangan aku dan rasa nak koyak je!

Berlagak!

Sebaik tiba dirumah aku terus cari pen dan mula lukis muka mamat gila tadi atas duitnya dan bawahnya aku tulis nama sekali.

Pak cik berlagak! Tu dia! Spoil mood ingat pasal tadi, dah la dia tak mintak maaf lepas tu ingat aku hadap sangat duit dia ni? Kalau dia rasa dia kaya sekalipun aku rasa tak payah nak berlagak sangat kot.

"Aty nak ke ofis? Kak nak drop sana ni"

"Nak! Nak siapkan sikit lagi blik Aty. Nasib baik air cond ok lagi"

"Ya la,siaplah, lepas zohor kita gerak" aku angguk faham dan ambil gmbar duit seratus itu dan masukkan dalam instagram. Hehehe. Padan muka entah mamat berlagak mana la yang tak ada adab langsung ni. Ingat aku hadap sangat ke dengan duit seratus kau tu? Uwekk!!!

Pujian demi pujian yang aku dapat, heh! Bangga skit sebab blik aku dah perfect dan cantik la kot sebab semua orang duk puji je ni. Sengih sampai tahun depan aku kalau macam ni. Seminggu je aku boleh setel benda alah ni, cewah! Berlagak kau ya Aty!

"Meeting 30 min" panggil Kak rin dan semua orang ke ruang mesyuarat. Aku ambil tempat di sebelah Nina dan kami semua pandang kak rin yang dah sedia dengan cover majalah untuk bulan ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience