BAB 15

Romance Completed 11413

"Sepupu sayang kawin kan? Mereka pergi kampung sebelah la" haah! Lupa pulak aku yang sepupu aku kawin hari ni. Aku senyum sedikit dan mula sikatkan rambut Fiq. Tak sangka betul aku yang aku akan smpat bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami.

"Sayang buat apa semalam?" Erk! Dia tahu ke yang aku siapkan kerja semalam? Matilah aku dah la tengah cuti macam ni pun aku duk sibuk buat kerja lagi.

"Sikit je" aku rasa dia dah tahu aku buat apa jadi baik aku terus terang je senang.

"Abang tak marah, tapi lain kali jangan sampai tidur lewat sangat" pesannya dan aku rasa sedikit terharu lalu memeluknya lembut.

"Ya, mana awak tahu saya tidur lewat?"

"Abang!" Tegasnya dan aku mengeluh. Tersasul pun tak boleh dimaafkan ke?

"Abang pun tak tidur ke?" Soal aku pula dan dia angguk lalu letakkan kepalanya atas ribaan aku. Aku usap rambutnya dan senyum sorang2.

Nak tanya tak yang dia ingat tak lagi pernah langgar aku dulu? Lepas tu aku penah panggil dia pak cik berlagak? Mesti kelakar kan kalau dia tahu pasal semua ni?

"Perlu ke tutup mata ni?" Soal aku padanya bila dia bawa aku balik ke rumahnya setelah seminggu kami di kampung aku. Bercuti.

"Dah nak sampai" ujarnya dan aku secara tak tersengaja tersepak kaki meja dan aku mengaduh sakit lalu terduduk di lantai. Terasa ada tangan yang sentuh kaki aku dan dia membebel kerana aku tak berhati2.

Terasa tubuh aku melayang diangkat sehingga aku terjerit kecil dan dia minta aku tutup mulut. Aku tutup mulut dan biarkan je dia angkat aku entah ke mana aku sendiri tak pasti.

"Buka mata" ujarnya di tepi telinga aku dan aku dengan tak sabar terus buang kain yang tutup mata aku. Mulut aku ternganga bila melihat bilik tidur kami yang di hias dengan cantik, banyak betul dolphin yang diukir dengan kaca. Aku terdiam memandang sekeliling yang sangat cantik dan terasa lembut tangan aku ditarik ke satu almari kaca.

Aku terukir senyum bila ternampak cantik susun atur di dalam almari kaca itu walaupun barangan biasa dan ada dolphin kaca yang dah pecah. Aku senyum sebab puas hati dengan semua susunan ni.

"Sayang ingat lagi?" Soalnya lalu memeluk aku dari belakang dengan erat dan aku berkerut. Pipi aku dicium dan dia senyum lama. Aku buka almari itu dan menyentuh serpihan itu, adakah?

"Ingat?" Soalnya?

"Ingat!" Aku jawab lalu tergelak kecil. Pasal benda ni la aku marah sangat dengan dia.

"Bukan niat abang nak pergi macam tu je,masa tu Ira jatuh" terangnya dan aku tergelak kecil. Adoi! Berdas aku duk kutuk dia tak ada adab dan macam2 lagi.

"Ni, pin awak yang terjatuh bila awak selamba je duduk atas saya" ujarnya dan aku rasa malu gila. Dia ingat?

"Awak kenal la saya selama ni? Awak cam saya?" Soal aku tak percaya.

"Mestilah cam. Saya ingat muka malu dan cuak awak tu" ujarnya dan aku menyikunya lembut lalu dia tergelak sikit.

"Ni, tisu yang awak bagi masa hari hujan tu" aku tergamam,dia simpan lagi? What the ni???

"ni pen awak" tunjuknya lagi dan aku ternganga. Mati2 aku ingat hilang, rupanya ada kat sini. Semuanya barang aku yang ada gambr dolphin. Maklumlah peminat setia dolphin kan?

"Ni,sapu tangan awak bila lap darah saya masa kemas rumah tu" aku diam lagi. Patutlah semua barang aku hilang rupanya ada pencuri.

"Ni sticker awak" aku ternganga. Biar betul dia ni.

"Sorry, saya yang ambil semua ni. Setiap kali berjumpa dengan awak saya tak nak bawak balik memori je. Saya nak bawak balik barang kenangan" ujarnya dan aku tergelak kecil. Apa jenis orang la dia ni,mohon jangan ikut ya sebab ni pencuri.

"Kalau nak mintak je la,tak perlu curi pun. Pencuri"

"Abang nak jadi pencuri hati sayang. Jadi abang curi barang kesukaan sayang dulu"

"Entah2 key chain saya hilang pun awak yang ambil?"

"Yup! Ni" dia tunjukkan kunci rumah dan aku tergelak senang dengan lagaknya.

"Sweet la awak ni" ujar aku ikhlas dan senyum lalu memandangnya. Kini aku betul2 dalam pelukannya dan dia cium dahi aku lama sehingga aku terasa hangatnya meresap ke dalam hati. Hati ini hangat kerana sayangkan dia Ya Allah.

"Pasal fon abang dalam beg sayang. Abang yang letak"ujarnya pula dan kali ini aku buat muka geram. Sengaja betul la dia ni kiranya? Aku pukul bahu dia lembut dan dia tergelak bahagia.

"Apa lagi yang abang buat?" Soal aku segan sebab dah gantikan panggilan awak tu dia pun senyum semedeng je sebab happy. Ish! Malu betul!

"Banyak sangat" ujarnya dan gelak lagi. Aku pandangnya dan sentuh pipinya lembut. Aku dekatkan bibir aku ke telinganya dan bisikkan sesuatu.

"Saya dah tangkap pencuri hati saya. Hukuman apa yang perlu saya bagi ni?" Soal aku lembut dan dia senyum bahagia lalu rapatkan bibirnya ditelinga aku pula.

"Masukkan dalam penjara hati sayang paling dalam. Lepas tu buang kunci jauh2" dia mencium hujung telinga aku dan aku terasa bahang malu lagi. Bahang ni dah naik sampai serbu muka aku rasa sekarang ni.

"Abang ni, dalam hati Aty tak ada penjara"

"Habis tu ada apa?" Soalnya pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience