BAB 17

Romance Completed 11413

"Abang guna kunci pendua, masuk tidur dengan sayang"

"What? Abang tidur dengan Aty?"

"Haah, about 15 min. Sebelum Sayang mengigau nak makan nasi goreng kampung" ha??? Biar betul!

"Buat lawak la tu"

"Mana ada lawak. Serius tau. Terkejut abang" ujarnya lagi. Ok! Memang memalukan habis.

"Abang buat apa ni?"

"Nasi goreng kampung la."

"Pandai ke? Cakap tak pandai masak"

"Nanti rasa la. Then you judge" ujarnya lalu cium pipi aku. Ish! Dia ni sempat aje kat dapur pun.

"Nice kiss" ujarnya lalu mengenyitkan mata dan aku rasa tomato aku boleh petik lagi kali ini. Berapa kali berbuah sehari ni! Aku peluk badannya dari belakang dan aku rasa selesa begitu walaupun malu.

"Aty suka abang la" ujar aku perlahan dan Fiq gelak kecil.

"Tahu"

"Poyo sangat" balas aku balik dan dia gelak lagi.

"Betul, abang tahu sebab sayang pernah mengigau dulu. Siap confess lagi. Fully english pulak tu"

"Ya ke? Tipu!"

"Tanya Iza dengan Ira. Dorang pun dengar"

"Tipu! Macam mana dorang dengar?"

"Sayang tidur ruang tamu rumah abah. Abah pun dengar" adess! Yang ni lagi malu aku rasa. Bencinya!!

"But i'm glad. You said it once again" ujarnya lalu tersenyum manis.

"Lambatnya nak siap, lapar dah ni" aku sengaja menyimpang sikit sebab tal nak malu lebih lagi. Baru je seminggu aku kawin dengan dia, dah macam2 perangai tak senonoh pasal aku dia tahu. Matilah.

Dia cakap tak pandai masak tapi hari2 dia masakkan untuk aku dah la sedap pulak tu. Nak kata dia tak pandai kemas rumah, rumah ni sentiasa bersih je sampai aku pun tak sempat nak tunjuk rajin. Bukan tu je, kenapa lagak dia dengan contest tu menyimpang habis. Tak faham betul aku dengan perangai dia yang sekarang ni dan macam apa yamg aku impikan dalam seorang suami dulu mula muncul dalam dirinya. Mana ada orang tahu aku nak suami macam mana dulu sebab banyak yang tak logik. Hehehe.

"Sayang! Berangan je tahu" ujarnya lalu menarik aku jatuh ke atas ribaannya. Aku senyum dan bersandar pada badannya dan tangannya yang berada di pinggang aku sentuh. Aku sayang dia la aku rasa sebab dia ni memang buat aku rasa akulah isteri paling bertuah dalam dunia ni.

"Kenapa ni?" Soalnya lembut dan mencium pipi kanan aku. Aku tergelak sikit bila kegelian.

"I see something diff in you" ujar aku padanya dan dia agak pelik kot dengan statement aku ni.

"Apa?"

"Something that you never show before"

"Abang tak pernah sembunyikan apa2 dari sayang"

"Bukan tu maksud Aty."

"Dah tu? Aty buat abang cuak la"

"Aty nampak abang ni bukan Fiq yang aty mula2 kenal dulu"

"Sama je la, cuma sekarang ni dah tak single" ujarnya buat2 sedih dan aku pukul bahunya, dia ni suka betul la main2.

"Banyak lagi yang sayang tak tahu pasal abang" ujarnya pula dan aku angguk setuju. Aku pun sebenarnya tak pernah rasa nak ambil tahu pasal dia pun. Sekarang ni aku dah nmpak dia semakin dalam dan mungkin betul yang aku dah jatuh cinta dengan dia sepenuhnya.

"Jom pergi bersiap, lama pulak kawan sayang tunggu kita. Anniversary dia kan?"

"Jom!" Aku bangun dari ribaannya dan dia paut tangan aku lembut. Aku pandang dia pelik dan dia terus cium tangan aku. Dia ni memang jenis lain semacam ke apa?

"Abang tak dapat imagine kalau tak dapat nak pegang tangan sayang lagi" aku senyum. Dia ni mulalah tu nak mengarut.

"Hanya ajal yang mampu pisahkn kita. Dan tiada apa yang mampu ubah hati abang"ujarnya lagi dan aku diam sambil senyum.

"Kalau saya pergi awal sekalipun, saya nak awak bahagia" aku balas dan dia terus peluk aku erat.

"Abang cintakan sayang" mata aku membulat dan jantung aku berdegup kuat. Terlalu kuat sehingga aku rasa aku dapat dengar bunyinya.

"Abang....cintakan Aty" ujarnya sambil pandang mata aku. Air nata aku mengalir laju kerana ini adalah kali pertama dia ungkapkan kata cinta. Aku peluknya erat dan biarkan keadaan kami macam tu. Aku juga cintakan dia Ya Allah.

"Kenapa tiba2 je hari ni? Risau Aty. Abang tak sihat ke?"

"Abang sihat la sayang. Bila fikir balik, abang tak pernah sampaikan cinta abang in words. Thats why la"

"Thanks" ucap aku ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience