BAB 4

Romance Completed 11413

"No worry la." Ujarnya dan aku senyum sdikit. Takut dengan respon reader nanti. Buatnya dorang tak suka aku punya page memang nangis tak berlagu aku dibuatnya.

"Aty, bila kamu nak kawin? Tahun depan dah 28" adoi. Mama ni macam tak ada soalan lain je nak tanya sejak aku kerja ni.

"Tak cukup duit lagi ma nak kawin" aku jawab gaya macam aku yang nak kena pergi pinang anak dara orang nanti. Hihihi. Mama dah angkat sudip nak pukul aku tapi aku cepat2 mengelak orang tua2 kata kalau kena pukul dengan sudip tak kawin nanti.

"Dah 6 bulan kamu kerja,pergilah cari suami" tegur mama lagi dan aku memikirkan idea untuk bagi jawapan mintak lempang.

"Ada jualan ke ma? Boleh Aty pergi beli suami" mama pandang aku macam nak tembus kalah sinar gama ni. Aku telan liur sikit dan ketawa kecil. Mama kalau meletup memang besar letupan dia mcm nuclear reaction! Ades! Pandai pulak aku bab fizik ni,almaklumlah nak kawin dengn engineer. Hahahaha.

"Kamu nak tunggu umur 30 ke?" Soal mama lagi. Tak give up betul mama ni ha.

"Mama ni, mama suruh Aty kerja Aty dah laksana dah titah tu. Nak kawin ni tak ada calon lagi. Bukan je calon tak ada, niat pun belum terbit ni"

"Orang pinang kamu tolak semua buat macam anak raja"

"Ma! All of them is not my type ok. Tak berkenan di hati la ma" protes aku keras. Dah la yang datang pinang aku tu semua memang tak membuka selera aku la. Even aku puasa pun hari tu langsung tam rasa nak berbuka. Hahahaha.

"Aty nak suami macam mana lagi? Suami idaman malaya?!" Suara mama dah meninggi.

"Ma,repeat ayat last" aku minta mama ulang balik apa yang dia dah sebut tadi. Kedengaran enak bangat ditelinga gue.

"Suami idaman malaya" mama sebut lagi dan aku terus peluk mama erat. Yes!

"Ma! I love you till jannah!" Pipi mama aku cium dan aku terus lari ke laman rumah. Abah yang tengah seronok kait mangga aku sergah sehingga mangga yamg dijolok jatuh atas kepala abah. Super Alamak!!!

"Aduh, kepala aku" abah mengaduh sakit dan aku sengih buat iklan ubat gigi terlaris di Malaysia. Aku mendekati abah dan memeluk lengannya sebagai tanda minta maaf. Abah gelengkan kepala dan tersenyum ringkas,almaklumlah dah kenal sangat dengan anak bongsu dia ni.

"Abah,sorry key?"

"Kutip mangga tu." Arah abah dan aku senyum lagi lalu kutip mangga yamg jatuh atas kepala abah tadi. Ya Allah, aku gurau je tadi tanpa niat.

"Apa yg seronok sangat?"

"Seronok sebab kerja abah. Mama punya idea memang hebat!" Aku sengih dan abah hanya mampu senyum. Abah dah tak bising lepas aku dah kerja tapi mama ni tak habis2 mintak aku kawin cepat2. Tak minat la mama nak kawin lagi.

Nina dan kak rin yang seronok layan drama melayu di ruang tamu buatkan aku ikut sama rasa tertarik. Cerita apa pulak ni? Suamiku En. Perfect ten? Amboi tajuk!

"Hensem kan Aaron Aziz ni. Nasib baik dah kawin" Nina bersuara dan aku sengih. Kak rin pun bukan main lagi ya duk angguk setuju.

"Patutlah dua2 tak kawin lagi, nak tunggu en. Perfect ten ke?" Soal aku selamba dan mereka berdua tersengih. Nina tepuk bahu aku dan perli aku balik.

"Cakap orang! Kau bila nak kawin? At least aku dah ada tunang, kak rin dah ada calon" aku sengih. Teringat pulak kat mama kat rumah. Aku nak suami idaman malaya la kau!

"Kalau dah jodoh tak kemana"

"Pandailah Aty. Aty, feedback Aty punya page gempak kan? Siap ada website lagi. Video pun cun! Bulan lepas punya projek, menantu pilihan hati. Untuk bulan ni apa pulak?"

"Feedback yang average playboy dan playgirl tu lagi best. Aku follow kot setiap episode" Nina bersuara pula. Aku sengih sekejap dan remind balik apa yg dah jadi 6 bulan lepas.

Page aku dah jadi macam contest dah kena ada undian lagi. Bukan tu je siap ada video untuk setiap aktiviti or survey yang aku buat sepanjang satu bulan. Sumpah! Busy dan penat gila tapi aku suka sangat dan puas hati gilalah. Untuk majalah punya page aku akan sinopsiskan balik je dan cerita apa yang dah jadi. Pemenang pun akan diumumkan. Tak sangka bukan perempuan je follow lelaki pun follow sama. Maklumlah both gender aku observe ni ha.

"Untuk bulan ni, Aty dah buat survey pun. Pasal tempat kerja. Tinggal nak setelkan sepenuhnya je la sekarang ni."

"Apa yang Aty nak buat?"

"Aty akan pergi kerja! 4 places. I think i can die because of tiredness but i cant wait for it!"

"Dah dapat ke tempat kerja?"

"Dah! Senang jugak ada rmai readers ni kak. Aty mention je rmai yang jemput datang ha" aku sengih dan Nina turut sama buat muka teruja.

"En. Furqan kau tak offer kerja dalam ofis dia ke?"ok! Spoil mood sangat sebab sebut nama mamat tak tahu malu tu. Ingat dia kaya aku kisah? Ceh!

"Tak ingin kau!" Kak rin dan Nina dah mengekek gelakkan aku sekarang ni. Kenapalah kak rin kerja dengan syarikat pencetakan dia kan dah susahkan aku! Ei!

"Kak, untuk projek bulan depan,Aty nak buat iklan boleh tak? Nak buat contest lagi"

"Ya? Contest apa pulak?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience