BAB 10

Romance Completed 11524

"Anak ke?" Soal aku ringkas dan tangan taip password yang dia berikan.

"Adik. Dapat tak?" Soalnya dan aku senyum . Adik!

"Dah!" Aku bersuara ceria.

Aku terpaku bila tengok wallpaper dia, adess, sweetnya dia kiss mak dia ke ni? Alolo comel bak hang!

"Atylia, are you there?"

"Haah! Here"

"Ok, then can you check my messages. Ada something important tak?" Biar betul dia percayakan aku ni.

"Sure ke ni?"

"Yes, make it fast" tak menyempat!

Aku bukakan inbox dan semuanya dari adik2 dia la kot. Dah nama Iza dan Ira je naik ni.

"Semuanya Iza dan Ira. And ada Asu satu je"

"Buka yang Asu dulu" arahnya dan aku tanpa segan silu la bukak.

"Salam, Fiq bila nak balik rumah Asu? Asu dah ada calon isteri untuk Fiq ni. Balik ya?" Aku bacakan mesej tanpa nada. Heh! Tak kahwin lagi rupanya.

"Balas, Fiq sibuk. Nanti Fiq call" ujarnya dan aku senyum segaris. Nak mengelak la tu samalah macam kau Aty oi!

"Iza cakap apa?" Soalnya lagi.

"Banyak ni, jap. Semuanya dia minta izin nak keluar je. Iza kat mall, kat rumah kawan, kat rumah je"

"Ira?"

"Sama je. Ayat sama je"

"Good. Ok, thanks. Bye" terus telefon dimatikan dan aku ternganga kat sini. Dia matikan macam tu je. Ingat aku operator telefon dia ke apa? Bila dia nak ambil fon ni? Haish!

Rasa macam nak nangis je tengok cerita tadi, Furqan pun pilih cerita sadis habis untung aku tak nangis je tadi depan dia. Aku tunggu Furqan sambil bersandar di keretanya. Telefon mamat tu berbunyi, aku angkat dan tak tahu siapa yang call.

"Maaf, En. Irfan Syafiq tak ada" ayat yang sama jugak aku guna setiap kali ada orang call dah la lepas tu kena lapor kat dia pulak. Takkan nak tunggu hujung minggu baru nak bagi. Matilah aku asyik jadi informer dia je.

"Cik Atylia" lah, dia sendiri ke?

"Awak ke?" Soal aku malas.

"Macam tak suka je?" Macam mana nak suka kalau dia call semata mata nak tanya pasal fon dia je lepas tu terus putuskan talian. Ingat aku ni manager dia ke apa?

"No call or mesej" aku maklum segera.

"Not even one?"

"Nope! Bila nak ambil fon ni?"

"Hari ni saya busy, esok kot"

"Esok?" Malasnya jaga telefon dia lagi. Buat sakit hati je!

"Aty, kita nak makan kat mana?" Furqan la pulak.

"Mana2 je. Saya ikut awak je"

"Kalau macam tu singapore village eh, dah lama saya nak bawak awak makan sana"

"Ok je!" Aku kembali fokus pada fon dan dia dah letak. Ok!

Selesai order kami borak tentang aktiviti hujung mggu ni. Furqan memang mendahului carta dan semua orang suka dia yang ramah teramat ni dah la agak hemsem. Huhuhu. Aku je tak minat dengan dia ni.

"Hai!" Ha???

"Syafiq, kebetulannya" mamat ni buat apa kat sini ni?

"Ya la Furqan, tak sangka kau kat sini jugak. Cik Atylia pun ada" aku jeling dia yang pandang aku sekilas. Jangan berangan nak duduk sini pulak.

"Join kami la,boleh makan sama. Kalau kau tak busy la" aku gelengkan pada Furqan tapi dia tal perasan pulak.

"Kebetulan saya baru je lepas jumpa client tadi. Masuk jap untuk lunch."

"Eloklah, boleh join kami"

"Tak ganggu ke?"

"Ganggu apanya?" Yang dia pergi duduk sbelah aku tu kenapa? Nak marah betul la aku kalau macam ni. Tapi yang aku marah sangat ni kenapa? Sebab dia gunakan aku sebagai operator dia ke?

"Cik Atylia macam tak suka je"

"Ya ke? Aty tak suka ke?"

"Mana ada, eloklah. Lagi ramai lagi bagus" aku jawab tanpa riak. Fiq pandang aku dan senyum sikit.

"Comel awak ni" pujinya perlahan dan muka aku terasa panas. Aku pandang dia dan berkerut banyak.

"Boleh la bagi balik fon saya. Tak ada la awak susah lagi lepas ni"

"Haah! Betul jugak"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience