BAB 3

Romance Completed 11413

"Let's OBBY space! Saya dah iklankan. Mulai bulan depan, ruang tu akan tambah dalam majalah kita dan admin dia ialah Aty. Jadi, semua entry sepenuhnya bergantung pada Aty. Yang lain harap boleh tolong Aty"

Semua orang mengangguk faham dan aku senyum kepada semua oramg. Semua orang dalam ni ialah admin setiap space kecuali editor dan Nina la.

"Good luck!" Semua orang ucapkan tahniah dan aku senyum berterima kasih. Bersedia ke Aty? Must ready!

Kalau Tiara pasal life wanita dan lelaki. Oreo, sebab dia suka oreo dan nama pena dia pun sama pasal cerpen dan cinta la. Segmen cinta la tu. Qima pulak slot seram dan misteri. Fara pasal fesyen. Ita pasal fact and health. Nurul tentang sales sebab kami pun jadi agen sales. Hahahaha. Aku punya space pulak pasal apa eh?

Satu pasangan kembar sedang seronok baring di carpet sambil mbca majalah K.I.TA.

"Slot seram kali ni cerita pasal hantu air la weh" Iza bersuara pada kembarnya, Ira dan Ira pandang aje. Dia tak berminat dengan slot seram tu dan mereka berdua banyak tak sehati jiwa tak macam kembar yang lain.

"Bosan! Cerpen cinta kali ni best! Tapi ada sambungan dia" Ira mengeluh dan Iza buat bodoh je. Dia jenis tak fikir sangat pasal cinta dan lebih terdedah kepada benda misteri dan seram je.

"Slot baru!" Jerit mereka berdua serentak dan terus meniarap dengan muka teruja habis.

"Let's OBBY? Jom observe sama2 nak? Apakebenda punya slot ni?"

"Haah! Pelik je."

"Next month publish"

"Miss Dolphin? Admin baru ke?" Soal Iza dan Ira angkat bahu tanda tak tahu.

Mereka berdua baring balik dan peluk majalah kegemaran mereka itu. Setelah puas berfikir mereka dikejutkan dengan kepulangan abangnya yang hati batu dan cool tak bertempat.

"Abang!" Tegur Iza dan abgnya yang baru je balik dari kerja labuhkan punggung di sofa. Dua adiknya dipandang sekilas dan kemudian dia pandang majalah dalam pelukan dua adiknya serta yang dah penuh atas rak diperhatikan.

"Dah bijak sangat ke sampai tak study ni?" Soal abang mereka perli macam biasa. Ira buat muka bosan sebab asyik kena perli je dengan abang mereka ni.

"Exam baru je habis semalam" Iza bersuara sambil memerli dan abangnya buat tak endah lalu perhatikan Ira yang langsung tak berkalih dari pandang majalah tersebut.

"Ira" panggil abgnya dan Ira angkat muka.

"ambil air sejuk"

"Suruh Iza la" rengek Ira dan Iza jelirkan lidah sebab tak terkena.

"Iza dan ira. Both of you."

"Alah...nak ambil air pun kena berdua ke?"

"Sebab abang nampak korang ni taksub sangat dengan bnda alah tu"

"Majalah la abang!"

"Tak Peduli, pergi cepat" arah abang mereka lagi dan dalam keadaan tak nak mereka bangun dan pergi.

Majalah disimpan di atas rak dan si abang senyum bila adiknya memuncung tapi tak membantah.

Penatnya nak kejar deadline ni semua dah la first time aku nak publish ni. Kena pay effort 400% barulah rasa puas hati. Ok lah, tajuk first ni observe tajuk kenapa perempuan sukakan kasut sangat. Heh! Aku ni bukanlah seorang jurnalis jadi tak havoc macam admin lain tapi kira ok la ni! Puas hati habis!. Aku emailkan pada Kak rin dan tunggu balasannya,kemudian aku kemaskan page biar kelihatan cantik dan menarik habis. Pelbagai teknik dan skill yang aku terpaksa belajar untuk manfaatkan untuk page. Lulus ke tak kena tanya tuan maha guru editor la baru la lepas.

Aku ambil masa 3 jam buat benda ni je dan yang penting biar perut lapar asalkan kerja siap dan aku puas hati habis. Aku print out dan berlari ke bilik editor dan kak opie sambut kedatangn aku dengan baik tapi nampak yang dia tengah sibuk sangat. Moga kerja aku dah senangkan dia.

"May i help you sis?"

"Hehe,Aty dah rangka edit untuk page. Kak opie rasa ok tak?" Aku hulurkan kertas yang dah print dan

kak opie tanggalkan spec dan senyum panjang.

"Impressive, lawa. Pandai aty"

"Hehe,bantuan apps la tu kak. Ok tak?"

"Ok sangat dah ni. Grey and green?"

"Yes,feveret colour" aku sengih segaris.

"Dolphin?"

"Symbol. Miss Dolphin"

"Amboi! Ok sangat dah ni tapi kak opie akan edit teknik warna skit. Tak sesuai sangat. Ok tak?"

"Ok je"

"Klau Aty suka dolphin,akak tmbah biru skit. Nanti akak tunjk kat aty. Bagi softcopy ok?" Pesannya dan aku hulurkan pendrive lalu tersenyum dan keluar dari bliknya.

"Macam mana?" Soal Ita.

"Ok kot. Takut tak ada readers"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience