BAB 19

Romance Completed 11413

"Alhamdulillah, tercapai objektif abang. Tapi ada lagi satu tak tercapai"

"Apa?" Aku pandangnya dan dia buat muka sedih habis. Apa lagi yang tak tercapai ni?

"Baby eh?" Soal aku padanya sedih. Aku pun sedih,dah setahun kawin tapi masih jugak tak ada rezeki. Tapi aku percaya pada Allah.

"Bukanlah, tu semua rezeki dari Allah."

"Dah tu?"

"Teringin nak dengar Aty cakap I love you" ujarnya dan aku diam. Erk! Tu ke? Aku gigit bibir bawah dan pandang dia yang sedang pandang aku.

"I love you" ujar aku perlahan dan dia gelak bagai nak rak. Lah! Tadi nak dengar aku cakap sangat sekarang dia gelak tak percaya pulak. Kuajakkk.

"Abang!" Aku memarahinya tapi dia tetap jugak gelakkan aku dan ikatkan tali pinggang bila diarahkan kerana kami akan mendarat.

Aku protes geram dan biarkan je dia jalan sorang diri. Terasa tangan aku ditarik dan dia minta aku berjalan disebelahnya lalu pinggang aku dipeluk erat. Aku jeling dia dengan geram tapi dia buat selamba je.

Sebaik kami check in hotel aku terus masuk bilik air dan menangis. Kenapa nak menangis? Sebab dia dah mainkan apa yang aku cakap. Pintu bilik air diketuk dan aku tak menyahut sebab merajuk.

"Jangan kacau! Aty nak mandi" aku bukakan paip air sehingga penuh tab mandi dan aku masukkan sabun sehingga berbuih. Protes betul kalau macam ni.

"Sayang, abang buka pintu ni" terus aku diam bila pintu terbuka. Fiq masuk dan angkat aku keluar dari blik air.

Aku didudukkan di atas katil dan dia melutut pandang aku. Air mata aku dikesat dengan lembut.

"mcm ni pun nangis. Abang percayalah apa yang sayang cakap tadi. Cuma abang rasa kelakar bila sayang ucap bila abang mintak. Kalau abang tak mntak tak nak ucap la ya?" Soalan dia buatkan aku tunduk.

"dah nangis" ujarnya dan aku senyum malu. Dia ni! Tudung aku dibuka dan dia cium pipi aku lembut. Aku sentuh pipinya dan cium dahinya.

"Abang suami idaman Aty. Dan Aty cintakan abang sepenuh hati" ucap aku dan dia senyum bermakna. Tangan aku dibawa ke dadanya.

"Kuat kan? Macam ni la abang rasa bila sayang ucapkan cinta tu" aku senyum lagi. Jiwang bak hang!

"Aty memang sayangkan abang" aku tegaskan lagi dan dia senyum lagi.

"Abang tahu. Abang pun cintakan sayang sangat2"

"Aty pun tahu. Hari2 abang sebut" aku perlinya dan dia gelak mewah.

"Hari2? Ke?"

"Haah!"

"Means,cinta abang ni tak habis buat sayang" dia kenyitkan mata dan aku rasa dia poyo sangat.

"Sayang nak mandi kan? Jom!" Ajaknya lalu angkat aku masuk bilik air. Aish sia ni!!! Senyum je la dah mama pun Irfan Syafiq ni dalam golongan degil.

Adalakanya aku sering bertanya pada diri samaada aku layak untuk mengecap nikmat bahagia ini memandangkan apa sajalah sumbangan dan kebaikan aku, tapi aku percaya ini adalah pilihan terbaik dari Allah SWT. Tiada kejadian dari Tuhan yang dilakukan sia-sia, aku pasti kekurangan aku dan kelebihan dia membuatkan kami saling melengkapi. Aku berdoa agar hubungan ini sentiasa terpelihara, biar aku menjadi miliknya sentiasa di hatinya begitu juga dirinya yang akan selamanya menjadi lelaki idaman dan pujaan No.1 sentiasa berada di tahta teratas carta hatiku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience