BAB 6

Romance Completed 11413

"Iza!" Marah Ira sambil ketuk pintu blik air kuat.

"Padan muka. Kejap! Dah nak siap ni" Iza sengih dan sudahkan gosok gigi lalu keluar dengan laptop.

Dua2 terjun katil lepas tu dan terus buka video baru update tu.

Duk gelak aje mereka tengok video tu dan belum sempat habis abang mereka yang masuk tanpa ketuk pintu terus tutup laptop tersebut dan mengambilnya.

"Abang!!!" Jerit kembar itu marah dan geram.

"Mandi! Solat! Turun makan! Dah nak pkul 2." Abang mereka terus berlalu keluar dengan laptop di tangan.

"Abang...." pujuk Iza dan Ira tapi langsung tak berjaya dan berkesan kepada abangnya. Kecewa tak payah cakap la gaya dah macam orang kena tinggal laki je.

"Baru je 20 min layan. Abang ni tak adil!" Jerit iza kuat supaya abangnya dengar.

"Entah! Jeles!" Ira pulak jadi tukang sambung. Si abang yang dengar hanya mampu tarik senyum dan menonton tv tanpa perasaan. Dah la kena masak untuk mereka berdua lagi. Susah betul jaga kembar dia dua orang tu lebih2 lagi bila Asu mereka tak ada.

En. Furqan la weh! Adoi! Mana aku nak lari pulak kali ni? Erk! Dia dah nampak aku dan sedang berjalan ke arah aku dengan bangganya. Aku buat2 sibuk dan berpaling darinya tapi dia dah perasan akan aku.

"Atylia" sapanya mesra dan aku macam orang jongang sengih nampak semua gigi.

"Eh, En. Furqan, sihat?" Soal aku buat2 mesra rakyat la kononnya ni.

"Sihat, alhamdulilah. Awak?"

"Alhamdulilah, sihat."

"Awak mengelak dari saya eh?" Soalnya dengan senyuman agak kecewa dan aku rasa bersalah bila dia tanya macam tu. Obvious sangat ke aku melarikan diri? Ita yang berada di depan mata aku angkat bahu dan buat bodoh je.

"Mana ada, En. Furqan duduk dulu,saya buat milo special punya!" Aku senyum dan bergerak ke pantry. Sambil membancuh milo aku mengeluh dan fikirkan kesalahan aku buat orang rasa macam tu. Kalau tak suka cakap je la terus terang. Baik jadi kawan daripada jadi musuh. Aku keluar dengan dua mug dan aku duduk depannya.

"Saya bukan nak elak atau larikan diri. Cuma saya risau dengan perasaan encik pada saya. Saya tak nak ada hubungan apa2 special dengan mana2 lelaki buat masa ni. Kalau saya salah faham saya minta maaf. Saya cuma harap kalau boleh better jadi kawan je" terang aku langsung dan dia diam lama lalu memandang mug di atas meja. Aku angkat kaki dan bersila dengan selesa atas sofa.

"Oh, saya yang buat awak tak selesa ya?"

"Bukan, cara encik tu buat saya takut. Tapi, kalau nak kawan, setakat belanja saya lunch pun settle" aku berseloroh dan dia gelak sedikit.

"Ok. Lunch!"

"Nice! Jom" ajak aku dan terus bangun dari sofa.

Aku ambil beg dan kami berdua beriringan pergi. Ita dah buat muka pelik dan aku buat muka selamba. Ita senyum dan angguk faham dengan maksud aku. Agaknya dia faham la kot aku pun tak pasti dia faham ke tak.

"Suami idaman malaya?!" Soal Nina teruja habis dengan projek baru aku yang baru je di iklankan ni. Harapnya cukuplah 10 orang ya g berminat nak masuk contest ni.

"Erm, ok tak?"

"Ok sangat! Kau nak cari calon untuk diri sendiri ke?" Soal Nina dengan kening terangkat dan aku hanya mampu tayang sengih kat dia. Memang tak lah jawapan dia tak kuasa aku nak cari calon macam tu.

"Tak kuasa aku la weh. Saja je ni. Menarik tak?" Soal aku padanya dan Nina angguk kencang2. Aku sengih padanya dan dia tersenyum sama.

"10 orang je?"

"Tu pun dah ramai tau! Nak setel sebulan boleh ke?"

"Betul jugak. Btw aku nak join jugak eh?"

"Kenapa? Nak tunang kau masuk sama?"

"Haah! Boleh?"

"Boleh je. Tak ada syarat untuk status pun"

"Cun!" Lantak kau la Nina, buat macam tunang dia tu tak ada kerja lain je nak buat.

Aku semak borang yang dihantar, bukan sepuluh yang aku dpt tapi seratus lebih dan aku sendiri dah hampir gila ni. Tapi disebabkan kuasa adil aku akan ambil yang terawal hantar kat aku je. 10 je pun.

"Nak tolong!" Semak je la Nina dengan kak rin ni nak tolong. Hahaha.

Aku hulurkan 10 orang yang terpilih dan dengan teruja mereka tengok borang permohonan mereka semua.

"Wah! Chef la kau!" Aku tak minat chef ni semua tapi lantaklah dah dorang teruja habis aku nak buat macam mana.

"En.Furqan kau pun ada la!" Aku rasa macam nak bagi pelempang maut je kat Nina ni. Tak kuasa la aku dengan En. Furqan tu walaupun kami dah jadi kawan sekarang.

"Bukan aku punya la!" Bentak aku geram dan boleh dia gelak pulak.

"Tolong aku esok eh. Kau pergi hantarkan jadual untuk 5 orang aku hantar 5 orang. Ada kerja la aku nak buat esok"

"No hal! Alamat?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience