BAB 11

Romance Completed 11413

"Ok, korang discuss apa yang sulit sangat tu?" Soal Furqan.

"Ni ha, saya pegang Fiq punya fon" aku serahkan pada Fiq depan mata Furqan dan Furqan pandang pelik.

"Fiq? Awak dengan Syafiq dah lama kenal ke?" Soalan Furqan buat aku sendiri tertanya tanya. Haah, sejak bila kami berdua ni baik dan mesra rakyat canggini.

"Tak lama pun. Aku tertinggal fon dekat set, dia tolong pegangkan. Tu je bro" terang Fiq dan aku angguk setuju. Furqan diam lagi dan pandang aku lain macam.

"Furqan, apa yang awak fikir tu salah" ujar aku dan Furqan diam sejenak sebelum tersenyum.

"Ya la, saya tak fikir yang bukan2"

"Good, jom makan" aku angkat sudu dan biarkan je masa berlalu macam tu. Tak berminat nak borak dengan sesape pun dah la aku tak selesa bila Fiq duk sebelah aku ni.

Aktiviti kedua ialah masak, memang kalut dan kelakar gila bila tengok lagak dorang semua ni masak. Yang chef tu senanglah tapi yang tak pandai masak tu rasa pedih perut buat gelak. Aku rasa kalau Furqan macam smooth je. Yang paling tal boleh blah Aiman, paling muda la kat sini, bawang pun tak kenal. Siap tertukar lagi bawang besar dengan bawang merah. Lawak betul! Sumpah aku tak nak jadi juri masakan ni nanti ada yang sakit perut masuk hospital.

Berjalan punya berjalan akhirnya aku sampai di dapur Fiq. Satu apa pun tak buat lagi dia ni, mesti tak pandai kan? Sebab satu benda pun dia tak boleh buat dengan baik. Aku rasa ada orang undi dia pun sebab dia hensem je. Hahaha. Berapa das kau duk kutuk dia tu Aty oi!

"Masak apa?" Soal aku sama seperti peserta lain dan dia angkat muka pandang aku lalu tunjukkan buah buahan yang dah siap potong. Apa yag dia nak buat tu aku sendiri tak pasti.

"Masak apa?"

"Tak nak masak" jawabnya selamba habis dan aku rasa macam....nak tendang orang je.

"Jom makan" ajaknya mesra dan dia datang kepada aku dengan mangkuk buah yang sudah dipotong. Garfu disuakan pada mulut aku dan nak tak nak aku kena buka mulut jugak.

Takkan dia nak bagi juri makan benda ni je kot. Memang masuk contest untuk kalah ke apa mamat ni? Tak paham aku dengan hamba Allah seorang ni.

"Sedap?" Soalnya dan aku berkerut. Memang la sedap dah nama pun buah.

"Sedap la! Adoi!" Boleh dia gelak mewah dan aku rasa nak je pelangkung dia ni depan2.

"Fiq,masak la"

"Tak pandai la, nanti ada orang mati makan masakan saya"

"Orang lain pun tak pandai jugak, give it a try"

"I dont want to. Malas" jawapan dia kau! Memang cari nahas habis.

"Ikut suka hati awak la, tengok Furqan tu, bersungguh dia masak"

"Ler...nak samakan kita dengan dia pulak. Dah la,pergi main jauh2" aik?dia halau aku pulak? Besar betul mandat mamat ni kan? Kenapalah dia ni sangat lah suka buat aku naik angin.

Activity tiga, aktiviti bebas dan aku kena ikut setiap seorang sepanjang hari di tempat kerja masing2. Memang agak bosan tapi boleh tahan la. Ni semua untuk tahu social life dorang macam mana. Aku yang tukang rakam ni banyak duk belakang tabir je lah dan paling best aku rasa ikut Zuan punya aktiviti, dia ni trainer dekat gym. Ades! Ramai bonar abang2 sado ni dan aku pulak yang terasa malu. Hahaha. Poyo la sangat kalau aku ni jenis yang tahu malu. Spend masa seharian dengan dia buat aku rasa happy. Dia bawak aku tempat dia selalu jog dan banyak lagi. Heh! Walaupun masak hancur bab layan orang memang terbaik. Rasa macam kawan baik je.

Bila bersama Furqan pulak memang dia gentle habis macam biasa dan aku pun dah tak rasa apa2 sangat. Paling tak boleh blah,a day with Fiq is disaster!!! Dia buli aku jadi pekerja dia. Kurang betul dia ni! Buat aku sakit hati je dah la siap paksa ikut aku dia ke hulu ke hilir. Ingat aku tak ada kerja nak buat ke? Dan! Dia langsung tak macam lelaki lain! Kurang ajar!!!

Baiklah suami orang, pergi lepak dekat rumah dia, happy tengok dia layan isteri dan anak2. Alhamdulillah, memang suami idaman malaya la ni!. Penat tapi banyak pengalaman baru. 10 peserta, life dorang semuanga best dan fun kecuali mamat tu!

Aktiviti kedua last train kemas rumah! Mostly memang rosak habis dan sumpah kelakar gila! Furqan pun out bab ni. Bila suruh basuh sana sini, kemas sana sini ramai yamg give up. Hahaha. Best pulak dera dorang ni ha. Untung tak ada yang pengsan je bila kena kerah macam ni. Tak tahu la siapa yang menang slot kali ni.

Malam ni dah aktiviti last dan paling sweet kot. Prepare dinner with someone they love. Ahaks! Dah la penat siang tadi ta hilang lagi. Semua orang diberi pilihan kat mana tempat yang dorang nak dan malam ni turn Haziq, student lagi tapi gaya dah gatal nak jadi suami kot. Hahaha. Aku just set up kamera dan biar je dorang spend time together, dah ada awek la katakan. Matilah aku nak tunggu 10 orang habis, 10 malam la kena jeles dengan orang dah ada calon plihan hati. Hahaha. Buat ayat sedih pulak!

"Jangan termenung jauh sangat, hilang nanti" eh, dia buat apa kat sini? Aku yang tak berapa nak suka dia ni jeling dia yang tenang kat sebelah duduk depan aku. Kacau orang tengok view tepi tasik je.

"Awak buat apa kat sini?" Soal aku direct.

"Meeting"

"Malam2 pun meeting. Meeting ke dating?"

"Tal ada partnerlah, nak dating macam mana?"

"Tak ada, sempat lagi cari. Awak last kan?"

"Awak je la, boleh tak?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience