BAB 1

Romance Completed 11413

Orang cakap anak bongsu ni memang anak manja mak bapak, lepas tu perlbagai artikel di internet mengatakan bahawa anak bongsu ni manja tapi sebenarnya pandai berdikari, mandiri dan kuat semangat. Hurm aku pula merasakan sebaliknya. Aku tak pasti sejauhmana kebenaran fakta itu tapi menurut sumber sahih dan benar iaitu aku sendiri. Aku menafikan ia sekeras-kerasnya dan aku bersetuju yang anak bongsu memang anak manja aka naik lemak dalam keluarga. Maklumlah anak bongsu.

Mestilah hidup bahagia aman sentosa di bawah ketiak mak bapak, kan? Belajar? Memanglah bukan benda yang aku minat dan aku bukan pandai sangat, sekolah dan kolej pun ponteng aje kerja aku. Mama kata aku ni satu benda je johan,johan orang paling kuat berangan. Adoi! Paling kuat berangan deep tau! Umur dah 26 setengah,kalau ikut tahun dah 27 sebenarnya tapi masih lagi tanam anggur dan jagung kat rumah ni. Kerja malas,kalau setakat tolong abah di kedai makan tu aku rajin lagi la. Apalah sangatkan cuma duduk main hp dan layan pelanggan yang sah-sah pandai layan diri sendiri.

Bukannya apa,aku tak nak jauh dengan mama dan abah je, dah abang long dengan kak ngah kerja jauh,dah ada keluarga sendiri,kalau aku pergi sama siapa yang nak jaga mama ngan abah ni, kan?

"Atylia Syafinaz Badrul!" Alah... mama dah panggil la pulak. Aku bangun dari katil, baru bangun sebenarnya walaupun dah pukul 11 pagi. Alhamdulilah, masih pagi. Hihihi.

"Yes madam!" Aku menyahut ala2 tentera dan mama yang geram sangat dengan perangai aku terus cubit peha aku. Sakitnya.

"Ma, sakitlah"

"Bila kamu nak berubah ni Aty?" Soalan repeat sejuta kali ni. Dan setiap kali aku jawab mesti salah punya jawapan dia. Haish! Siapa ada skema jawapan minta hantar kat email aku ya.

"Nak berubah jadi apa ma? Ultraman?" Sekali lagi peha aku jadi mangsa kali ni lebih sakit. Nak nangis la kalau macam ni.

"Menjawab! Berubahlah Aty, siapa nak jaga kamu nanti. Kalau mama dan abah pergi siapa nak tengokkan kamu?" Suara mama dah masuk mode merayu tu dan aku mulalah rasa bersalah habis.

Aku diam dan pandang meja makan yang dah sedia dengan sarapan. Tangan aku mencapai sebiji karipap lalu dimasukkan ke dalam mulut. Kali ni mama tepuk dahi sendiri pulak dan aku tayang sengih.

"Aty,kamu ni macam daun keladi"

"Daun keladi gatal ma" aku menyampuk dan bahu aku ditampar agak kuat. Habislah kena dera anggota badan aku pagi ni.

"Kalau Aty tak nak berubah, abah akan kahwinkan Aty" ha? Abah dah balik dengan berita tak seronok langsung. Jangan buat lawak di pagi hari yang dah panas ni.

"Abah! You cant do this to me. I dont want to marry anyone. Dont force me to do so!" Adess! Terprotes slang mat salleh pulak confirm la abah tak faham punya ke faham?

"Amboi, sakan kamu ya? Kalau tak nak kahwin pergilah cari kerja"

"Susah abah"

"Cari pun tidak nak senang macam mana?" Bangkang abah.

"Esok abah" aku bagi jawapan yakin walaupun tu mungkin just kata2 je. Hihihi.

"Mandi dulu!" Terus aku berlari masuk bilik dan mandi.

Time mandi adalah masa lapang untuk berangan dan fikirkan masa depan. Hahaha. Pandailah sangat ya? Kalau abah betul2 nak kahwinkan aku macam mana? Ish! Aku tak naklah kahwin lagi tapi nak kerja apa pulak. Aku degree business tapi, I hate it!

Ha! Kak Rin! Hehehe. Mesti dia tak tolak punya sepupu comel dia ni kerja kat sana. Heh! Cepat2 aku keluar dari bilik air dan call Kak Rin.

"Hello, kak,busy ke?"

"Kenapa?"

"Ada kosong tak? Aty nak kerja,kalau tak abah nak suruh kahwin" aku buat suara sedih tapi boleh dia gelak sakan siap suruh aku terima je plan abah. Tak makan saman betul la dia ni!

"Cakap orang. Kak kawinlah dulu nak tengok" erh! Perli orang je tahu.

"Gurau je baby. Bila nak kerja?"

"Esok kak datang rumah ambik Aty, nanti Aty bincang dengan mama and abah"

"Ya la,petang sikit akak sampai. Ok,bye" terus telefon dimatikan dan aku senyum senang.

Kerja je la apa pun asalkan abah degan mama dah tak bising lagi. Yang penting mereka dah tak risaukan aku lagi. Humph! Kalau aku tak kerja tapi dapat suami kaya, hensem, baik, sweet, romantik, boleh je aku terima idea abah tu. Yang aku risau,buatnya abah nak kawinkan aku dengan Lan penjual ayam tu. Ei! Tak nak aku. Dah la hisap rokok, perasan hensem!

Tidak! Cakap macam kau ni elok sangat kan Aty? Kalau dapat macam Mr. Perfect 10 tu pun ok jugak. Untungnya.... berangan lagi.

Kajian mengatakan orang ya g terlebih berangan ini hanya mendapat satu kejayaan iaitu kejayaan dalam angannya sendiri. Hahaha! Lawak sangat! Aku berangan untuk membina ok! Membina jati diri yang baik, hehehe. Poyo!

"Rin tolong tengokkan Aty ni, KL tu bahaya"

"In sha Allah mak ngah."

"Hati2 bawak kereta tu" pesan mama lagi sebelum kami berangkat pergi. Ni la sebabnya aku tak nak keluar dari rumah tu. Mama ni cakap macam dah muak tengok muka aku dan suruh aku pergi macam menghalau tapi bila aku dah pergi ni la jadinya. Duk sedih la pulak!

Aku pandang kak rin yang sedang memandu dengan tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience