BAB 7

Romance Completed 11413

"Kau ambik je lima. Mana2 je la" Nina ikut je arahan aku dan dia mula mencatit alamat. Memang senang kerja dengan secretary ni tak kena cakap dia sendiri dah tahu dia kena buat apa.

Done hantar jadual dan semua pun semangat gila nak start contest ni. Aku senyum dan memikirkan aktiviti pertama kami nanti. Heh! Lawak jugak benda ni kan? Tapi contest ni masuk dengan sukarela kot bukannya aku jemput ke apa dan aku pun tak sabar nak tahu, siapalah yang jadi suami idaman malaya tuh!

"Aty!" Amboi! Main redah je si Nina ni. Kenapa pulak?

"Settle?" Soal aku padanya yang macam resah gelisah tak selesa semua ada la!

"Sorang ni tak pass la. Dia cakap dia tak ada hantar apa2 borang pun. Dan dia cakap tak nak involve dengan contest bodoh ni"

"What?! Contest bodoh? Kurang didikannya mulut dia!" Ha! Kan dah naik angin sekarang ni.

"Aty,jangan marah. Macam mana ni?"

"Sokay, aku jmpa dia petang nanti."

Kena buat appointment la pulak. Aku dah tolak semua yang lain. Esok dah nak start shoot. Tak sempat nak cari orang lain.

"Nak aku teman?" Soal Nina.

"Tak apa, aku boleh handle. Kalau dia tak nak jugak, proceed dengan 9 orang je la."

"Ok. All the best la eh"

"Hmm" tu je mampu aku cakap sekarang ni. All the best macam mana kalau dia sendiri dah kata yang contest ni bodoh! Ei! Sakit pulak sendi aku dengar benda macam ni.

Aku call ofis dia dan bersiap untuk ke sana, nasib baik jadual dia lengang je hari ni kalau tak naya jugak nak kena cari dia. Apa nama pulak mamat ni?

Aku tunggu sementara aku dibawa ke bilik mamat tu. Heh! Gaya dia macam boss besar je kan?

"Cik Atylia, silakan" pelawa awek cun ni. Aku senyum dan mengikutnya dari belakang. Setelah pintu diketuk kami berdua masuk ke dalam.

"Awak boleh kluar Azie" tanpa pandang muka kami si mamat tu ralit mencari sesuatu di dalam laci meja. Aku pulak cuak nak tengok muka dia mesti kena sembur habis aku nanti.

"Silakan duduk" pelawanya dan aku bagai kena halilintar bila tengok muka mamat ni! Alamak! Mamat poyo cold hearted batu belah batu bertangkup! Matilah aku kalau macam ni. Harapnya dia tak kenal aku la!

"Cik Atylia?" Panggilnya dan aku terus pandang ke dalam mata dia. Rasa mcm nak melarikan diri la pulak dari sini.

"Duduk" pelawanya lagi dan dia duduk dengan selesa di sofa. Aku senyum senget kot terus duduk jauh gila dari dia dengan harapan dia rabun dan tak nampak muka aku. Hahahaha.

"maafkan saya mengganggu" pinta aku cuak.

"okay, actually, saya memang tak ada hubungan apa2 dengan syarikat penerbitan ni, jadi,saya tak faham kenapa cik ada kat sni"

"Ha? Saya...saya...dari majalah yang sama datang pagi tadi." Dia berkerut.

"Oh! Pasal contest...." contest apa?! Cakaplah mangkuk!

"Contest bodoh yang encik cakap tu" dia diam dan buat muka selamba. Dasar tak ada perasaan. Eh! Kau marah sangat ni kenapa?

"Oh! Contest tu, I'm sorry bcause I'm using a bad word. I really dont know how my name was there. I did not enter any contest"

"Tapi, borang encik ada kat sini" aku hulurkan padanya dan dia membaca borang itu dengan kerutan di dahi. Takkan dia isi masa tengah tidur lepas tu siap hantar terus.

"Your signature" aku tunjuk tandatangannya dan dia pandang aku.

"Iza,Ira" mulutnya menyebut sesuatu yang aku sendiri tak faham apa.

"Saya minta maaf, saya tak boleh sertai" pintanya dengan tenang. Senang je dia nak lepas kan? Aku yang susah payah sekarang ni. Dah la semua gmbar peserta aku dah sebarkan. Masalah dunia ni!

"Encik, tolonglah saya. Sertai contest ni" aku terus merayu dan dia agak terkejut dengan tindakan aku. Dia kena setuju jugak no matter what!

"Atas sebab apa?"

"Sebab semuanya dah di atur"

"Saya boleh bayar ganti rugi untuk semua tu" ceh! Mentang2 kaya dia ingat semua benda settle dengan

duit.

"I need you more than money" aku bersuara lagi dan dia tersenyum. Replay balik apa aku cakap tadi? What? Macam aku tengah pujuk lover la pulak! Malu bak hang!

"You need me more?" Soalnya lalu tersenyum dan aku rasa macam nak terjun bangunan je sebab malu.

"No!"

"No?" Soalnya balik.

"Yes!" Jawab aku pulak.

"Yes?" Dia tanya balik. Saja je la dia ni nak kenakan aku kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience