BAB 11

Family Completed 7042

Dua tahun kemudian.

‘’Abang cepatlah, kata nak gerak pukul 9 ni dah jam 9.30 karang lambat pula kita nak sampai. Mak mesti dah lama tunggu..’’ jerit Hanusm dari tingkat bawah meminta Aqmal segera turun.

Sudah hampir dua bulan mereka tak menjenguk mak Timah di kampung dan perasaan rindu Hanum pada ibu mertuanya semakin sukar dibendung. Teringin betul dia nak makan air tangan ibu mertuanya itu.
‘’Mak dah lama tunggu atau sayang yang dah tak sabar-sabar. Abang check tingkap, air air kat atas kot-kot ada yang belum tutup atau dimatikan. Kita nak bercuti lama sayang.’’
‘’Yelah, kalau dah cepatlah turun.’’ Jawab Hanum seraya mendukung puteri sulung mereka lalu berjalan ke arah kereta.

‘’Assalammualaikum Hanum, dah dekat mana dah?’’ tanya Mak Timah di hujung talian. Dalam keterujaannya menanti kepulangan anak menantu terselit juga rasa risau mengenangkan anaknya sekeluarga akan menempuh 5 jam perjalanan darat.
‘’Waalaikumsalam mak, kami dah dalam perjalanan baru lalu RNR tapah ni mak. Nanti apa-apa Hanum sms mak ya, mak jangan risau. Masak sedap-sedap je heheeh takdelah mak gurau.’’ Seloroh Hanum.
‘’Mak dah masakkan lauk ikan merah masak kari kegemaran Hanum, bubur labu untuk si kecil dan ikan patin masak lemak untuk Aqmal. Lepas ni mak nak masak kerepek ubi dan pisang bolehlah kita buat makan-makan kat Pangkor nanti kan Hanum.’’ Riang hati mak Timah bercerita dengan menantunya.
‘’Elok sangatlah tu mak, tapi janganlah masak banyak-banyak, ala kadar je mak, mak bawa berehat lepas tu. Esok kita nak bangun awal pula, okay mak nanti apa-apa Hanum update lagi ya.’’
‘’Baiklah Hanum, suruh Aqmal pandu elok-elok, kalau mengantuk berhenti berehat dulu ya. Assalammualaikum.’’
Salam di balas dan Hanum kembali menyusukan puteri Antasha sambil membelek sesuatu di telefon bimbitnya.
‘’Sayang dah inform hotel yang kita dah tukar bilik ke family suite ke?’’ pertanyaan Aqmal memecahkan kesunyian. Hanum memandang suaminya dengan pandangan geram.
‘’Eh abang ni, masuk ni dah 6 tiga hari berturut-turut abang tanya, kan Hanum cakap sudah dan confirmed kita dapat family suite. Abang ni dah kenapa? Lepa eh? Ke abang over excited? Habaq sat,’’ tanya Hanum mengusik suaminya.
Aqmal hanya tersenyum lebar cuba menafikan tekaan isterinya tapi ya, memang benar. Dia juga teruja dengan percutian kali ini sebab inilah kali pertama mereka sekeluarga akan bercuti bersama-sama dengan ibunya. Dia memanjatkan rasa syukur kerana diberi kelebihan dapatlah dia membawa keluarganya bercuti. Mungkin ia bukanlah percutian segah atau semewah mana, hanya sekadar dalam negara namun ia sudah cukup membakar semangatnya untuk lebih berusaha menjadi seorang ketua keluarga yang terbaik dan menjadi anak yang berbakti pada ibu bapanya selama mana masih bernafas di bumi Allah ini.

Dipandangnya anak dan isterinya, dia tersenyum.
‘’Semua untuk mereka, Demi kita…’’ bisik hati Aqmal.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience