BAB 2

Family Completed 7042

Dari dalam kereta mata Aqmal sudah meliar melihat kawasan stesen bas. Bunyi enjin bas membingitkan lagi keadaan.

‘Mak dah sampai ke belum ni? Batang hidung mak pun aku tak nampak lagi ni. Tadi mak telefon, kata dah sampai di stesen bas, tapi sekarang tak jumpa pun,’ bisik hatinya sedikit ragu.Tak lama kemudian, dia terus membuka pintu keretanya secara perlahan-lahan. Kakinya pula mula dijatuhkan ke tar jalan. Lalu, menujah badan ke langit biru. Memang panas terik sehingga menerangkan wajah Aqmal yang sedikit gelap itu. Matanya sudah dikecilkan sedikit kerana tidak mahu melihat cahaya matahari dengan bebola matanya. Kalau tidak memang sakit apabila melihat cahaya matahari yang sedang bersinar di atas kepalanya.

“Mak kata bas merah. Bas tu pun dah sampai. Tapi mana pulak pergi mak ni? Tak akanlah dah berjalan kaki sampai ke rumah aku pula,” kata Aqmal sendirian.Dia terpaksa menunggu maknya terlebih dahulu. Dia fikir maknya sudah tiba dan menunggunya di sebuah kerusi di hadapan gerai di stesen bas tersebut. Namun, tubuh maknya masih lagi tidak muncul di situ. Dia sempat melihat jam di tangannya, tepat pukul 1 tengah hari. Keadaan panas membuatkannya menjadi semakin baran dan tidak tentu arah.

“Aqmal!” Timah memanggil anaknya dengan nada yang agak kuat.
Terkejut juga Aqmal ketika itu. Ingin tercabut jantungnya apabila mendengar suara maknya yang sangat kuat itu. Lalu, dia mencari-cari suara yang memanggil namanya itu. Kini tubuh maknya telah muncul di belakangnya.

“Oh mak. Lambat mak sampai. Mak kata dah turun bas tadi. Tapi tak jumpa pun mak.” Aqmal terus menghampiri Timah yang dikelilingi dengan beg plastik di sekelilingnya.

“Banyak barang mak?”Soal Aqmal lagi. Belum sempat Timah menjawab soalan pertama yang ditanya, kini soalan kedua telah keluar daripada mulut Aqmal.

“Mak dah lama sampai. Cuma mak pergi tandas tadi, lama sangat mak tunggu kamu di sini. Sebab tu mak cari tandas dulu. Ni sahaja barang mak untuk duduk sana selama beberapa bulan.”

“Oh.”

“Isteri kamu macam mana?” soal Timah.

“Eh, Hanum okay mak. Tak ada apa-apa masalah pun. Dia pun tak sabar tunggu kedatangan mak. Yalah dia tu tak lama lagi nak bersalin.”

“Berapa usia kandungan isteri kamu tu?”

“Hampir 7 bulan mak. Lagi tiga bulan lahirlah anak saya tu. InsyaAllah. Tapi makin nak bersalin ni makin menjadi-jadi perangai merajuk dan mendesaknya tu, mak”

“Biasalah tu Aqmal. Orang mengandung ni menyimpan pelbagai perasaan di dalam lubuk hatinya. Oleh itu, kamu sebagai lelaki perlu terima kalau isteri kamu buat perangai.”Sempat mak berceramah pendek ketika itu. Aqmal hanya menganggukkan kepalanya.

“Ayah mana mak?”

“Apa kamu ni? Tiba-tiba tanya soal ayah kamu. Ayah kamu dah lama meninggal Aqmal.”

“Maafkan Aqmal mak. Aqmal lupa, banyak sangat benda yang Aqmal nak fikirkan. Sampai jadi lupa macam ni.”

“Belum tua lagi dah nyanyok? Teruk betul pelupa kamu ni,” seloroh Timah. Aqmal hanya ketawa dengan kata-kata maknya itu. Benar juga kata-kata Timah sebentar tadi. Ayahnya sendiri yang telah lama pergi di sebabkan sakit tua pun dia tidak ingat.

“Aqmal, sudah lah tu, tolong angkat beg mak ni. Tak akan biarkan mak duduk bawah panas ni. Sudahlah tunggu kamu lama di sini, kamu pula tak nak jemput mak naik kereta kamu.”

“Baiklah mak, saya lupa nak ajak mak naik kereta tadi.”

“Itulah kamu, macam-macam perangai. Makin tua makin menjadi-jadi pelupanya.” Timah menggelengkan kepalanya. Dia berasa sangat hairan dengan kelakuan anaknya itu yang makin pelupa. Aqmal hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata maknya itu. Memang sedikit lucu, namun tidak sekali mahu mengajuk kata-kata maknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience