BAB 3

Family Completed 7042

TIBA sahaja di hadapan rumah, Aqmal terus mematikan enjin keretanya. Hanum pula yang mendengar bunyi kereta suaminya terus meluru pergi ke pintu rumah.

“Ish, kenapalah orang tua ni sibuk datang ke sini?” Hanum masih tidak berpuas hati. Tangannya sudah mengenggam erat kain langsir berhampirannya selepas melihat kelibat mak mertunya di dalam kereta suaminya itu.

“Assalamualaikum,” Aqmal memberi salam. “Ha salam mak ni.”

“Waalaikummussalam. Mak salam. Masuklah mak,” Timah menghulurkan tangannya, lalu dia menganggukkan kepalanya.

“Mak nak minum dulu ke ataupun mak nak masuk terus ke bilik mak?” Belum sempat maknya masuk ke dalam, Hanum telah bersedia dengan soalan-soalan tersebut.

“Mana-manalah Hanum. Kalau nak hantar mak masuk ke bilik pun boleh.”Hanum menganggukkan kepalanya. Tangannya sudah pantas mencapai beg yang Timah bawa dari kampung. Berat juga beg-beg yang dibawa oleh mak mertunya itu. Wajah Hanum pun sedikit berkerut apabila mengangkat barang-barang Timah.

“Abang tolonglah angkat beg mak ni. Hanum nak bawa mak masuk ke bilik. Kesian mak penat. Biar mak rehat sekejap.

“Hanum, orang mengandung tak baik angkat beg berat-berat. Letakkan aja di situ biar mak dan Aqmal sahaja yang angkat beg ni ya.”

“Yalah-yalah.”Kemudian, Aqmal mengikut sahaja kata-kata maknya itu. Ada benarnya juga apa yang di katakan oleh Timah. Kalau tidak teruk kandungan Hanum ketika itu. Nasib baik, Timah sempat mematahkan semangat Hanum untuk mengangkat begnya masuk ke dalam bilik.

‘Barang dahlah banyak. Menyusahkan aku betul,’ marah Hanum dalam hatinya. Dia tetap tidak berpuas hati.

“Mak, nanti saya bawakan air ke bilik mak ya. Mak rehatlah dulu.”

“Tak usah susahkan badan. Hanum kan mengandung. Nanti kalau mak haus, mak akan ambil air sendiri.”Hanum tersenyum selepas mendengar kata-kata mak mertuanya itu. Sedikit beban telah terlepas daripada bahunya. Tak lama kemudian, Timah terus masuk ke dalam biliknya. Hanum pula tidak sabar-sabar menunggu Timah menutup pintu biliknya itu. Setelah itu dia terus mendekati suaminya.

“Abang, oh abang marilah sini kejap.”Jerit Hanum dengan nada sedikit rendah.

“Apa dia?” Aqmal meninggikan suara.

“Perlahanlah suara tu. Nanti mak dengar, susah. Saya nak tanya ni, Mak duduk sini sampai bila?”Soal Hanum ingin tahu. Dalam hatinya dia mahu jawapan ringkas tetapi padat dengan kemahuannya itu.

“Eh awak ni, mak baru je sampai, belum sempat mak panaskan punggungnya, awak dah tanya bila mak nak balik?” Aqmal menjeling tajam ke wajah isterinya itu. Soalan isterinya membuatkannya sedikit terkesan. Kemudian, kakinya sudah tidak sabar untuk beredar dari situ. Belum sempat kakinya melangkah, Hanum mengajukan soalan lain kepada suaminya.

“Tak adalah bang, saya cuma nak tahu je bila mak nak balik. Lagipun saya bukan nak susahkan mak duduk sini lama-lama. Kesian mak jaga saya. Mak tu dahlah tua, tulang pun dah tak kuat, nanti sakit siapa yang susah?”

“Kan abang dah kata, sampai awak bersalinlah duduk sini. Tak apa, nanti abang akan jaga mak, awak jangan risau.”
Jawapan yang sama suaminya berikan. Tiada jawapan yang lain keluar daripada mulut Aqmal.

‘Geramnya aku, lamanya oang tua tu duduk sini.’Kata Hanum dalam hatinya. Ketika itu, tangannya sudah mula menarik-narik bajunya dengan kuat. Mungkin dia tidak berpuas hati dengan keberadaan mak mertuanya di situ. Mungkin juga segala aktiviti di rumah itu akan dikekang oleh mak mertuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience