BAB 9

Family Completed 7042

HARI ini Hanum ingin membalas dendam. Hatinya sangat sakit apabila mengenangkan kejadian malam semalam. Kini, bukan lagi keganasan rumah tangga yang sering dilihat di kaca tv terhadap pergolakan yang berlaku terhadap suami isteri, malah keganasan terhadap ibu mertua menjadi paksi kepada dirinya. Dia tidak menghiraukan sesiapa lagi. Baik dia ibu mertua atau ibu kandung. Asalkan balas dendam itu tertunai di matanya.

“Di sebabkan kau, suami aku tak layan aku. Di sebabkan kehadiran kau ke rumah ni, suami aku jadi berubah dengan serta-merta. Aku
memang tak puas hati dengan kau. Aku nak sangat kau pergi dari rumah ni dan tinggalkan aku dengan suami aku sahaja di sini.”
Ke hulu dan ke hilir kakinya melangkah, Hanum seperti sedang memikirkan sesuatu untuk menjatuhkan Timah. Tidak henti-henti dia memicitkan kepalanya untuk mencari pelbagai idea agar Timah tidak menganggunya lagi.

“Mak, oh mak!”Tanpa berfikir panjang, Hanum berteriak memanggil mertunya. Entah apa kali ini dia mahu lakukan terhadap mak mertunya itu.

“Ya Hanum sekejap, mak datang.”

“Kenapa kau lambat sangat? Berapa kali aku cakap, bila aku panggil kau perlu segara datang ke bilik aku.” Kaki Hanum tidak henti berjalan ke hulu dan ke hilir. Tangannya pula sudah digengam erat seperti ingin menumbuk sesuatu. Dia sudah tidak tahan. Darahnya mahu meletus daripada otaknya.

“Cepatlah!” jerit Hanum sekali lagi.

“Sekejap Hanum mak tengah naik tangga ni. Sabar ya nak.”

“Kenapa kau lambat sangat?”

“Maafkan mak Hanum. Tadi mak di dapur sedang cuci pinggan. Lagipun mak dari sana hendak ke bilik kamu ni jauh. Kaki mak pula sudah tak tahan naik tangga yang tinggi ni.”Timah memberi alasan yang sangat klise. Hanum masih tidak ada simpati terhadap mak mertunya itu walaupun mak mertuanya meraih simpati.

“Aku penat panggil kau, kau langsung tak nyahut panggilan aku. Cuba kau jawab panggilan aku sebelum naik ke atas.”

“Maafkan mak Hanum.”Timah menundukkan kepalanya apabila berdiri di hadapan Hanum. Dia sangat bersalah ketika itu. Ingin sahaja dia sujud di kaki menantunya itu untuk menghapuskan kesalahan yang telah di lakukan sebelum ini.

“Kalau dah pekak tu memang tak akan pernah dengar panggilan aku. Lebih baik kau kerat telinga kau. Buang jauh-jauh. Tak usah guna telinga. Baru aku puas hati dengan kau.”Kata-kata Hanum memang kasar. Kata-katanya juga membuatkan Timah berkecil hati. Dia juga menyesal duduk menetap di rumah itu. Dia juga serba salah untuk menidakkan ajakan daripada anak lelakinya, Aqmal. Kalau dia kata tak mahu, pasti anak kandungnya merajuk tidak mahu pulang ke kampung kemudian hari. Oleh itu, dia terpaksa mengiyakan sahaja permintaan anaknya itu.

“Maafkan mak nak. Mak tak sengaja.”Kini, air mata maknya sudah mula terlihat di bawah kelopak mata. Tinggal jatuh ke pipi sahaja.

“Kau bukan mak aku. Kau cuma mak mertua aku. Dan kau tak ada hak menjadi ibu aku.” Lagi sekali, kata-kata Hanum memeritkan hatinya. Hatinya bagai disiat-siat ketika itu.

“Aku memang dah hilang sabar dengan kau. Sejak kau datang sini, semuanya berubah. Suami aku berubah. Langsung tak ingat janji-janji dia pada aku. Barang atau pakaian baby jugak dia tak beli sebab melayan perangai kau dekat rumah ni. Sepatutnya dia menitikberatkan aku dan bukannya kau. Tapi kali ini terbalik. Dia lebihkan kau daripada aku. Aku dah muak tengok perangai kau. Aku nak minta satu perkara daripada kau. Tolong keluar daripada rumah aku se-ka-rang!”Hanum melepaskan segala isi hatinya yang terbuku lama sejak kedatangan mak mertuanya di rumah itu. Mujur sahaja suaminya tidak ada ketika itu. Kalau tidak, habis dia ditampar oleh suaminya kerana kekejaman dan kezalimannya terhadap mak mertuanya itu.

“Sebelum aku jejak tangga ni, aku tahu kau keluar daripada bilik aku dan terus kemas barang kau. Aku tak mahu melihat muka kau duduk di rumah aku lagi. Aku dah tak mahu menanggung sakit melihat kau bersuka ria dengan suami aku. Biarpun dia tu anak kandung kau.” Kata Hanum sambil menuding jarinya ke arah luar bilik. Timah hanya menundukkan kepalanya dari tadi. Mungkin dia takut jika melihat wajah menantunya ketika itu. Air matanya tadi sudah mula berderai ke pipi. Tidak henti-henti mengalir dan ligat mengesat air matanya itu.

“Faham tak?” jerit Hanum di telinga Timah.Terkejut Timah ketika itu. Badannya sedikit bergerak apabila mendengar suara Hanum menerjah masuk ke telinganya. Ingin gugur jantungnya ketika itu. Berderau juga darahnya.

“Faham, Hanum. Mak faham.”

“Kalau dah faham tu, keluarlah daripada bilik aku. Buat apa lagi tercegat di situ?”Mak mertunya menganggukkan kepala menandakan dia faham dengan arahan Hanum sebentar tadi. Selepas itu, Hanum terus berjalan keluar daripada bilik.

“Hanum, hati-hati turun daripada tangga tu. Eh tangga tu ada plastik. Hati-hati Hanum nanti terjatuh!”Sempat juga Timah memesan kepada Hanum tentang keselamatan Hanum walaupun suaranya tersekat-sekat di sebabkan tangisan yang menyelubunginya ketika itu. Tanpa di duga Hanum terpijak plastik oren yang terletak di atas tangga tersebut. Agak bersepah keadaan rumah ketika itu. Mungkin Hanum tidak larat untuk mengemas biliknya ketika itu. Timah juga tidak larat turun naik ke tingkat atas untuk mengemas.
Hanum menjerit kesakitan. Dia menggelongsor di atas beberapa anak tangga. Timah menjerit dengan kuat memanggil menantunya.

“Ya Allah. Hanum. Apa perlu mak buat ni?”Mujur Hanum tidak pengsan ketika itu. Cuma darah sahaja yang banyak keluar hingga mengalir di kakinya. Timah sudah tidak tentu arah. Dalam fikiran Timah, pasti menantunya telah gugur. Tanpa berfikir panjang, Timah terus mendapatkan gagangan telefon di ruang tamu rumah. Dia terus mendail nombor yang tertera di atas buku telefon. Nasib Hanum baik ketika itu kerana ada mak mertuanya yang mampu menyelamatkan Hanum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience