BAB 5

Family Completed 7042

“Hanum, mari makan dengan mak. Mak tak sempat habiskan nasi tadi. Lagipun tak baik membazir.”Ajak Timah dengan nada lembut. Hanum sudah mula menjeling. Entah kenapa Timah mengajaknya ketika itu pun dia tidak tahu. Sebelum ini dia tidak pernah di ajak oleh mak mertuanya.

“Tak nak lah. Saya dah kenyang,” jawab Hanum pendek yang masih lagi boleh bersabar.

“Janganlah macam tu. Kamu pun belum makan lagikan. Tak baik tinggalkan perut tu dengan perut kosong. Kasihan anak dalam kandungan tu.”Tak sangka pagi-pagi lagi Hanum mendapat ceramah pendek daripada mak mertuanya. Tambah berang dia ketika itu.

“Aku kata tak nak, tak naklah. Kau tak faham bahasa ke? Aku bukan makan masakan kampung macam tu. Aku cuma makan spagethi. Bukan yang macam ni. Geli aku tengok air tangan kau tu.”Tak sengaja Hanum meninggikan suara pada Timah. Timah terkejut dengan kata-kata Hanum yang tidak bertapis itu. Dia juga sedikit terkesan dengan kata-kata Hanum. Apa yang salah pun dia tidak tahu.

“Lagi satu. Aku nak pesan. Kalau nak duduk rumah ni, kau jangan nak berlagak baik dengan suami aku. Ei, gelilah aku tengok perangai kau yang pura-pura baik tu.”Lagi sekali Hanum memberi amaran. Tertunduk-tunduk kepala Timah mendengar suara kuat yang Hanum lemparkan ke mukanya.

“Faham ke tidak?”Kini, kepala mak mertunya diangkat melihat tubuh Hanum. Dan dia berasa sedikit takut dengan menantunya itu. Entah kenapa tiba-tiba menantunya garang seperti harimau.

“Faham, faham Hanum.”Hanya kata-kata pendek sahaja yang dapat disebut ketika itu. Tak lama kemudian, Hanum berlalu pergi dari situ. Setelah itu, Timah juga turut sama melangkah masuk ke dalam dapur. Pergerakannya begitu perlahan. Mungkin mengenangkan saat Hanum memarahinya sebentar tadi. Air matanya juga mula bergenang di kelopak matanya. Hampir jatuh mengena pipinya, namun sempat dia kesat sebelum semuanya jatuh membasahi pipi. Tak lama kemudian, dia terus melangkah masuk ke dalam dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience