BAB 6

Family Completed 7042

WAKTU malam Hanum tidak dapat duduk diam. Matanya pula tidak henti-henti memerhati jam pada dinding bilik tidurnya. Memang perasaannya gundah gulana mengenangkan suaminya yang pulang lewat ketika itu.

“Ei, mana laki aku ni. Dah lewat malam tak balik-balik juga lagi. Selalunya taklah lewat sampai macam malam ni. Isk, jangan kau dengan betina lain, sudah. Kalau aku dapat tau, haa, siap kau Aqmal memang aku ganyang kau habis-habis. Dah lah aku seorang di rumah ni dengan orang tua tu. Hei, memang menyirap darah akulah kalau macam ni. Nasib baik orang tua tu tak buat hal. Kalau tidak dah lama tangan aku ni melayang mengena pipinya.”Panas juga hatinya ketika itu apabila dapat tahu suaminya pulang lewat. Dalam fikirannya hanya perkara negatif, tak pernah psoitif. Tiba-tiba dia mengadu sakit.

“Aduh, kenapa sakit pula kaki aku ni? ”Mungkin di sebabkan terlalu banyak berjalan menyebabkan kakinya lenguh dan terasa kejang.

“Mak, oh mak,” teriak Hanum dengan kuat dari dalam biliknya. Timah langsung tidak menyahut panggilan Hanum. Lagi sekali dia menjerit memanggil nama Timah tanpa henti.

“Mak, cepat lah datang sini.”Hanum telah menumbuk-numbuk tangannya. Mungkin dia berasa sakit hati apabila mak mertuanya lambat datang ke situ.

‘Mana pula perginya orang tua ni. Aku perlukan kau ni,’ kata Hanum dalam hati.

“Mak cepatlah!”

“Ya, ya mak datang.”Timah menjawab panggilan Hanum dengan tersekat-sekat. Mungkin penat agaknya berlari mengejar panggilan Hanum sebentar tadi.

“Mana mak pergi? Dari tadi saya panggil mak, Mak langsung tak nyahut. Cuba nyahut panggilan saya, tak adalah saya terpanggil-panggil macam orang gila ni.”

“Maafkan mak, Hanum. Tadi mak tengah solat.”

“Dah, dah tolong picit kaki aku. Lenguh sangat ni. Picit tu biar terasa jangan jadi macam orang yang tak cukup makan.”Tangan Timah mula meletakkan kain telekung yang tersidai di bahunya ke atas lantai. Kemudian, dia pula melabuhkan punggungnya di atas lantai untuk terus memicit kaki Hanum.

“Lain kali, orang mengandung macam Hanum ni tak boleh banyak bergerak dan berjalan. Nanti sakit kaki ni makin teruk dan merebak. Mak tengok pun kaki Hanum ni dah bengkak. Nanti mak letak ubat ya.”Timah memberi ceramah percuma kepada Hanum. Bertambah baranlah Hanum terhadap Timah ketika itu.

“Dahlah diam, mak picit aja kaki aku ni. Tak usah nak mebebel. Sakit telinga aku ni dengar suara mak tu.”

“Mak bukan nak khutbahkan kamu, tapi mak nak pesan pada kamu agar jaga kesihatan ketika mengandung. Biar anak kamu tu dapat lahir dengan sihat dan sempurna.”

“Dahlah, cukup, aku tak nak dengar lagi. Sebenarnya mak datang sini kenapa? Nak hancurkan rumah tangga kami berdua?” Tiba-tiba saha perkara seperti itu di soal oleh Hanum. Entah kenapa soalan yang tidak munasabah itu keluar daripada mulutnya.

“Astaghfirullah, Hanum, Mak tak berniat maca tu pun. Mak cuma mahu bantu kamu di sini.”Timah terkejut dengan kata-kata Hanum. Dia terkesan dengan kata-kata menantunya sebentar tadi. Tidak terlintas sedikit pun dalam hatinya untuk membuat perkara buruk terhadap menantu dan anaknya itu.

“Mak cuma nak jaga kamu semasa kamu mengandung ni Hanum. Tak lebih dari tu. Lagipun mak sayangkan kamu dan juga Aqmal. Anak yang kamu kandung itu pun cucu mak. Jadi, biarlah mak jaga kamu di sini.”

“Ah, sudahlah. Aku memang pelik dengan kau. Sejak kau datang sini. Dan aku tak tahu kenapa kau nak duduk sini sampai aku bersalin?”
Tak henti-henti soalan yang menyakitkan hati Timah itu dilemparkan oleh Hanum walaupun soalan itu telah temui jawapannya daripada mulut Timah sendiri.

“Mak cuma nak jaga kau, mak tak ada niat lain daripada itu,” jawapan yang sama Timah beri kepada soalan Hanum sebentar tadi.

“Dahlah, bosan aku dengan jawapan kau. Dah berhenti daripada picit kaki aku. Lagi sakit aku rasa. Lebih baik aku pergi Spa untuk dapatkan rawatan kaki. Menyusahkan orang betul! Pergi keluar, aku nak tidur.”Tengking Hanum di hadapan Timah. Kemudian, dia menolak badan Timah hingga rebah ke lantai.

“Maafkan mak, ya Hanum. Mak tak ada niat jahat.”Timah tak henti-henti memohon ampun daripada Hanum. Entah salah apa yang dia lakukan sehingga dia terpaksa memohon ampun daripada menantunya itu.

“Kau keluar sekarang. Lepas tu tutup pintu semula. Aku nak tidur. Jangan nak ganggu aku lagi.”Kata Hanum dengan nada meninggi.

“Baiklah Hanum.” Timah terus berjalan keluar. Dia mengikut sahaja kata-kata menantunya itu. Sungguh hiba perasaannya ketika itu. Sampai hati Hanum menuduhnya sehingga macam tu sekali walaupun niatnya bukan begitu.

“Ya Allah, ampun kan dosaku Ya Allah, ampunkan dosa menantuku ya Allah.”
Timah menadahkan tangan ke langit. Dia tidak henti-henti memohon keampunan daripada maha Esa dan memohon hidayah daraipada tuhan agar Hanum sedar dengan kesilapannya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience