BAB 1

Family Completed 7042

Suasana sekitar rumah dengan tiupan angin yang menderu sepoi-sepoi bahasa membuatkan Aqmal terasa tenang apabila duduk di sebuah kerusi di halaman rumahnya. Surat khabar di tangannya membuatkannya lebih leka membaca berita-berita terbaru pada hari itu. Dia juga sedikit lega selepas melihat isterinya sudah pulang daripada hospital. Kini, mudahlah kerja-kerja di pejabat dan tidak perlu memikirkan tentang isterinya di hospital lagi. Ketika itu, Hanum sedang menghampiri Aqmal dengan pelbagai mimik muka. Apabila isterinya menyapa langsung tidak disahut oleh Aqmal kerana terlalu sibuk membaca. Entah bagaimana surat khabar itu menjadi teman rapatnya sewaktu masa lapang.

“Abang ni leka sangat baca surat khabar tu kenapa? Ada cerita yang best ke sampai saya panggil abang tak dengar? Penat saya panggil abang dari dapur sampailah ke ruang tamu, abang masih memekakkan telinga tanpa dengar panggilan saya,” soal isterinya sedikit bengis.

“Abang tengah baca ni jangan kacau. Berapa kali dah abang pesan jangan kacau abang bila baca surat khabar. Jangan ganggu mood membaca abang.”Hanum memuncungkan mulutnya. Wajahnya kelihatan sungguh masam. Perangainya sedikit merajuk. Memang buruk wajahnya apabila masam sepanjang masa. Ditambah lagi di saat dia sedang berbadan dua. Bertambah peliklah wajahnya itu.

“Ya saya tahu, abang mana nak layan saya dah. Ha lepas ni abang tidurlah dengan surat khabar tu. Diakan isteri abang. Macam orang tua baca surat khabar.”Hanum menyindir suaminya. Dia tidak mahu mengalah untuk mengutuk suaminya itu. Ketika itu, suaminya sedikit terkejut dengan kata-kata isterinya itu. Memang merajuk teruklah isterinya ketika itu sehingga sanggup memperkatakan perkara yang tidak sepatutnya kepada suaminya.

“Apa awak ni ke situ pula. Saya tak pernah anggap surat khabar ni isteri saya yang kedua. Dan saya tak pernah mengaku saya ada orang lain selain awak.” Aqmal cuba bertegas di selang-selikan dengan perangai romantiknya itu. Sedikit geli juga apabila terdengar kata-kata suaminya yang sedikit romantik itu. Namun, Hanum tetap tidak mengalah. Dia juga tetap tidak cair dengan kata-kata suaminya itu. Sedikit menjengkelkan apabila seorang lelaki menyebut perkataan itu di hadapannya.

“Abang ingat tak saya sedang buat apa?”

“Duduk.”Jawab Aqmal pendek. Kemudian, dia terus membaca surat khabar di tangannya. Kini, hasratnya untuk menghabiskan satu naskhah surat khabar tersebut. Kalau tidak sebelum ini dia mesti tidak akan pernah khatam membaca surat khabar di sebabkan ragam dan perangai Hanum yang tidak pernah ubah-ubah menganggunya ketika membaca surat khabar tersebut.

“Ish, apa abang ni. Janganlah main-main. Saya tanya ni bukan main-main. Abang berhentilah kejap daripada terus baca surat khabar tu. Isteri abang ni lagi penting.” Aqmal sudah mula menarik mukanya. Memang itu pun si isterinya sedang buat. Dan jawapan apa lagi yang dia mahukan? Aqmal menghembuskan nafasnya berkali-kali. Dia sudah mengalah dengan isterinya.

“Abang tengoklah perut saya ni. Abang.”Hanum cuba menarik-narik tangan suaminya. Memang menjengkelkan perbuatannya itu. Tidak pernah dia berkelakuan seperti itu sebelum ini. Kadang-kadang perangainya itu keterlaluan di mata suaminya. Terpaksa Aqmal menerima sahaja perangai isterinya dengan hati yang terbuka.

“Ya awak mengandung. Puas hati awak? Dah lepas ni jangan nak ganggu saya baca surat khabar ni lagi! Dekat hospital sehingga ke harini perangai awak tak berubah-ubah. Jururawat tu pun terkejut dengan awak yang menjerit tiba-tiba.” Aqmal pasrah dengan isterinya. Dia juga cuba mengingatkan isterinya beberapa kali.

“Bukan itulah. Ish saya hairan tengok abang ni. Dari tadi asyik baca surat khabar. Apa yang saya minta abang bukan nak ambil tahu. Apa yang saya mahu bukan abang nak dengar, abang dengarlah kejap. Kejap je. Yalah saya tahu saya ni pelik orangnya. Kalau bukan perbuatan abang yang dulu saya tak jadi macam tu.”Hanum cuba bertegas dengan tingkah-lakunya sedikit menggedik. Kemudian, Aqmal langsung melipat surat khabar yang belum habis dibaca sepenuhnya. Kini, hasratnya tidak tercapai juga untuk membaca keseluruhan isi kandungan surat khabar tersebut. Dia terpaksa meletakkan surat khabar itu di tepinya.

“Ya, awak nak apa sebenarnya ni? Cuba cakap pada saya. Penat betul saya melayan kerenah awak seperti ini.”Kata Aqmal dengan nada rendah. Keluhan panjang juga sempat dia hembuskan.

“Bila nak beli baju anak kita? Lama dah saya tunggu abang. Lama dah saya cakap dengan abang perkara ni. Tapi abang buat endah tak endah sahaja dengan permintaan saya ni,” soal Hanum tidak sabar. Aqmal sempat mengerling tajam wajah isterinya itu. Perempuan ni kalau tak membebel memang tak sah. Dia termangu seketika. Dia juga teringat sesuatu selepas mendengar kata-kata isterinya itu. Ada benarnya juga apa yang di katakan oleh isterinya itu. Satu persiapan belum dia buat. Patutlah isterinya naik berang terhadapnya ketika itu.

“Abang lupalah, sayang. Serius abang lupa sangat soal tu. Jangan marah abang ya.”

“Ish, abang ni asyik lupa je. Abang tahukan anak kita ni akan lahir tak lama je lagi. Saya risau kalau anak kita lahir nanti, dia tak ada baju pulak. Saya tak nak anggap anak kita ni macam orang asli yang tak ada baju dan pakaian. Lepas ni abang jangan lupa lagi eh.” Aqmal menganggukkan kepalanya. Dia benar-benar faham apa yang isterinya mahukan. Oleh sebab dia terlalu sayang akan isterinya, jawapan yang sedikit selamat diberikan kepada isterinya.

“Nanti abang beli semua ya. Lagipun anak kita tu lambat lagi nak lahir. Bukannya esok hari.”

“Lambat lagi apa bang? Lagi 3 bulan dia akan lahir. Pejam celik pejam celik dia akan ada di sisi saya ni.”
Hanum tetap tidak berpuas hati dengan suaminya itu. Ingin sahaja dia memicit tangan suaminya apabila tangan suaminya sudah dia genggam erat sebentar tadi.

“3 bulan sayang, bukan 3 hari lagi. Lagipun banyak masa lagi boleh kita cari untuk lunaskan segala permintaan awak tu, sayang.”

“Abang ni suka ambil keputusan tu dengan mudah. Ini bukan perkara main-main bang. Okay, kalau terjadi apa-apa dengan anak kita, abang yang salah. Kalau bukan kehendak abang saya tak mahu mengandung, kalau bukan kerana perbuatan jahat abang terhadap saya dahulu, saya juga tak ingin mengandung!”Hanum merajuk buat kali kedua. Kini, dia lebih beremosi. Dia terasa hati dengan suaminya itu. Sebelum ini dia tidak pernah seperti itu dan akan lebih ambil berat tentang isterinya.

“Baiklah, nanti kita pergi beli. Awak nak apa? Susu bayi? Baju, seluar, bakul, syampu, bedak, semuanya nanti abang akan beli. Awak nak apa lagi cakap sekarang?” Aqmal sengaja memutuskan kata-katanya seperti itu agar Hanum tidak mendesaknya lagi. Setelah itu Aqmal termenung seketika. Mungkin ada perkara yang masih terpendam di dalam hatinya ataupun fikirannya.

“Abang ni kenapa? Penat saya cakap dengan abang, abang terus diam dan membisu,” soal Hanum sedikit mendesak.

“Abang baru teringat, abang kena ambil mak di stesen bas. Harini mak nak datang. Mesti mak dah tunggu lama di sana.”

Hanum terkejut dengan kata-kata lelaki yang berada di hadapannya itu. Tidak sangka mak mertuanya iaitu mak Timah akan datang ke situ. Sebelum ini suaminya tidak pernah bercerita tentang mak mertuanya untuk datang ke situ.

“Kenapa mak datang? Abang suruh ya? Kalau nak ajak sesiapa datang ke sini bincanglah dengan saya dulu,” kata-kata Hanum seperti tidak suka dengan kehadiran mak mertuanya itu.

“Memang abang suruh mak datang ke sini untuk menjaga awak selepas bersalin nanti. Lagipun perkara seperti itu tidak perlu perbincangan kerana ia sangat penting. Dan bukan main-main.”Kata suaminya panjang. Tahu pula kewajipan suaminya terhadap isterinya sebelum bersalin untuk meminta bantuan daripada orang lain. Tetapi, kewajipan untuk membeli barang anaknya yang bakal lahir, langsung dia lupa. Perangai lelaki ini aneh sekali.

“Berapa lama mak duduk sini?”

“Sampai awak lahirkan cahaya mata pertama kita lah.”

“Ish, lamanya.” Hanum seloroh sendiri.

“Awak macam tak suka aja mak saya datang ke sini. Lagipun ada faedahnya mak nak datang.”

“Eh, mana ada. Bukan macam tu abang. Saya cuma tak nak susahkan mak apabila dia datang ke sini. Tak pasal-pasal dia penat menjaga saya dan juga baby kita nanti, bang.” Aqmal menganggukkan kepala. Nak buat macam mana. Kalau tiada siapa yang bantu susah Hanum selepas bersalin nanti. Sudahlah dia tidak ada kepakaran semasa mengandung dan selepas bersalin kerana baru sahaja ingin menimang cahaya mata pertama.

“Tak apalah abang, ikut suka abanglah. Baiklah, saya nak buat air untuk abang dulu.”Hanum terus berlalu pergi dari situ tanpa berkata-kata. Dia sudah mengalah dengan semua perkara. Sebenarnya dia tidak suka mak mertuanya datang ke rumahnya. Jika keberadaan mak mertuanya di rumah itu mesti suaminya akan melebihkan maknya daripada dirinya sendiri. Dia juga menganggap kasih sayang daripada suaminya makin pudar terhadap dirinya jika suaminya terlalu melebihkan maknya sendiri. Oleh itu, dia lebih suka duduk berjauhan tanpa ada pertolongan daripada sesiapa, tidak kiralah di dalam keadaan darurat mahupun kecemasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience