BAB 7

Family Completed 7042

Hari Ahad macamni adalah satu nikmat buat Aqmal kerana dapat juga Aqmal berkumpul bersama ahli keluarganya ketika itu. Kalau tidak hanya menyibukkan diri di tempat kerja.

“Mak tak bosan ke duduk rumah?” soal Aqmal secara tiba-tiba.Timah yang sedang duduk menonton televisyen terpinga-pinga dengan pertanyaan anaknya itu. Entah kenapa tiba-tiba Aqmal mempersoalkan perkara itu. Mungkin, Aqmal melihat wajah maknya yang sedikit bosan duduk di rumah.

“Tak adalah, Aqmal. Mak dah biasa duduk di rumah sahaja. Mak tak bosanlah.”

“Betul ke ni mak tak bosan duduk rumah? Kalau saya dah lama bosan jadi mak yang duduk terperuk dalam rumah 24 jam. Mak cubalah bergerak keluar menghirup udara segar di halaman rumah tu. Saya tengok mak ni duduk dalam rumah tanpa menjengah ke luar.”Kata Aqmal dengan pernyataannya. Lalu, Timah menganggukkan kepalanya menandakan jawapannya sama seperti tadi.

“Betul, Aqmal.”

“Mak tak rasa rugi ke saya nak bawa mak keluar pergi jalan-jalan, berkelah ke, bercuti ke mana-mana, tapi mak menolak dengan mentah-mentah? Mak tak rasa sayang ke ajakan saya tu mak tolak? Bukan senang saya nak ajak orang pergi keluar bercuti.”Timah tersenyum dengan kata-kata anak lelakinya itu. Mulutnya terkumat-kamit ingin memperkatakan sesuatu.

“Kalau kamu bawa mak pun, mak dah tak larat. Mak tak kuat macam dulu lagi. Lagipun umur mak dah makin tua Aqmal, dah 49 tahun. Tak boleh berdiri lamalah, tak boleh berjalan lamalah. Sakit tu nanti datang secara tiba-tiba. Lagi susah kamu nanti.”

“Yalah, mak. Aqmal cuma nak hiburkan mak aja. Kalau mak tak larat, Aqmal tak boleh buat apa-apalah. Aqmal terpaksalah dengar kata-kata mak tu.”Perbualan mereka makin panjang. Mujur Hanum tidak berada di situ ketika itu. Mungkin dia sedang sibuk di biliknya. Kalau tidak, mahu dia membantah ajakan suaminya itu.

“Yalah mak, kalau mak bosan, nanti cakap pada Aqmal. Nanti Aqmal akan bawa mak berjalan. Ya.”
Timah hanya tersenyum. Ketika itu, Hanum sudah melangkah keluar dari biliknya. Dia menuruni tangga sambil memerhati suami dan mak mertuanya. Kelibatnya langsung tidak disedari oleh suami dan mak mertunya itu.

“Amboi, berbual bagai nak rak. Langsung tak ingat aku,” kata Hanum sendirian. Kemudian, Hanum terus menghampiri mereka dengan lagak bongkak.

“Yalah, nanti mak beritahu kamu.”

‘Apa yang mereka bualkan?’ kata Hanum dalam hati.

“Awak, nanti kalau nampak muka mak bosan bagi tahu saya. Nanti saya bawa mak berjalan.”Kali ini, perasan juga Aqmal pada isterinya yang sedang menghampirinya itu.

“Amboi, kalau pasal mak tak kisah. Sebelum ni abang tak pernah cakap pada saya macam tu pun. Tak pernah nak ajak saya keluar makan angin dengan abang. Kalau mak, abang laju je ajak.”Terlepas juga kata-kata yang sinis daripada mulut Hanum. Wajah suaminya sedikit marah. Mungkin sakit hati dengan kata-kata Hanum sebentar tadi.

“Tak akanlah nak cakap depan mak macam tu. Tolonglah jaga perasaan mak. Mak pun ada perasaan tahu!”
Aqmal bertegas. Namun, Hanum langsung tidak hiraukan amarah suaminya itu. Dia membuat muka bengis di hadapan suaminya itu. Matanya sempat mengerling wajah Timah yang sedang memerhatikan mereka berdua di atas sofa di ruang tamu.

“Tak apalah, Aqmal. Mak faham. Nanti kamu ajaklah isteri kamu pergi bercuti.”Tak lama kemudian, Hanum terus duduk berhampiran suaminya. Dia cuba mengusap-ngusap tangan suaminya. Mungkin ingin memujuk suaminya agar mengikut sahaja kehendaknya.

“Ya sayang, nanti kita pergi.” Timah senyum dengan kelatah mereka berdua. Bukan main manja lagi Hanum apabila bersama suaminya.

‘Kalau aku tak buat macam ni, mesti aku diabaikan di sebabkan orang tua ni,’ ujar hati kecil Hanum sambil mengerling tajam wajah Timah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience