BAB 10

Family Completed 7042

KEADAAN di dalam hospital itu sangat sunyi. Sejambak Bunga Carnation berwarna putih diletakkan oleh Aqmal di atas meja sebelah katil Hanum sama seperti awal kahwin dahulu. Hanya ada beberapa orang pesakit dan juga jururawat ketika itu, termasuk Hanum dan juga suaminya yang sedang melawat Hanum.

“Apa sudah jadi sayang? Abang di beritahu oleh mak awak jatuh tangga. Tapi macam mana boleh jadi macam tu?” Aqmal terus mengajukan beberapa soalan kepada isterinya seraya isterinya membuka mata. Suaminya sangat bercelaru dan sangat cemas ketika itu. Tak lama kemudian, Hanum terus mengalirkan air mata. Entah kenapa tiba-tiba perasaannya bertukar sedih ketika itu.

“Kenapa sayang?” belum sempat Hanum menjawab pertanyaan suaminya sebentar tadi, Aqmal terus bertanya dengan soalan yang lain.

“Abang, baby kita mana?”Hanum terkejut selepas memegang perutnya yang sudah kempis. Tercari-cari juga tingkah-lakunya ketika itu. Ada juga seperti disampuk oleh syaitan selepas melihat perutnya yang sudah kempis ketika itu.

“Baby kita selamat, sayang. Ada dalam inkubator. Sayang jangan risau. Tapi, sayang boleh bagi tahu abang apa yang terjadi sebenarnya? Macam mana boleh jatuh tangga?” Aqmal tidak putus-putus menanyakan soalan yang sama kepada isterinya. Nasib baik, isterinya tidak panas baran ketika itu, kalau tidak pasti isterinya sudah naik angin terhadap dirinya.

“Nasib baik mak ada ketika itu. Kalau tidak, Hanum dengan baby kita dah mati.” Aqmal terkejut dengan kata-kata isterinya. Jari telunjuknya terus diletakkan di atas mulut Hanum. Kini, Hanum tidak dapat berseloroh dengan perkara buruk yang tidak akan berlaku itu lagi.

“Abang, mak mana?” soal Hanum dengan sebak.

“Mak ada dekat luar. Kejap lagi mak nak balik. Mak dah siap dengan beg yang telah dia kemas. Kenapa mak nak balik sayang?”
Hanum terus menangis tanpa henti. Tak sangka mak mertuanya masih mahu menuruti kata-kata Hanum sewaktu di rumah sebelum masuk ke hospital itu.

“Abang tolonglah jangan suruh mak balik. Hanum nak minta maaf pada mak. Hanum janji tak akan lukakan hati mak lagi. Hanum janji, Hanum akan sayangkan mak seperti mak kandung Hanum. Abang, Hanum dah banyak salah pada mak. Kalau bukan ikutkan hati Hanum yang ingin membalas dendam terhadap abang tetapi tempiasnya pada mak, ini semua tak akan pernah berlaku.”Hanum serba salah dengan perbuatannya yang lepas. Dia seperti sudah bertaubat untuk tidak mengulangi perbuatannya itu lagi. Air matanya tidak henti mengalir. Entah ke berapa kali air matanya jatuh ke pipi.

“Abang, bawalah mak masuk. Hanum nak sangat jumpa mak. Hanum nak mohon ampun pada mak.”
Pinta Hanum dengan nada lembut. Tak lama kemudian, Aqmal terus keluar dari wad tersebut. Tangannya perlahan-lahan menarik tangan maknya masuk ke dalam wad Hanum.

“Mak!”Hanum terasa sebak selepas melihat tubuh maknya di hadapan pintu. Badannya digerakkan sedikit untuk memudahkan dia bertemu dengan mak mertuanya itu.

“Mak, Hanum nak minta maaf. Baru Hanum tahu, mak baik, bukan seperti apa yang Hanum sangkakan sebelum ini terhadap mak. Maafkan Hanum mak. Maafkan Hanum. Hanum sedar kesilapan Hanum sebelum ni mak. Hanum sedar. Hanum banyak berdosa dengan mak. Mak jangan ambil hati dengan sikap Hanum sebelum ni mak.”Timah terus menghampiri menantunya. Kemudian, tangan Hanum terus dicapai. Timah menggenggam erat tangan Hanum sambil menangis melihat wajah Hanum yang sedikit pucat itu.

“Mak maafkan kamu, nak. Mak tak akan ambil hati dengan kamu. Mak faham kamu inginkan kasih sayang daripada seorang suami. Tapi mak aja yang cuba meleraikan ikatan kasih dan sayang kamu dengan suami kamu. Mak juga mahu minta maaf pada kamu.”

“Terima kasih mak. Hanum maafkan mak. Lagipun Hanum faham, kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tidak pernah luntur dan pudar dengan serta-merta. Dan Hanum rasa sedikit cemburu apabila melihat mak dengan abang Aqmal terlalu rapat. Hanum tak ada siapa dekat muka bumi ni, mak dan ayah Hanum dah lama meninggal. Mak, Hanum sayangkan mak. Mak, Hanum harap, mak tak akan tinggalkan kami berdua di sini. Hanum nak mak duduk dengan kami berdua. Mak lupakan aja apa yang Hanum katakan di rumah tadi.”Timah menganggukkan kepalanya. Aqmal pula hanya memerhatikan drama yang berlaku di hadapannya ketika itu. Sedikit sebak di dalam hatinya makin terasa. Tak sangka ketika dia tiada di rumah, ada perkara yang aneh dan perkara buruk yang telah berlaku.

“Mak, Hanum harap, ikatan kita bersama makin erat selepas ini dengan cahaya mata pertama yang kami perolehi, ya mak.”

“Baiklah Hanum, mak pun harap begitu.”Timah kemudiannya tersenyum dengan kata-kata Hanum. Dia seperti sangat bahagia apabila berada di sisi menantunya yang sudah mula mahu menerimanya di dalam keluarga itu. Aqmal terus mengesat air mata Hanum yang tidak henti berjurai di pipinya. Kini, barulah dia faham dengan kehendak isterinya. Mungkin selepas ini kasih dan sayang akan lebih diberikan kepada isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience