BAB 8

Family Completed 7042

Hemisfera bumi makin gelap. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Aqmal pula sudah pun tiba di hadapan rumah. Di tangannya terdapat beg plastik berjenama mahal. Entah apa yang dibawanya pun tidak tahu. Entah apa isinya pun menjadi tanda tanya kepada semua yang melihatnya ketika itu.

“Mak, mak, mari sini,” teriak Aqmal dengan lantang. Dia terus masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam, lalu menjerit memanggil nama maknya.

“Ya, sekejap mak datang.”Timah menyahut panggilan Aqmal dari arah dapur dengan nada rendah. Kini, kakinya mengatur langkah laju menghampiri ruang tamu rumah. Wajah pelik sudah mengusai mukanya.

“Kenapa kamu ni pandang mak macam tu sekali. Ni lagi satu mak nak pesan, masuk rumah beri salam, bukan jadi orang yang tak beragama. Tahu?”
Aqmal menganggukkan kepalanya dengan laju. Dia faham benar dengan kata-kata maknya itu.

“Mak cubalah baju yang saya belikan khas untuk mak ni.” Aqmal terus menghulurkan baju kurung yang telah dikeluarkan daripada beg plastik yang berjenama mahal itu. Timah terus mencapai baju tersebut tanpa sebarang kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

“Cantiknya, Aqmal. Berapa harganya ni? Mak tengok macam mahal sangat harga baju ni,” soal Timah serba salah.

“Mak pakai dulu. Saya nak tengok mak pakai. Mesti mak cantik apabila pakai baju ni.”

“Kalau mahal, lebih baik kamu pulangkan semula kepada tauke kedai. Mak tak mahu mahal-mahal macam ni.”Kata-kata maknya sangat kampung. Dia ketawa dengan kata-kata maknya itu.

“Tak mahal manalah mak. Murah je. Seratus lima puluh. Lagipun setahun sekali saya nak bagi pada mak ni. Mak terima ajalah. Ya.” Timah terkejut dengan harga yang diberitahu oleh anak lelakinya itu. Tidak pernah dia membeli baju kurang yang semahal itu. Sebelum ini hanya membeli baju dengan harga yang agak murah. Paling tidak, Timah langsung tidak membeli baju. Apa yang ada di dalam almarinya itu yang dia akan pakai sehinggalah ia betul-betul rosak dan tidak boleh dipakai lagi.

“Kenapa mahal sangat ni?” soal Timah sekali lagi.
Ketika itu, Hanum datang menghampiri mereka. Mungkin dia terdengar perbualan yang sangat rancak daripada suami dan mertuanya ketika itu.

“Abang, cantiknya baju ni. Abang beli untuk Hanum ke?”Soal Hanum dengan gembira selepas melihat baju kurung di tangannya mak mertuanya itu. Lalu, dia merampas kain yang dipegang oleh Timah tadi.

“Abang beli untuk mak. Hadiah untuk mak. Kasihan mak tak ada baju baru. Jadi apasalahnya abang beri pada mak.”

“Habis Hanum punya mana? Hanum pun nak juga baju kurung macam ni,” soal Hanum dengan nada sedikit merajuk.Dia terus memberi semula kain itu kepada mak mertuanya dengan muka marah. Tak sangka suaminya sanggup mengabaikan isterinya.

“Kan abang dah beli hari tu. Baju itu pun awak belum pakai lagi. Lagipun tak elok nak membazir ni.”

“Itu lain bang, yang ini lain.”Hanum terus memotong kata-kata suaminya. Dia mahu dirinya betul ketika itu.

“Buat apa beri pada mak. Bukannya mak suka pun pakai baju macam tu. Entah sesuai ataupun tidak.”Hanum sengaja menuturkan kata-kata yang mampu menyinggung perasaan mak mertuanya itu.

“Apa ni cakap macam tu depan mak. Tak elok tahu tak?”

“Habis, yang abang mainkan perasaan saya sampai abang sendiri abaikan saya ni abang tak kisah pulak?”

“Sudahlah tu Aqmal, Hanum.”Dengan pantas Timah mematahkan pergaduhan mereka berdua. Tak lama kemudian, Hanum terus beredar dari situ. Mungkin terasa hati dengan perangai suaminya yang sedikit kejam terhadapnya ketika itu. Apabila sampai sahaja di dalam bilik, Hanum menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Terkejut Timah dan Aqmal ketika itu.

“Mak, maafkan isteri saya. Jangan ambil hati dengan apa yang isteri saya cakapkan tadi.”Timah hanya tersenyum.

“Tak apalah, mungkin pembawakan budak dalam kandungan dia agaknya.”Timah seperti sudah faham dengan keadaan Hanum. Maklumlah dia juga pernah mengandung. Dan dia tahu macam mana perasaan orang mengandung ketika itu. Kalau tak merajuk tak sah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience