"hai shu"

Romance Series 7375

pagi itu suasana agak lengang. wawa dan eynie mengajak ku berjalan di sekitar pasar raya di tingkat dua. sekadar menghilangkan kebosanan aku menuruti langkah mereka berdua. mereka nampak begitu riang dan tidak henti henti ketawa. aku yg menyepi di belakang mereka diselubungi persoalan tentang lelaki itu. namun aku sedaya upaya menolak rasa ingin bertanyakan tentang ny kepada wawa. wawa dan si mamat sengal itu kelihatan rapat sekali. aku tidak tahu apa kerja nya di bahagian air namun sering kali aku melihat dia berhadapan dengan komputer riba dan selalu menempatkan diri di sebelah wawa. kadang kala aku melihat dia dan wawa berbisikan sesama sendiri sambil memandang aku. walaupun begitu, sesekali pekerjaan ny melibatkan buku nota yang apabila aku perhatikan apabila salah seorang staf keluar mengambil barang di stor pasti memberitahu nya dan dia akan merekodkan ny di dalam buku. termangu aku sendirian. heyy sapalah kau. aneh betul. sangkaanku.
malas hendak melayan gejolak di hati aku membuntuti bontot wawa dan eynie. ke mana sahaja mereka asyik bergurau dan ada masa tawa mereka memecah kesunyian di bangunan yang besar ini. malu jugak aku berjalan dengan dua gadis periang ni. dalam tak sedar mana dtg nya wawa bercerita tentang lelaki yg memperkenalkan diri nya sebagai mann. "abg mann tu keje manager. baik orangnya." kata wawa. aku yg sedari tadi mengelamun tersentak seketika mendengar sebaris nama itu. seolah ada tarikan halwa telinga aku untuk mendengar lebih lanjut. namun aku lebih banyak mendiamkan diri. sesampai di tingkat bawah iaitu food court tempat kerja kami, wawa menuju ke bahagian air dan memulakan tugasan nya. aku sempat melirik ke arah tempat kosong yang biasa diduki oleh lelaki yg bernama mann itu. namun kelibat ny tidak ada. malas aku hiraukan langkah di atur dengan kemas menuju ke gerai aku dan eynie menuju ke gerai nya. maklumlah masing masing ada tanggunjawab katakan.

"abg mann tu keje manager. baik orgnya'' bait kata wawa terngiang di telinga aku. abg?? bila aku perhatikan lagakny wajahnya serupa yg berusia sedikit tapi tidak ku ketahui berapa angka umur nya namun yg pasti bukan sebaya dengan umur ku. pelbagai soalan menerjah fikiran aku. apa? manager? manager means pengurus food court teh tarik ni? tak nampak mcm manager pun. style biasa. semalam pun aku tengok dia tolak troli ada sampah kot. takkan manager buat kerja tu semua. tapi nampak jugak lah kerja dia agak santai sikit. hmm ptutlah dia pakai baju tshirt biasa je. kita ni disuruh pakai baju dan mesti ikut attire yg telah ditetapkan. aku mengutuk di dalam hati. sedang aku ralit mengingat kata kata wawa siang tadi, aku perasan akan diriku yg mahu tahu pasal nya namun aku tidak mahu nampak seperti hidung tak mancung pipi tersorong sorong. apapun aku mesti nampak jual mahal dan ego sikit. sebab laki sekarang tak leh beri muka! aku bermonolog sendirian seolah mencari semangat yg hilang. aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. kerana abrar, bekas kekasih ku telah bermain curang di belakang ku. walaupun 4 tahun menyulam kasih, namun dia masih ada niat hendak memasang asmara dgn insan lain. walaupun hati sayang namun aku lebih rela mengundurkan diri kerana aku tahu dia tidak bagus untuk ku. jgn bazirkan air mata dan kasih syg kita kepada org yg tak menghargai kita. kenangan bersamanya tiba tiba menjelma di kotak fikiran ku. memang dia cinta pertama semasa zaman persekolahan menengah ku namun dia tidak serius dan berusaha dalam hubungan. seolah olah hanya berharap pada takdir. "heshhh malas aku nk fikir lah sakit hati je" aku membungkam sendiri.

hmmm mamat sengal tu takde ker? aku sedari dari pagi sehingga jam 8 malam dia masih belum kunjug tiba. yalah teringatkan kata kata wawa siang tadi , jawatan manager takkan kerja kat satu tempat je. fikir ku. ehh biarlah dia takda yg aku mencari ni kenapa? marah ku kepada diriku sendiri.

"hai shu" . sapa suara seorang lelaki semasa aku sedang mengemas kedai. hari ini penampilan dia berlainan sedikit kerana dia tidak mengenakan sweater dan cap nya. boleh tahan jugak la mamat sengal ni. rambut nya yang tersikat rapi dan sedikit terpacak membuat aku terpana seketika melihat nya. hmmm ada rupa ada gaya. bisik hati kecil ku. "hai." jwbku ringkas. dia kemudian berlalu dan tersenyum. hati aku berdetap detup walaupun dengan sepotong ayat daripadanya. "terlalu awal untuk jatuh cinta shu! jgn merana jgn ulangi lagi shu" pujuk aku kepada diriku. aku menarik nafas panjang agar perasaan yg mula menjalar terhadapnya beransur pergi .pohonku di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience