kisah hidup dia

Romance Series 7375

malam itu senyuman tak lekang di bibir ku apabila asyik terkenangkan wajahnya yg kebingungan merenung skrin telefon bimbit nya. kerana terlalu asyik mengenakan nya dan mentertawakan nya siang tadi aku jadi tidak henti henti tersenyum kerana geli hati akan perlakuan aku terhadapnya.

penat betul hari ni. penat ketawakan mamat sengal tu. kataku sendirian. seulas senyuman menghiasi bibir ku. entah mengapa aku merasa gembira. telefon bimbit aku direnung.
hermm, aku rasa nk call jer dia. kenapa ye. bisikku sendirian. nombor telefon nya aku dail . tu..tu..tutt... tidak bersahut. jemari ku bermain di rambut aku seolah sedang memikirkan apa yg harus aku lakukan. lantas aku menaip pesanan ringkas kepada nya. "hai man. shu ni. org yg awak minta number phone hari tu" butang send aku tekan dengan yakin. dup..dup..dup..dap . jantung ku bergetar. nervous aku ni.

beep.! satu pesanan ringkas sms kedengaran masuk ke peti masuk sms. aku buka dengan berhati hati. gulp! lahaii. mamat tu lah balas. hatiku melompat keriangan. entah mengapa sangat teruja aku mendapat pesanan daripada nya. "tak cakap pun itu awak" jawabnya melalui sms. aku merenung dan mati kata untuk membalas pesanan nya. baru hendak aku menyimpan telefon bimbit ku di bawah bantal. beep! satu pesanan ringkas telah masuk lagi. pasti mamat tu .omelku. dalam omelan aku aku merasa senang dengan kehadiran pesanan drpadanya. seolah aku merindukan diriku yg dulu yg sering menekan dan merenung skrin telefon lantaran melayan pesanan2 ringkas dpd bekas kekasih ku dahulu. tetapi semenjak aku berpisah dengan nya telefon bimbit bukanlah teman setia aku sebaliknya drama bersiri korea lah menjadi tempat aku menghabiskan banyak masa sengang. "boleh kita kenal" kata nya melalu pesanan yg telah aku buka itu. dan dari situlah bermulanya perhubungan aku dan si mamat sengal itu melalui pesanan ringkas. tidak semena pada malam itu aku memberanikan diri bertanya tentang nya. "awak dh kahwin ke?" "bini saya lama dh meninggal" tersentak aku dengan jawapan nya. aku tidak membalas dan dia meneruskan penceritaan mengenai kisah hidupnya. dia pernah berkahwin tapi malangnya 8 tahun yg lalu isterinya telah meninggal dunia kerana menghidap penyakit kanser buah pinggang. di sisi nya tertinggal 3 orang cahaya mata yg kesemuanya lelaki. aku yg semakin tertarik tentang dirinya terus bertanyakan soal anak anak nya yg kesemuanya berusia 16,15 dan 13 tahun. pada malam itu aku juga menceritakan kepadanya soal diriku yg telah pun berputus hbungan cinta beberapa bulan yg lalu. kami saling bertukar cerita sehinggakan jam telah menunjukkan ke angka tengah malam. "saya suka kat awak" msg terakhir yg dikirimkan oleh ny kepada aku. aku jadi tidak keruan lantas aku membuat keputusan untuk mengabaikan sahaja pesanan itu. "ini nombor wasap sy. kita msg guna wasap esok" katanya lagi melalui aplikasi pesanan ringkas sms dia telah menghantar nombor telefon wasap nya. aku tidak tahu apa yg melanda di hati namun aku merasa tenang dan sedikit perasaan bahagia bertandang di sanubari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience