"nasi beriani"

Romance Series 7375

"hazirah, aku pelik lah dgn sorang mamat ni." laju jari jemari aku menaip pesanan ringkas kepada hazirah, bekas pekerja teh tarik ini. ''haa? siapa pulak yg mengorat kau ni shu?'' hazirah yg sedang dalam talian segera menaip. ''hai agak agak lah bukan mengorat tapi dia ni pelik sangat aku tengok" "apa yg pelik ny cik shuhada? ada ekor ke mamat tu" tanpa menunggu lama aku terus menceritakan kepada hazirah. jari jemari aku menari nari di atas papan kekunci telefon bimbit asus milikku ini. aku menceritkan segala olahan dan tabiat yg telah dia lakukan sepanjang 4 hari aku bekerja disini.

" oh mamat tu shu kau takyah risau lah aku pun dia kacau. jgn dilayan sudah la." bait bait pesanan ringkas melalui aplikasi whatsaap daripada hazirah bermain main di telinga aku. seolah olah hazirah sedang berbicara denganku. . dalam aku ralit melayan perasaan sendiri datanglah 'mamat sengal' itu. namun aku berpura tidak melihat nya. dari ekor mata aku melihat dia memakai 'sweater' hitam nya. yalah tempat sejuk katakan . memang penampilan dia sebegitu dari hari pertama dia mengganggu ku..

''aaaa nk order mee goreng" aku pun berlagak seperti biasa kerana apapun dia pelanggan aku. "ok 3 minit mee siap!" . wajah nya serius pada amatan ku. dia berlalu pergi dan mengambil tempat di hujung sekali. mujur pagi itu aku awal hadir ke tempat kerja kalau tidak memang aku terserempak dengan big boss tu. serentak aku melihat kelibat bos empunya kedai ini masuk ke dalam bahagian air. "huhhhh nayaa" keluh ku.

''amoi cantik!"
aku disergah oleh suara lelaki semasa aku sedang sibuk membersihkan talam seraya aku mengangkat muka. tersembul wajah ''big boss''. aku tersenyum manis. yalahh bos kann mesti la nampak baik sikit . ''amoi kamu ada kawan yg mau keleja ka? kalau ada saya mau 2 orang esok perempuan boleh kasi turun maa" .laju benar bos aku bercakap. nasib lah aku sempat menangkap bait percakapan nya. "ohh okay bos nanti sy cuba tanya kawan saya" . bos aku pun tersenyum dan aku melihat kelibat nya sehingga hilang dari pandangan.

tercari cari aku di manakah lelaki tadi. "macam chipsmore lah laki sengal tu" aku mengutuk sendirian. menjelang tengahari rutin harian aku akan sibuk mengambil order pelanggan dan menyediakan di hadapan kaunter. apabila semua sudah siap aku hanya perlu menekan loceng supaya pelanggan datang dan mengambil sendiri pesanan mereka. self service katakann
"amin tlg jaga kaunter kejap ye. sy nk ke tandas" amin mengangguk dan meneruskan tugasan aku mengambil pesanan pelanggan yang berpusu pusu dtg. aku segera berlari anak menuju ke tempat membuang hajat. nyehh nyehh. tidak semena aku bertembung dengan lelaki tadi. sempat aku perhatikan penampilan dia masih dengan sweater ny dan cap di kepala nya.'' agak nya dia ni penjenayah tak" hatiku bermonolog sendirian.

aku melimpasi ny tanpa sepatah kata walaupun aku perasan dua pasang mata nya merenung aku sambil tersengih sengih.dalam fikiran aku hanya sarat nak melepaskan hajat sudahla masa tengahari begini pelanggan ramai jd tlg lahh jgn dia mendatangkan bahana masa ni. pohon ku di dalam hatii. tiba tiba..

"eh, .semalam pergi mana?"
aku yg telah dua langkah mara ke hadapan berhenti menapak dan memusingkan muka ku. dlm fikiran aku mengingat kembali kemana pergi aku semalam ye? "eh tak ye aku ke klinik semalam .eh mcm mana mamat ni tahu eh? ehh dia intai aku lah.. " omelan ku sendirian. 'aaa ke klinik." jwbku ringkas. "kenapa? sakit apa?." saat itu aku berjalan terus tanpa menghiraukan soalan nya..

puas betul rasa nya selesai menunaikan hajat ku untuk membuang air kecil. lega rasa nya. ehh penyibuk lahh mamat tu hee aku menahan geram di dalam hati. ikutkan hati aku bantai je dia tapi yelahh terjejas lah ayu akuu.

memang tuhan nk temukan aku dengan dia ni, masa aku nk masuk pintu ke bahagian dapur boleh terlanggar kat dia pulak. "oh sorry " kataku dan mula menapak langkah mara ke hadapan daripadanya. teringatkan amin yg keseorangan menjaga kaunter aku mahu cepat sampai ke gerai. "awak dh makan" . perut aku yg kebetulan belum berisi sejak pagi tadi mula berbunyi. "tak pe nanti sy makan sendiri masa ni banyak customer" aku terus menghayun langkah meninggalkan lelaki itu. biarlah dia nak terpinga pinga ke apa. semasa aku sibuk di kaunter juru wang manakala amin sibuk di dapur membantu tukang masak dia mendekati aku ."nak makan apa? nanti sy belikan" katanya. "takpe nanti lah makan masa ni banyak org dtg" "nak makan apa sy belikan nnti awak makan bila dh free" katanya memujuk lagi. ''hee mamat ni tak serik" kataku di dalam hati. "nasi ayam. eh tak jadi lah. nasi beriani" sengaja aku meminta nasi beriani kerana harga nya lebih mahal daripada nasi ayam. "rasakan tulah nk sangat belanja kita konon" entah kali yg keberapa aku mengutuk nya. dia terus berlalu dan menapak ke gerai sebelah aku yang menjual aneka makanan india. dalam dia memesan nasi beriani dia mengerling ke arahku melalui ekor mata nya. aku berlagak biasa sahaja.
_ " nah, jgn lupa makan nanti" buat pertama kali aku melihat air muka nya seolah ikhlas dan risau. entah mengapa hari hari yg sebelumnya dia sering mengenakan aku dan mentertawakan aku. hari ini watak nya lain pula. malas hendak berkata panjang aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience