"bapak dia garang tak?"

Romance Series 7375

malam itu seperti biasa aku dan dirinya berbalas pesanan ringkas melalui aplikasi whatsaap. al maklum dah saling kenal. sepanjang aku betukar nombor telefon dengan nya aku akui aku berasa senang dengan perwatakannya dan kelihatan juga aku berasa janggal apabila harus berdepan dengan nya namun lain jadinya apabila berinteraksi di alam maya. aku jadi tidak malu berbalas msg sehingga leka. namun apabila berhadapan dengan nya di tempat kerja aku jadi tidak keruan. pagi itu, lena aku di kejutkan dengan panggilan masuk daripadanya. dengan penuh mamai aku menjawab. "eh, belum bangun lagi ke. " katanya. suara nya seakan serak serak basah pagi itu. naluri wanita aku berkocak hangat. namun tidak aku hiraukan. "em. msh awal lagi. mengantuknya" omel ku di hujung talian . mana tak nya semalam dh la tidur lewat awal pagi buta dh kacau aku. "dh jam 9 ni. lewat nanti. bangun la sayang" katanya. mata aku laju dicelik. serta merta aku membuka mata seluasnya dan seolah aku bermimpi. namun telefon bimbit masih lekap di telingaku. aku diam dan berdehem "hemmm". "kalau pagi gini peluk awak kan seronok" katanyaa di hujung talian . eh gatal lahh mamat ni! marahku. aku segera mematikan panggilan dan tidak berhajat untuk menyambung tidurku lantas bergegas ke bilik air untuk mandi.

akibat terlalu lama di bilik mandi tadi aku jadi kelewatan tiba di tempat kerjaku. nasib tak kantoi dengan bos comel ku itu. bos kedua yg agak berisi dan gemuk kelihatan belum sampai ke tempat kerja. kebiasaan nya dia akan duduk di sudut kedai tersebut dan jika terdapat apa apa masalah boleh rujuk kepadanya. sedang aku melewati gerai eynie aku melihat dia sedang khusyuk bermain telefon bimbit. aku pun segera membesarkan langkah menuju ke dapur belakang untuk ke gerai ku lantas membuka gerai aku bersama rakan ku kak ida, su dan uncle tukang masak. seusai sudah semua kerja aku, aku mendekati eynie di gerai sebelah dan mengajak ny duduk di luar kerana ada sedikit hal yg hendak aku bincangkan. "kejap shu, nanti sy menyusul" aku segera keluar dari bahagian dapur untuk ke pintu utama yg menuju keluar. "nyaman nya udara pagi" aku melepaskan keluhan dan menghirup udara pagi di luar. berbanding duduk di dalam kawasan berhawa dingin menjadikan minda lembap sedikit . ujarku seorang diri. aku duduk keseorangan di kerusi luar sementara menunggu eynie. dalam aku ralit termenung di suatu sudut yg agak terpencil di luar, halwa telinga aku menangkap bunyi motorsikal yg mendekati tempat duduk aku. segera aku menoleh. oh, mamat ni rupanya. akhir jugak dia dtg. dia yg berpakaian ringkas berbaju tshirt seluar jean namun tidak mengenakan cap dan sweater seperti kebiasaan walaupun menyandang jawatan manager tetapi style simple but nice. rumusku. dia tersenyum manis yg menampakkan barisan gigi nya dan matanya yg terserlah sepet. aku jadi malu dan tidak keruan. teringatkan soal pagi tadi. aku menoleh ke arah lain dan segera berlalu ke dalam. "eynie mana awak. lama saya tunggu. " omelku. sebenarnya untuk mengawal gugup di dalam hati. " oh sori shu. ye saya keluar sekarang jugak" kata eynie. aku yg masih tercegat di hadapan gerai eynie terasa ada seseorang yg berjalan dan menuju ke arahku. hatiku berdetik. pasti mamat itu. ingin aku lari jauh darinya. namun apa pilihan yg aku ada kerana eynie telahpun muncul jua di hadapanku namun jaraknya masih kurang 50 meter daripadaku. "awak dah makan ke" dia menegurku. aku menoleh ny dan itulah kali pertama aku berdiri tepat dihadapan nya. serta aku perasan ada mata mata staf yg memandang. apa yg aku perasan, dia lebih rendah berbanding aku. "tak nak makan." ujarku. "kalau nak makan sy belanja roti canai" katanya lagi. "takpayah. nanti sy makan sendiri" kata ku tegas. dia berlalu dan tersenyum manis ke arahku. aku yg terasa malu kerana berlakon sebabak drama di hadapan gerai itu segera menghayun kan langkah ke luar kedai itu dan duduk bersama eynie. di luar sana aku berasa lebih tenang kerana jauh daripada pengawasan mamat itu. aku dan eynie membincangkan soal kemana hala tuju selepas keputusan spm diumumkan dalam 2 bulan daripada sekarang. sedang kami rancak berborak, tiba tiba lelaki itu mengambil tempat tidak jauh daripada kami. seolah ingin mengetahui topik perbualan kami. "heshh. poret betullah mamat ini" eynie yg perasan kehadiran nya sengaja mengenakan aku " shu, tadi kan masa awak belum sampai, ada org iv psl awak" ujar eynie seraya menjeling ke arah mamat itu. "apa?"siapa?!" ujarku kembali." ada org tu tanya mana awak. kenapa belum sampai lagi? dan tanya bapak awak garang tak? " kata eynie. aku mencetuskan ketawa mendengar cerita eynie dia yg duduk tidak jauh daripada aku merenung aku. akibat tidak selesa direnung aku mematikan hajat ku untuk terus ketawa dan mengambil keputusan untuk masuk ke dalam kedai kerana merasakan terlalu lama berborak di luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience