berpandangan

Romance Series 7375

"nah jgn lupa makan nanti" . kata kata nya seolah terngiang di telinga ku. cepat cepat aku pejamkan mata dengan harapan wajah mamat sengal itu dapat aku luputkan daripada ingatan. "ya takya boss minta aku cari pekerja utk dia lah" . wajah mamat tadi telah hilang daripada lakaran mindaku. terus aku membuka aplikasi whatsaap aku dan mencari group kelas tingkatan lima aku. "hoi kawan kawan ku yg sedang bercuti dan mungkin menambah lemak, ada tak yang ingin dapat income sendiri? meh aku nk ajak yg pompuan je lah kerja jadi cashier ala tak susah pun jom. sapa nak pm aku laju laju" .. dua tiga minit berlalu. sahabat karib ku sejak di tingkatan 4 lagi , eynie menghantar mesej kepada ku dan dia telah menyatakan persetujuan utk bekerja ti tempat ku.

"lahai.. sorang lagi. sapa nak? " gulp. semua ahli group hanya seen mesej aku. ''beep''. satu pesanan tingkas telah masuk.
"hye shu, azno ni. shu wawa nk bekerja dekat tempat yg kau uarkan tdi tu" ehh tak beri salam lah mamat sekor ni. azno yang aku kenali jejaka yg agak rendah berbanding aku namun memiliki senyuman yang menawan serta suara yg lunak. dia sering mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian dan tidak pernah mengecewakan. tapi yelahh walau hensem pun dia di mata perempuan lain tapi tak di mata aku nyeh nyeh. aku mula membuat idea nakal utk mengenakan dia. "ye encik azno. cik wawa awak nk kerje ke?" laju aku menaip pesanan ringkas kepada nya. wawa, bekas pelajar sekolah aku sebaya dengan aku merupakan cinta hati si azno.
"ye shu dia nk kerje jugak aku dah larang nak jugak kerje." "haha" jawabku tidak ikhlas. "esok dia boleh turun ke shu jam berapa balik kerja jam berapa? kata azno mulai risau. bertuah juga perempuan dapat laki macam kau ni azno dahla kacak ambil berat pulak tu. kata ku di dalam hati. "boleh la turun esok jam 9 pagi ye balik jam 10 malam "thanks shu. kau ni dh lah cantik pandai tinggi baik lagi tu" azno berseloroh dan aku tahu taktik ny dari zaman persekolahan lagi kalau hendak meminta sesuatu. memang kena cara dan gaya ny memujuk perempuan. nasiblah aku tak mudah nak cair kat dia ni. "yelah. tak yah nk puji bebakul sangat encik azno. nanti takut takut cik wawa awak tu mengamuk sana" wawa yang aku kenali semasa sempat belajar sama di tingkatan 1 kerana telah mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh merupakan seorang yang kuat cemburu. ada sahaja perempuan yg mendekati azno, pasti nahas.

"eh eynie wawa dh sampai. duduk dulu lah tunggu bos kejap ye" kata aku lalu menyalami tangan ibu wawa. yelah tanda homat kann kat org tua. kot2 dapat jadi menantu mak die ke kerana wawa mempunyai seorang abang yang berusia tua 2 tahun daripada aku. nyeh nyeh. aku berangan. seraya menyalami tangan ibu nya aku melangkah ke gerai aku dan mula membuka kedai seperti biasa bermula dengan menyusun segala peralatan dan berakhir dengan mengira wang modal sebelum menekan di skrin komputer. semua pekerjaan itu dilakukan dengan teliti agar tidak berlaku sebarang kesilapan.

aku melirik jam di pergelangan tangan. "ehh dah nak jam 10:30 ni . mana bos ni janji semalam suruh pekerja turun" aku memaki di dalam hati kerana takut dia hanya mempermainkan aku. "oh ni ke pekerja baru tu?" aku terdengar suara mamat yang aku kenali tapi tidak ku ketahui nama nya itu. dari gerak gerinya seolah dia merupakan seorang bos atau bawahan bos di kedai makan yang terkenal ini. yelah kalau orang bertandang di kawasan ini tipulah tak tahu kedai makan Teh Tarik. dia menyuruh wawa dan eynie memulakan pekerjaan mereka sama seperti aku cuma eynie ditugaskan di bahagian makanan india manakala wawa pula di bahagian air.

"sapa laki tu erk?'' berlagak bos pulak dia. kutuk ku. namun lantaran pagi telah berubah ke waktu tengahari rutin harian aku menjadi sibuk. pada andaian aku siapa pun dia bukan penting pun bagi aku. anggap ku mudah.

"aaaaaaa." aku menguap sehingga mata aku berair pinggang serta seluruh badan ku terasa sengal sengal. aku kepenatan kerana seharian melayan pelanggan yg tidak putus putus. maklumlah hari sabtu. hari untuk keluarga meluangkan masa bersama anak anak dan isteri ataupun suami.

"hey. adik. boleh la kemas kemas kedai" kata pak cik tukang masak yang dtg dari arah belakang aku . aku mengangguk seraya tersenyum. kelibat lelaki yg biasa memakai sweater dan cap itu aku perhatikan. dia sedang menulis sesuatu di atas buku di seberang bahagian air. sekejap sekejap aku perasan dua pasang mata nya merenung aku. namun aku sangat malu untuk membalas renungan nya. aku buat bodoh saja.

kebiasaan nya ayah aku akan menunggu aku di depan kedai tapi hari ini dia menunggu aku di dalam kereta sahaja. tanpa banyak soal aku menghayun langkah ke bahagian pintu utama belakang yang menuju ke kawasan basement park. kebiasaan ny waktu begini memang pekerja pekerja di dalam bangunan ini akan membuang sampah di belakang bangunan ini. seram jugak aku kalau sorang sorang jalan kat sini. fikiran ku mula melakar kejadian yang aneh aneh. bulu tangan aku meremang. "pipp" bunyi hon dari belakang mematikan fikiran negatif aku. segera aku pusingkan badan aku untuk melihat kelibat si pemandu itu. ''huhhh." aku melepaskan keluhan yg sangat lega. rupanya ayah aku yang menekan hon. segera aku menghenyakkan punggung di tempat duduk belakang kerana adik aku yang mengikut ayah akumengambil aku telah mendapat tempat duduk di sebelah pemandu. "kenapalah aku gelabah sangat tadi. bukan nya ada hantu pun" aku memarahi diri ku sendiri.
jalan keluar dari basement park menuju ke gate utama boleh tahan jauh jugak. dalam aku merenung ke luar tangkap, terpana seketika aku melihat mamat sengal yg selalu mengacau ku itu sedang menolak troli yg dipenuhi dengan sampah. kebetulan kereta ayah ku masih di kawasan parkir jadi pemanduan ny sangat perlahan. tidak semena aku terlihat nya dan dia juga melihat aku. seolah olah saling berbalas pandangan seketika. ingin aku larikan anak mata ini tetapi seolah terlekat untuk memerhatikan nya. dia tersenyum dan terus menolak troli yang berisi dua tong sampah penuh itu ke arah tapak pembuangan sampah. hati ku di rundum dengan pelbagai persoalan mengenai dirinya. tetapi apa yg pasti aku tidak ada hati kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience