siapa nama?

Romance Series 7375

lena ku pada malam itu sedikit terganggu apabila telefon bimbit aku mendendangkan lagu secret love song kegemaran ku. dalam keadaan separuh sedar, aku melihat nama pemanggil. eynie.kerana terpaksa aku menjawab panggilan nya "hello shu maaf ganggu kau malam malam gini. just nk gitau besok aku naik kereta sekali dgn kau ye. sbb mak aku ada hal sikit." "ok ok eynie. aku ngantuk ni. besok sambung lagi" terus aku meletakkan panggilan daripada nya. sungguh penat bekerja siang tadi masih terasa. ku renung sekilas jam di dinding baru pukul 1 pagi. masih awal lagi nak masuk waktu subuh. akhir betul si eynie ni tidur. tak penat ke dia? fikir ku. yelah. orang ada pakwe mesti lah nak on the phone dulu sebelum tidur. tanpa berlengah aku ingin memejamkan mata. namun perut ku tiba tiba minta di isi. seingat aku hanya makan nasi tengahari tadi itupun sedikit sahaja kerana pelanggan banyak memesan order. cuba ku tahan namun terasa semakin rancak berbunyi. mahu tidak mahu aku angkat dari pembaringan dan menuju ke dapur. kira kira aku hendak masak maggi lah pagi buta ni. fikir ku. adik aku yg belajar di tingkatan lima telah lama tidur. malas hendak mengejut dia aku turun seorang ke dapur. "heshh. kenapa muka mamat tu muncul pagi buta ni" aku merungut. mana tak nya. tengah aku nk masak maggi ni sorang sorang aku boleh pulak teringat dia. "malas lah nak layan. baik aku isi kau je perut" kataku sendirian.

ku toleh ke kiri dan kanan. dengan berhati hati aku membuka langkah besar menuju ke gerai. naya lah aku kali ini sebab aku lewat 15 minit. semalam lepas aku kenyangkan perut aku mata ni pulak degil nak tidur. jawabnya aku layan Lee Min Ho aku lah dalam drama bersiri The Heirs. sudahnya sehingga azan subuh berkumandang aku menahan mata demi melihat drama kesukaan ku itu. selepas subuh aku terasa sangat mengantuk dan akhirnya terlelap. beginilah akibatnya aku terpaksa jadi mcm pelarian daripada bos. ''nayaa aku". bisikku.

"fuhhhh. selamat aku sampai" dengan nafas yg tercungap cungap aku memberitahu eynie. eynie juga turut lewat kerana aku. eynie hanya terkekeh kekeh melihat wajah aku yang penuh cuak dan kepenatan kerana baru sahaja lepas marathon. "nanti solat zuhur sama ye shu. aku nk gi buat kerje" kata eynie. aku hanya mengangguk dan mula membuat rutin harian aku di pagi hari. mengemas dan membuka kedai seterusnya mengira wang modal. dalam aku duduk keseorangan hati aku terdetik "mana mamat tu ye. sekejap dia dtg awal sekejap dia takda sekejap ada" omel ku. aku yakin dia merupakan pekerja di sini juga namun kehadiran nya kadang ada kadang tiada.

aku melihat kanak kanak riang bermain permainan di sudut permainan kanak kanak seberang gerai aku. kadang kadang aku tertawa sendiri melihat keleteh mereka yang kelihatan bergembira. "untung nya jadi kanak kanak. tak yah fikir banyak mcm org dewasa" keluh ku. amin yg aku tidak sedar berapa lama sudah berada di sebelah aku turut memerhatikan gelagat mereka turut menyambung '' ye kan shu. bes nya jd budak budak .rasa nk putar kan balik masa" baru hendak membuka mulut aku menoleh amin dan dari ekor mata aku melihat kelibat mamat sengal tu yang baru datang ke tempat kerja. jam tgn aku salah ke apa dah pukul 11 dia baru nak dtg kerja. sapa dia ni? curigaku di dalam hati. amin yg perasan mula berdehem. "ehemm. jauh memandang" aku hanya mendiamkan diri lalu melabuhkan punggung di atas kerusi juru wang yg telah disediakan berhampiran dengan tempat aku berdiri. aku berpura pura melihat ke bahagian air namun tertangkap oleh pandangan nya . "adohh.. kantoi aku tengok dia" marahku. aku mengalih pandangan dan tidak mahu lagi memandang ke arah seberang dan selebihnya aku menyibukkan diri aku mengupas bawang daripada melihat mamat sengal " kalau dia perasan aku suka dia nanti tak ke naya aku" mohon dijauhkan .doa ku di dalam hati. amin pula mengambil tempat di sebelah aku dan kami sama sama mengupas bawang sambil berborak kosong.

lama jugak aku duduk depan ni kopek bawang. aku mengatur langkah ke dapur untuk mengambil segelas air kosong untuk membasahkan tetak yang kering. entah bagaimana semasa aku sedang minum dalam keadaan berdiri mata aku bertaut dengan matanya yg berada di bahagian air. entah berapa ramai staf yang bekerja di sana bagaimana harus wajahnya yang aku lihat. pandangan ny yg selalu tersalah ke arah ku. cepat cepat aku mengalih sepasang mata ku daripada merenungnya..

"siapa nama?" sergah nya.aku yg sedang menyapu dan mengemop kedai kerana telah tiba masa untuk berkemas agak terkejut apabila disergah begitu. aku angkat muka ku dan ku lihat dia tersenyum. baru aku perasan dia memiliki sepasang mata yang agak cepet dan memiliki senyuman yang manis. aku menyambung tugasan aku dan menghiraukan pertanyaan nya. dia yg masih tercegat di mesin juru wang merenung aku. sungguh aku merasa tidak selesa dengan renungan nya. maklumlah lekaki kan. aku beranikan diriku berdiri mendekatinya. "kenapa tanya?" jwbku. "tak boleh ke nak tahu nama" katanya lagi. "shu" jwbku sepatah.dia mengukir senyuman dan aku tahu wajah aku kala itu serius dan tiada sebaris senyuman pun. "oh. mesti tak nak tahu nama saya kan. tapi takpe. saya bagitahu jugak. nama saya mann." kata nya panjang seolah memberi penjelasan dengan ku. aku hanya mengangguk dan mula menyambung kerja aku untuk menyapu. " umur berapa?" sambung nya lagi. " ehh interview ke" omel aku. " 18" jwb ku ringkas. "hah? Allah." terus dia beredar dan ketawa setelah mendengar angka umur ku. " malas aku hiraukan .memang sengal lah mamat ni. dia fikir aku ni nk ajak dia bergurau ke" marah ku. kelihatan staf yg lain mula memandang aku dari seberang sana. dia pula duduk bersama staf staf perempuan dan seperti sedang menceritakan sesuatu. 'ahh malas lah aku nk layan mamat sengal tu lantak dia lahh" omel ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience