aku call dia

Romance Series 7375

malam itu lenaku diusik lantaran siang tadi. wawa yg telah memberi nombor telefon lelaki itu dan tidak semena aku menyimpan nombor telefon nya. apa sebenarnya niat aku ni? apa aku nk buat dengan number phone dia ni? omel ku. aku mula membuka kekunci telefon pintar milikku dan melihat nama kenalan yg aku simpan. tup. nama mann muncul apabila aku menggerakkan jemariku di atas skrin tersebut. direnungku seribu bahasa. entah bagaimana rasa membuak buak di dada ku ingin tahu keberadaan nya dan keadaan nya dan ingin menelefon nya. tapi betul ke apa yg aku nk buat ni? ehhh kenapa aku kisah hal dia haa? marahh ku. tidak semena aku mendail nombor telefon dia. tuttut. bunyi di hujung talian menandakan dia sedang berada di dalam talian namun panggilan aku tidak bersahut. panggilan dipadamkan . aku memejamkan mata untuk menidurkan diri dan merehatkan minda yg mula meracau. jam di telefon bimbit aku menunjukkan ke angka 11:35 malam. sudah lewat malam ini. aku harus tidur kerana besok aku akan bekerja lagi. gumamku sendirian. kerana hati ingin mencuba nasib aku mendail sekali lagi telefon bimbit nya namun tidak bersahut. telefon aku campakkan di sebelah dan memaksa mataku untuk lena. persetankan lelaki. marahku! banyak lagi kot perempuan kat luar sana yg dia kacau. aku mula merasakan aku sukakan dia!!

keesokan harinya, di kejauhan aku memandang dirinya yg seperti biasa duduk di seberang sana ditemani komputer riba dan buku tulis nya. kelihatan agak sibuk. maklumlah manager.! rumusku. sesekali dia mencuri pandang ke arah aku. dan sesekali juga kami bertatapan. matanya seolah redup memandang. namun tiada sebaris pun senyuman. dia melimpasi geraiku namun tidak menegur ku. dari riak wajahnya aku merasakan seperti dia sedang dihimpit kekecewaan. ketara sungguh riak air mukanya. aku juga merasakan kecewa kerana aku belum dapat untuk berhubung dengannya. ehh salah aku ke dia. tp dia dah beri number phone kat aku. aku yg tak hubungi dia tak msg cakap ni aku. marahku sendiri. "ell tlg tngok kan kaunter kejap ye saya nk ke tandas" kataku kepada ellysha rakan sekerja yg menggantikan tempat amin yg telah pun berhenti. dalam perjalanan aku ke tandas aku melihat dirinya yg sedang duduk di atas sebuah kotak sambil merenung lantai seolah ada sesuatu yg bermain di fikiran nya. di saat aku melintasi dia, wajahnya diangkat namun aku dapat mengagak ada garis kesedihan. tumpah kasih aku melihat wajahnya yg seolah sayu. ingin aku bertanya kenapa namun lidahku kelu. lantaran itu aku menghayun langkah ke tandas tanpa menoleh ke arahnya.

''el dpt tlg saya tak." pintaku kepada ellysha. apa shu.? jwb el. 'tak semalam sy ada call dia," sambil itu aku menunjukkan lelaki sengal itu melalui ekor mata ku. "hah. kenapa call dia?'' wajah el kelihatan terperanjat. yalah semenjak mamat tu dok usha usha aku smua kawan kawan aku dia bermanis muka dan kawan sekerja aku sering menyakat aku dengan nya. "saja try." jwbku ringkas namun cuba berselindung dibalik kegugupan yg bertandang di hati. "jadi apa awak sy buat utk tlg awak shu?" kata el ikhlas. "kalau sy call dia awak tengok macam mana reaksi wajah dia, boleh?" kataku kepada el. "ohh bolehh" kami meneruskan agenda mengenakan mamat sengal itu. aku melihat figura nya dari kejauhan. dia sedang menaip sesuatu pada komputer riba nya dan seperti sedang sibuk. ell yg memerhatikan dia sengaja berdiri di tempat kaunter juru wang manakala aku duduk bercangkung di lantai. aku tidak mahu dilihat oleh nya. nombor telefon nya aku dail. tuttut..tut..tut.. dan aku matikan. ell yg memerhati memberitahu aku bahawa dia memegang telefon bimbit itu di tgn nya namun tidak sempat berjawab aku terlebih dahulu mematikan panggilan. kali kedua aku menelefon nya, dan el sebagai suruhan aku telah memerhatikan gerak gerinya. akan tetapi kali ini, sempat dia menjawab panggilan ku dan kedengaran dia bersuara ''hello" .aku terus meletakkan panggilan. aku dan el sama sama tertawa melihat wajahnya yg pelik seraya merenung telefon bimbit nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience