bertukar number phone

Romance Series 7375

"shu, bg mann mintak number phone awak." kata wawa. aku yg sedang menunduk memandang lantai sambil duduk di kerusi juru wang mengangkat pandangan. anak mata wawa ku renung. sekaligus apa yg dikatakan oleh wawa semalam melalui whatsaap kembali bermain di minda. dengan lagak seolah tidak peduli aku merenung mamat sengal yg bernama mann itu dari jauh. kelihatan dia membalas renungan ku lalu sedikit demi sedikit mengalih bebola matanya daripada terus ditenung. heh, malu konon. gumam ku. dengan sopan aku memberitahu wawa aku tidak selesa mengongsi peribadi aku kepada org yg tidak ku kenali. wawa berlalu dan berbisik ke telinga abg mann. wajahnya seolah biasa tetapi riak mukanya seperti dibuat buat.

malas hendak melayan gejolak di hati, aku mendekati eynie yg sedang ralit bermain dengan telefon pintar nya. perasaan bersalah bersarang di hati namun aku malu untuk mudah memberi nombor telefon ku kerana takut sangkaan lelaki itu aku mudah didekati. aku menceritakan hal itu kepada eynie,rakan karibku. dia mengerti perasaan aku dan menepuk nepuk bahuku.

"shu, bg mann asyik paksa saya beri number phone awak. naik rimas saya. dia tak henti memujuk" bebel wawa saat kali kedua dia mendekati aku di gerai. aku melepaskan keluhan. ishh mamat sengal ni macam dh takde pompuan lain ker nk dikacau. "please shuu." pujuk wawa. "ok wawa. tapi beri number phone dia kat saya" kataku tatkala idea nakal menjelma diminda. lantas menghadiahkan senyuman sinis kepada lelaki itu yg berada jauh dari ku. "ok" jwb wawa sepatah lantas berlari anak kembali ke kaunter air yg menempatkan tempat kerja nya dan juga lelaki itu. malu untuk ku renung reaksi mamat sengal itu , aku berpura pura menyibukkan diri. hehh malu jugak aku. yelah tak pernah dibuat org rasanya pompuan suruh laki beri nombor phone. ahh peduli apa aku. kalau taknak sudahh. hilang sikit bahana yg mengganggu aku. omelan ku di dalam hati. kala itu, wawa tidak mendekati aku dan kelihatan juga lelaki yg bernama mann itu sedang menulis sesuatu di atas buku dan menaip di atas komputer riba. kedai aku yg agak lengang sedikit pada hari itu, dapatlah aku merehatkan diri yalah kebiasaan nya akan ramai pelanggan datang.

"shu, cuba tengok abg tu. yg pakai cap pakai sweater tu." kata ameer rakan sekerja aku yg bekerja di gerai sebelah ku. aku yg perasan siapa yg dimaksudkan itu lantas berpura pura tidak melihat ke arah yg dimaksudkan oleh ameer sebaliknya bertanyakan kembali kepada ameer. "kenapa? " soalku. "yeeerrr dia suka awak kan shu. dari gerai western sy tengok dia dok usha ushaa awak dari jauh je" sakat ameer. "heshh tak lah. sy tak rasa gitu pun . tengok tu dia banyak kerja lahh" nafi ku. namun aku berasa sangat berdebar. ye tak ye mamat ni dok perhatikan aku sampai semua org perasan tingkah laku dia. aku jadi malu kerana tidak selesa diperhatikan. ameer sudah mengekek ketawa kerana melihat wajahku merona merah lantas aku menjeling ameer dan memberi amaran kepadanya supaya tidak mengusik aku dengan lelaki itu.

"shu..ni number phone dia" aku yg memegang telefon bimbit ku pada kala itu melepaskan dari genggaman. aku buntu sama ada mahu menyimpan nombor telefon nya atau saja saja untuk memainkan perasaan nya. wawa yg sedang menekan sesuatu di telefon bimbit nya segera menyebut satu persatu nombor telefon lelaki itu. aku yg terlihat cebisan kertas di atas mesin juru wang lantas mengambil sebatang pen dan menulis nombor tersebut. dari ekor mata aku terlihat dirinya yg sedang memerhatikan aku. aku sejujurnya tidak tahu apa yg aku lakukan ini. cebisan kertas yg telah berisi nombor telefon itu aku renung dan menekan skrin telefon bimbit ku lalu menyimpan nombor telefon nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience