"obses"

Romance Series 7375

malam itu aku dan dirinya saling berbalas pesanan ringkas melalui aplikasi whatsaap. aku menyenangi sikap nya walaupun terkadang dia mengaku dia menyukai aku. namun untuk berkata soal hati dan perasaan aku masih belum bersedia. bagi ku biarlah tuhan yg akan hadirkan perasaan itu. leka berbalas pesanan aku tidak sedar jam telah lewat. kami bertukar tukar cerita dan dia juga turut melayani aku. akibat terlalu mengantuk, telefon bimbit dibiar terbuka sahaja dan aku terus tertidur. aku tidak tahan lagi melayan mamat ni.

keesokan nya....
mana awak ni? awak tak jawab msg saya? awak seen jer wasap sy? macam ni lah perempuan zaman sekarang sekadar nk mainkan hti lelaki. pelbagai kata kata dan umpama karangan diolah si dia disaat aku membuka pesanan pada pagi itu. malas hendak melayan aku cuma menyatakan maaf kerana semalam aku tertidur akibat kepenatan bekerja. lantas tuala yg tersidai aku capai dan berlalu ke bilik mandi.

setiba di gerai tempat kerja aku, kelihatan lelaki itu belum hadir lagi. aku merenung telefon bimbit aku yg menyimpan pesanan yg umpama olahan karangan panjang nya semalam kerana dia berfikir aku sengaja tidak membalas pesanan nya. "dulu sy ada makwe. tp dia curangi sy. dia cuma nk kan duit sy. bukan sy. dan tuhan nak tunjuk sapa dia, dia terkantoi tidur sama lelaki kt sebuah hotel. dan semenjak hari tu sy tak percayakan mana mana perempuan lagi". kata nya melalui pesanan ringkas whatsaap bercerita perihal dirinya semalam.

hmmm. nasib aku dengan dia ni lbh kurg sama.ada pakwe tp ada pasang kat ppuan lain. tapi naya lagi lah dia, ada gf tp curang, tidur dgn jantan lain pulak tu. ksian jugak kt laki ni. kataku sendirian.

"shu..nah.. bg man kasi ni kt awak" kata wawa menyergah aku tiba tiba.

kelihatan dua helai kertas yg digulung gulung kemudian kertas tersebut bertukar tangan. aku membuka helaian kertas itu dan terkejut nya aku melihat wajah lelaki itu yg di print ny mukanya.sudahlah terpampang besar sekali wajahnya. hehehehehh. rasa hendak meletus ketawa aku .namun ditahan kerana dia ada di seberang sana. aku cuma tersenyum simpul tatkala melihat helaian kertas yg satu lagi yg tertulis bait bait lirik lagu akim-obses. tidak lama selepas aku membaca bait lirik itu, kedengaran telefon bimbit aku berbunyi menandakan pesanan wasap telah masuk. mamat sengal itu telah menghantar lagu tersebut. aku mendengar seiring menghayati. dan dia berkata "itu adalah luahan hati saya". malu aku di buatnya. jiwang betul lah hesh. wajah ku merona merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience