selamat pagi syg

Romance Series 7375

beep! satu pesanan ringkas masuk. sapa pulak yg mesej aku awal pagi ni. jam baru pukul 9:45 pagi. eh awal ker? aku tertanya sendirian. yelah bagi aku ni masih pagi buta lagi. seraya itu aku menyeluk ke kocek seluarku untuk mengeluarkan telefon bimbit ku. "selamat pagi sayang'' . si pengirim yg tidak ku kenali nombor telefon nya. ehh sapa pulak yg bersyg pagi buta ni. aku terdiam sejenak. dikala itu aku eynie wawa dan el merayau di sekitar kawasan beli belah tersebut sekadar untuk menghilangkan bosan. yelah pandai awal pulak aku turun keje hari ni. omelku. aku teringat kejadian semalam. terus aku membuka mesej nya yg semalam dan melihat nombor telefon nya serupa dengan nombor pengirim yg "bersayang" dengan ku melalui whatsaap itu. ohh dia rupanyaa. aku sekadar membalas selamat pagi. kelihatan dia sedang menaip...

"syg dh minum pagi?" jawab nya prihatin. tekak ku seolah mual membaca pesanan nya. seolah kata sayang itu membuat aku loya. lelaki semudah itu mengungkap sayang. namun tidak memaknakan nya.

pesanan ny tidak aku balas. lantas aku menghabiskan masa yg bersisa sebelum memulakan pekerjaan dengan berjalan merayau di sekitar kawasan besar itu. ralit aku berjalan, satu pesanan telah masuk lagi. beep! whatsaap kedengaran. "saya tahu awak suka saya" ehhh meremang bulu romaku membaca baris kata kata nya. aneh nya laki ni. baru semalam kot aku msg kat dia dah cakap aku taruh hati kat dia. hmmm mmglah aku ada rasa suka kat dia .tapi takkan secepat itu? kataku sendirian.aku tidak mahu kalah dengan perasaan. pesanannya tidak berhajat untukku balas.

jam sudah menunjukkan ke angka 10 pagi dan rutin harian ku sebagai juruwang telah bermula. dimulakan dengan mengira jumlah wang modal dan seterusnya membuka kedai. setelah selesai kesemuanya aku duduk di kerusi malas dan melihat org lalu lalang. hari tidaklah sesibuk mana berbanding pada hujung minggu pastinya pelanggan berpusu pusu membuat pesanan makanan. aku perhatikan di seberang bahagian air. terlihat kelibat lelaki yg ku kenali dengan panggilan mamat sengal. dia seperti sedang berkata kata sesuatu dengan staf di bahagian air sana. aku memerhatikan dirinya. lama aku perhatikan sehingga bait bait pesanan kami semalam menerjah di gegendang telinga aku. kasihan dia. duda. mati bini. anak 3. agak nya berapa lama dh ye. eh ye dah lama jugak dia cakap semalam. kataku sendirian. dalam aku leka merenung nya tiba tiba aku terlihat dia ketawa bersama staf di bahagian seberang. hatiku seolah cair melihat cara nya ketawa. dengan sepasang mata yg agak sepet dan senyuman yg manis dapat mencairkan hati mana mana wanita. namun tidaklah sekacak mana. akan tetapi boleh menjadi santapan mata. heheheheh.

dia tidak lagi menghantar pesanan whatsaap kepada ku tetapi berada di dalam talian. hatiku diserbu persoalan. siapakah yg di hbungi nya. mungkinkah dia ada insan lain.? aku berteka teki sendirian.
perihal aku dan si dia berbalas msg telah aku ceritakan kepada eynie. teman karibku. eynie kelihatan teruja dengan cerita ku dan mengekek sendirian seolah apa yg aku ceritakan itu lucu shaja. ",jgn shu.nanti tersangkut. awal awal dulu tak suka. ye lettew." kata eynie mengusikku. aku menceritakan soal dirinya yg merupakan duda anak 3 serta mati bini. eynie kelihatan mati kata. jujur dari hati aku, kasihan melihat lelaki itu. seolah olah kasih ku tercurah tanpa ku sedar.

"awak kat mana" . pesanan daripada mamat sengal itu ku buka dan baca. "kat dalam ni" aku menjawab ringkas. "tak nampak pon" katanya lagi. "ada sini. duduk kat bawah kat lantai ni" pesanan ku tidak berbalas dan aku meneruskan hajat ku untuk melayan mata sekejap. bahagian wang aku pinta rakan sekerja aku su untuk menjaga sementara aku tidur.

baru hendak melepaskan hajat ke tandas langkah aku terhenti. tatakala melihat dirinya duduk di atas sebuah kotak penyimpanan ais di hujung sana. serentak itu mata nya dan mata aku bertatapan sekejap. redup mata nya seolah membuat aku bertanya mengapa dirinya?. namun aku matikan hajat ku dan berjalan mendekatinya. sedang aku melangkah mendekati nya dia tersenyum mesra melihat ku. aku menjadi janggal kerana aku tidaklah dalam lagi mengenali keperibadian nya. biarlah masa yg menetukan segalanya. kataku di dalam hati. lantas langkah ku hayun menuju ke tempat melepaskan hajat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience