hari pertama

Romance Series 7375

''why cant you hold me in the street why can't you kiss me on the dance floor i wish that it could be like that why can't we be like that cause im yourss im yours..."
_ deringan telefon asus milikku berbunyi. berkali kali. aku menekup kedua belah telingaku dengan bantal. "beep" satu pesanan ringkas melalui aplikasi whatsaap kedengaran. dengan malas nya aku membuka dan membaca. "minah kau belum bangun ker? pukul 11 pagi kau dtg sini aku tunggu" . aku melirik jam di dinding. 9:45 pagi. masih awal lagi. baru hendak meneruskan hajat utk lena lagi kedengaran suara emak sudah melangit menerjah gegendang telinga aku.

•" noor suhadah binti kusairi!. angkat lagi matahri dah naik. anak dara apa macam ni dh tengahari tak bangun masih berbungkus dalam selimut lagi" .ku kira kira mungkin satu nafas saja dihela emak aku menyeru namaku sambil berleter. dengan malasnya aku angkat dan duduk di birai katil. aku mengemas katil dan melipat selimut ku takut takut suara itu melangit lagi. matilah aku.! sejurus kemudian, aku menapak ke kamar mandi. emak yang sedang menyiang ikan didapur hanya di limpas aku tanpa sebarang ucapan. sungguh mengantuk nya. dalam hati ku sudah berkira kira bagaimana kalau hari hari yang seterusnya kalau aku bekerja?? mak ai!! terpaksa lahh aku bangun awal kalau mcm ni hari2 matilah aku. aku mengomel sendirian. barangkali ibu terdengar omelanku dia berdehem. "oo cik dara, mandi lekas kang kawan dh ternanti kat tempat kerja. berilah prestasi yang baik sikit baru lama bekerja baru bos suka" . aku menarik muka masam di dalam kamar mandi dan terus menyiram air di badan dengan sedikit sedikit. "uhhh.. sejuknyaa" kata aku bersendirian.
_ _
setibanya aku di kawasan pasar beli belah giant tersebut, aku menghubungi hazirah. namun peti panggilan suara yg kedengaran. lantas aku menaip whatsaap kepadanya. dalam 2-3 minit dia muncul dari belakang dan menyergah aku. "oo nenek masok lubang" aku melatah dan dia terkekeh kekeh ketawa kerana telah berjaya mengerjakan aku. sejurus selepas itu dia menarik tangan ku dan mengajak aku masuk ke tempat kerja itu. pada masa itu kebetulan bos besar sedang bercuti.
"shu, pasal uniform kau manager dia tak de kat sini. jd buat sementara waktu esok kau pakai dulu baju tshirt ke apa yg ada. asal jgn berbogel" dia mengenakan aku. aku mengangguk. aku sedikit gelabah kerana kali pertama aku masuk ke bahagian dapur itu staf staf menjeling memandang aku seolah aku mengenali mereka. tidak aku hiraukan dan itulah hari pertama ku memulakan pekerjaan ku sebagai juru wang di kedai makan tersebut. hazirah bersungguh sungguh mengajar aku mengendalikan mesin kira kira agar tidak ada kesilapan. aku lebih banyak diam kerana segan . yalah, pekerja baru katakann.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience