Bab 13 - Epilog

Crime Completed 27674

Sudah 1 tahun sejak peristiwa Airis di culik. Kini mereka berdua sudah hidup bahagia. Daniel Azmi sudah di sahkan meninggal setahun lalu. Airis dan Aiman mendapat sepasang cahaya mata pertama mereka. Kembar. Nama mereka Tengku Ainul Mardhiah dan Tengku Ainur Mardhiah. Sepasang kembar perempuan yang sungguh comel. Syazwana di khabarkan meninggal dunia kerana membunuh diri. Orang kata dia jadi seperti itu selepas mendengar khabar Daniel Azmi menghembuskan nafas terakhir. Ada sesetengah kata dia menghadapi penyakit gila. Mungkin?

Kaki Airis melangkah laju naik ke bilik anak-anaknya apabila terdengar suara tangisan salah seorang daripada si kembar. "Ya Ainur , Ibu kat sini" badan anaknya di gendong sambil tangan menepuk-nepuk badan si kecil. Ainur diam. Kemudian di letak kembali si kecil di sebelah kakaknya.

Ting Tong!

Loceng di tekan seseorang. Airis tersentak. Langkah kaki di atur menuju ke muka pintu. Pintu di kuak. Sejambak bunga dan Kotak sedarhana besar yang di letakkan di atas lantai pintu menarik perhatian Airis. Airis menganggkat barang-barang tersebut dan membawanya masuk ke dalam rumah. "Siapa hantar ni?" Soal Airis sendirian. Di jambakkan bunga itu terdapat sebuah kad kecil yang di tulis dengan tulisan tangan.

Engku Aris, I Love You

UNKNOWN

Tangan Airis mengeletar. Ini bukan tulisan suaminya. Dia pasti sangat. Jikalau tulisan suaminya pasti bulat-bulat. Ini tulisan berangkai. Kad itu di letak semula. Kali ini kotak di buka. Sebuah Teddy bear sedarhana besar yang di masukkan ke dalam kotak tersebut. 'Ya Allah , Angkara siapa ni?' Soal Hati Airis tidak keruan. Mata beruang itu di tenung tajam. Ya! Ada Kamera di dalamnya. Airis pergi ke dapur. Dengan perasaan marah yang membuak-buak entah siapa-siapa yang hantar barangan itu. Pisau di ambil dan dia ke ruang tamu semula. Wajah Teddy bear itu di koyak. "Allah! Siapa letak ni!" Teriak Airis. Kamera itu di perhati sebelum di pecahkan. Perasaan takut menyelubungi diri.

Aiman yang sedang memandu pulang itu tersentak menerima panggilan daripada isterinya. "Assalamualaikum sayang." Sapa Aiman. "Waalaikumusalam. Habib balik cepat Airis takut" Kata Airis di hujung talian. "Ya allah kenapa sayang?" Soal Aiman. "Airis dapat benda pelik" kata Airis. "Baik Habib balik sekarang" Kata Aiman. Kemudian pemanduan di lajukan.

BAM!

Pintu rumah di kuak kasar oleh Aiman. "Sayang!" Panggilan isterinya di laung. "Habib" Airis mendapatkan suaminya. "Habib tak de hantar bunga dengan bear kat sayangkan?" Soal Airis tiba-tiba. Kurang juga cemas Aiman apabila mendapati isterinya itu tidak apa-apa. " Tak de. Kenapa?" Soal Aiman. Airis menarik tangan Aiman ke ruang tamu. "Sayang dapat benda-benda tu" Airis menunjukkan ke arah bunga dan patung beruang yang telah di koyakkan dan di potong menggunakkan pisau. "Dalam bear tu ada kamera." Kata Airis. Mata Aiman tertacap ke arah Kamera yang sudah pecah di lantai. Siapa punya angkara ini? Soal hati Aiman. Flat yang bertentangan seorang lelaki berkacuk cina melayu sedang melihat mereka sambil tersenyum sins. "Kau akan jadi milik aku satu hari nanti Airis" Gumam lelaki itu sambil tersenyum sins.

*-THE END-*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience