Bab 6

Crime Completed 27674

"Airis bangun Airis" badan Airis seperti di goncang. "Apa?" Soal Airis dengan mata yang masih tertutup. "Jom teman saya pergi tandas" Kata Aiman. "Ish , pergilah sorang. Bukannya ada apa pun" Kata Airis. "Jomlah , saya takutlah. Gelap" Kata Aiman lagi. 'Aduh , aku dahlah mengantuk. Man, man aku nak tidurlah. Touch light atas meja tukan ada. Hish , susah betullah' Rungut Airis dalam hati. "Touch light atas meja tu adakan" kata Airis. Geram. "Tapi kat luar sana gelaplah. Jomlah teman." kata Aiman. 'Cepatlah Airis , aku dah sikit perut ni. Aku terberak atas katil kau bersihkan nanti!' Omel Aiman dalam hati. "Ish! Yelah" Kata Airis. Dia mencapai touch light di atas meja solek.

Mereka berdua pergi ke tandas. "Tunggu sini kejap tau." kata Aiman. "Awak berak jangan lama sangat. Nanti lama-lama saya tinggalkan awak dalam tandas. Tidurlah awak dalam tu" Bebel Airis panjang lebar. Ikutkan hati mahu sahaja di tinggalkan Aiman terkontang-kanting sendirian dan melayan kantuknya. Tapi di sebabkan kesian akhirnya di turutkan juga. 'Mak nenek ni , sempat pulak kau bebel kat aku' kata Aiman dalam hatinya.

5 minit....

10 minit....

15 minit....

Aiman tidak lagi keluar-keluar. Airis mengesat matanya yang sudah berair kerana mengantuk. Pintu tandas di ketuk. "Aiman! Cepatlah! Airis mengantuk ni!" Kata Airis. "Japlah" balas Aiman. Beberapa minit kemudian Aiman melangkah keluar. "Dah jom. tadi mengantuk sangat" Sindir Aiman. "Diamlah" balas Airis. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja berbaring Aiman mula melelapkan mata. Beberapa ketika kemudian kedengaran dengkuran halus daripada Aiman. Airis pula masih terkebil-kebil di dalam gelap. Dia tak pasti mengapa tiba-tiba dia tak dapat lelap. Tadi bukan main mengantuknya. 'Haih , mata time macam ni baru nak buat hal.' bebel Airis dalam hati. Sedang dia melayan perasaan tiba-tiba...

BAM!

Kilat dan guruh sambung menyambung , air hujan membasahi bumi. Airis yang terkejut terus terduduk. Sekali lagi bunyi guruh di sertakan kilat. Terus sahaja Airis berdiri di atas katil menyebabkan Aiman terjaga. 'Apahal lagi minah ni?' soal Aiman dalam hati. Matanya di usap dan dia memandang ke arah mahluk yang sedang berdiri di atas katil itu. "Airis kenapa berdiri tu?" Soal Aiman. "Guruh" Kata Airis sejurus itu dia terduduk dan menangis. "Lah , guruh je pun takkan nak nangis?" Soal Aiman , memang dia tahu Airis takut guruh tetapi tidak pernah di bayangkan sehingga Airis menangis. "S..a..ya , saya takut" kata Airis memeluk Aiman. "Shu.. Shu.." Aiman mengusap kepala Airis.

Airis terjaga daripada tidurnya. Hujan masih lagi belum berhenti. Airis turun ke dapur untuk ke tandas bagi menunaikan solat subuh. Kelibat Tengku Hajah Zaiton menyapa pandangan Airis. "Assalamualikum opah" Sapa Airis. Wajah tua itu hanya tersenyum. "Kalau Airis nak pergi tandas Airis guna payung tepi pintu tu" kata Tengku Hajah Zaiton. Airis hanya mengangguk sebelum menapak ke arah payung itu.

Selepas menunaikan solat subuh Airis membantu Tengku Hajah Zaiton menyediakan sarapan. "Airis , pergi kejut Aiman" Arah Tengku Hajah Zaiton. Airis hanya menurut. Sebaik sahaja Airis mengejutkan Aiman segera mereka ke meja makan. "Malam tadikan opah , Aiman ajak Airis pergi tandas. Katanya kat luar gelap sangat" Ujar Airis semasa mereka sedang menjamah sarapan pagi. Tengku Hajah Zaiton tertawa kecil. "Aiman memang penakut" ulas Tengku Hajah Zaiton. "Eleh , Airis niha lagilah opah! Dia menangis sebab guruh je" Kata Aiman tak mahu mengalah. "Ish! Mana adalah! Terkejut je" balas Airis. "Sudah-sudah cepat habiskan makan. Lepas tu bolehlah jalan-jalan tengok kampung ni. Ha , Man, Airis . Sekejap lagi Opah nak keluar pergi kenduri Mak Leha Kau. Kalau keluar nanti pintu jangan lupa kunci." Pesan Tengku Hajah Zaiton. Mereka berdua hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience