Bab 2

Crime Completed 27674

Airis mengerling jam di tangannya. "Ish lambat betullah Aiman ni" Bebel Airis , air yang di pegang di sedut sdikit. "Sorry late" tegur seseorang. "Ish! lambat betullah kau ni aiman" bebel Airis. Aiman hanya tersengih. "Jomlah masuk, dah nak start sudah cerita munafik tu" kata Airis. Mereka melangkah masuk bersama-sama ke dalam panggung. Lebih kurang 2 jam mereka bedua melangkah keluar. Mata milik Airis bengkak dan Aiman pula sudah pucat lesi. "Series menakutkan!" Kata Aiman. Yalah , sampai menangis-nangis Airis di sebabkan cerita yang menyeramkan itu. "Jomlah balik" pelawa Airis. badannya sudah tidak berdaya dek menangis sahaja.

Setiba sahaja di rumah Airis naik ke biliknya. Kemudian dia menukar pakaian dan turun ke ruang tamu. Jam di pandang sekilas. Sudah jam 11:30 malam tetapi mengapa perutnya terasa lapar? Dia membuka tudung saji. Di dalam tudung saji ada gulai labu , ikan masin , sambal ikan keli dan sambal tempoyak. Amboi-amboi sedapnya! Pinggan di ambil dan nasi di senduk ke dalam pinggan. "Airis kenapa makan malam-malam dalam gelap ni?" Soal seseorang. Ish! Potong stimlah! "Hehe , Hai Mama. Takut kejutkan Mama dengan papa je. Bukan apa Airis pun lapar sangat ni" kata Airis kemudian meneruskan suapan.

Selepas selesai makan Airis segera bergegas naik ke biliknya. Mamanya tadi sudah masuk ke bilik semula. Dia membuka komputer riba miliknya. Dia melayari internet. Sekejap-sekejap main fac, kemudian main twitter macam-macamlah yang dia layari. Ada juga blog-blog artis dalam dan luar negara. Tiba-tiba telefone bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Terperanjat jugalah dia apabila berbunyi. "Siapa pula yang Mesej aku malam-malam ni?" Soal Airis.

T.Aiman: Airis , aku tak boleh tidurlah

E.Airis: Yaka? Aku pun sama. Aku main lappy je. Boring duh! kalau dulu mesti ada Assigment yang kena buat . Boleh OT.

T. Aiman: Jom , OTP (On The Phone) ?

E.Airis: Malaslah Man , aku lagi suka layari internet.

T. Aiman: Erm.. okaylah. Petang tadi sebelum keluar ibu ada cakap pasal jodoh.

E. Airis: So?

T.Aiman: Dia kata nak jodohkan kau dengan aku.

E.Airis: Alah , benda tu ka? Mak aku pun ada cakap jugak. tapi buat derk je. Biarlah dia pilih sendiri. Aku nak pilih? sampai ke sudah tak jumpa

T.Aiman: Andai katalah kalau kita di jodohkan. Kau rasa kau nak kawan aku lagi?

E.Airis: time tukan kau jadi suami aku. Aku kenalah jalankan tanggungjawab sebagai isteri.

T. Aiman: Okay. Aku nak tidur. Assalamualaikum

E. Airis: Waalaikumusalam

Airis membaringkan tubuhnya. Komputer ribanya di letakkan ke tepi. "Kalau aku kahwin dengan dia? Tak rosak ke semua ni?" Soal Airis sendirian kemudian dia terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience