Bab 8

Crime Completed 27674

Airis tergelak kecil melihat adik saudara Aiman. Namanya Tengku El Dian Cameron , umurnya 5 tahun. Anak kepada pasangan Tengku Fatimah dan Tengku Othman. Comel dan molek sahaja orangnya. Petah berkata-kata. "Opah, Opah. Muka Kak Airis cantiklah. Putih" Kata El. Airis tersenyum sumbing. "Hai El" Sapa Aiman. "Eh , Abang Man!! Jom main kejar-kejar. El suka Main kat rumah Opah sebab luas!!" Kata El. "El , jangan lari. Nanti jatuh" tegur Tengku Fatimah lembut. "Alah Ummi. El hati-hatilah" Kata El mendebik dada. Kemudian El berlari. Pada mulanya Aiman tidak mengejar. Tapi Akhirnya di kejar juga gadis comel itu. Terkedek-kedek gadis itu berlari.

BUK!

El tersungkur. "Ha! Tadi Ummi dah pesan tak mau dengar. Bangun!" Kata Tengku Othman. Gadis kecil itu bangun sendiri. Bajunya di tepuk-tepuk untuk menghilangkan debu. Kemudian dia menyambung semula aktivitinya yang tergendala akibat kemalangan kecil tadi. "Hiah! El! Walid dengan Ummi cakap bukannya El nak dengar." Kata Ayahnya. El tersenyum meleret. Tiba-tiba dia berhenti. Di pandang langit. Sudah berwarna ke kuning-kuningan. "Walid , jom masuk dah nak mahgrib. jom bang man. Jom kak Airis. Jom Ummi , Jom Opah" Kata El. Mereka semua megangguk.

Alunan ayat suci Al-quran oleh suara seorang kanak-kanak perempuan memecahkan kesunyian malam itu. El dengan hanya memakai telekung kecil dia membaca Ayat-ayat al-quran. Walaupun baru berumru 5 tahun. El sudah pandai dan mengenal huruf-huruf arab tersebut. Terbit rasa kagum dengan gadis kecil itu di hati Airis. "Sedapkan suara dia?" Soal Aiman. "Sedap" Balas Airis. "Dia tu pernah masuk tadarus. Umminya pula berkacukan arab. Agaknya dah sebati dalam diri budak kecil tu kot" Kata Aiman. Airis hanya mengangguk. Tidak di nafikan wajah El lebih kepada wajah gadis kecil arab.

"Othman , kamu balik bila?" Soal Tengku Hajah Zaiton ketika sedang menonton Tv. "Insya Allah Lusa mak" Balas Tengku Othman. "Tapi , Aiman ni bila nak balik? Takkan honeymoon kat kampung kot" tegur Tengku Fatimah. "Eh, mana ada honeymoonlah Mak ngah. Kitorang balik esok. Banyak kerja" Kata Aiman. Airis hanya mengangguk sahaja. "Ni Airis , kenapa badan calar?" Soal Tengku Fatimah. "Jatuh motor Mak nagh." Balas Airis. Matanya meleret memandang Aiman yang buat tak tahu. "Ni mesti Aiman punya pasaikan? Hang Ni Aiman. Bini tu dah elok cantik putih melepak. Hang pi calarkan pasai pa?" Soal Tengku Fatimah. "Alah , mana Man perasanan Mak ngah. Yang mak ngah nak marah Aiman je. Ish , sama je dengan Opah" Balas Aiman menarik muncung. "Hahahaha, abang man merajuk. Eee.. hodoh macam itik pulang petang." Tawa El. "Hahaha , itik pulang petang" Airis memandang suaminya. Tawanya turut meletus.

"Awak merajuk ke? Alahai , El buat sikit je pun. Macam pondan nak merajuk" Kata Airis apabila Aiman tidak bercakap dengannya. "Diamlah" Balas Aiman sepatah. "Eleh , macam perempuan. Menyentap je. Pregnant ke? Datang bulan?" Soal Airis berjenaka. Aiman diam. Geram hatinya apabila di perlekehkan sebegitu rupa. Ada ke patut isterinya kata dia datang bulan atau pregnant. Tak ke gila namanya tu?? Dalam hati menyumpah seranah El kerana di sebabkan budak kecil yang annoying tu dia di perlekehkan. "Alah awak , stop-stoplah merajuk" Kata Airis. Penat? Mungkin. "Diamlah, orang nak tidur" Kata Aiman.

Airis berbaring di sebelah Aiman. Senyap je suaminya ni. Nak di kejut takut suaminya memaki dia pula.Airis buntu. 'Macam mana aku nak pujuk dia ni? Aduh! Tulah Airis , kau pun tau Aiman memang kuat sentap. Ni kau pergi pelekehkan dia! Aish! Berdosa kau Airis.' ungkap Airis dalam hatinya. Otaknya juga ligat bekerja. Antara mahu kejut ataupun tidak. Berbagai-bagai kemungkinan di lemparkan ke dalam kotak pemikirannya. Akan di makikah nanti? Di pukul? Oh! Sungguh dia tahu Aiman tidak sedayus itu. Sekurang-kurangnya pasti dia merungut sahaja , bukan? Lantas di gagahkan juga tangannya. Perlahan-lahan tangannya memeluk erat belakang suaminya. 'Harap tak bangun' Desis hatinya. Bukan tadi di harapkannya bangun? Dia berasa matanya mulai berat , perlahan-lahan matanya tertutup

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience