Bab 4

Crime Completed 27674

Airis memandang gaun yang tergantung di dalam biliknya. Esok , hari yang akan menukar statusnya. Daripada solo kepada isteri orang , daripada rakan kepada permaisuri hidup seseorang. Inai di tangannya yang sedang di ukir oleh gadis muda bernama Shazrina itu di pandang. 'Cantik!' ujar hatinya. Airis menoleh ke arah telefone bimbitnya yang berdering minta di angkat. "Shazrina , tolong akak angkat fone akak." Arah Airis. Shazrina memandang ke arah skrin iphone6 milik Airis. "Kak , ni bakal hubby akaklah." Kata Shazrina. "Angkat lepas tu cakap , Akak suruh datang sini. Nak siapkan tangan dia juga tu." kata Airis. Shazrina mengangguk.

Aiman hanya bersandar di sebelah katil milik Airis , mana tidaknya. Dia sudah siap memakai inai. Dia bukannya macam perempuan yang perlu 10 jari untuk di inaikan. Cukup 3 sahaja. Tak perlulah melebih sangat. "Airis , nanti nak honeymoon kat mana?" Soal Aiman tiba-tiba. "Entahlah. New Zealand nak?" Soal Airis kembali. "Okay juga" kata Aiman. "Tapi kerja kat office berlambaklah" Kata Aiman. "Kerja tu boleh tunggu" balas Airis. Keadaan rumah Airis hingar bingar dengan suara kanak-kanak. Tidak kurang hebatnya juga keriuhan daripada rumah Aiman.

Seawal jam 8 pagi Airis sudah turun bersarapan dan mandi. Dia harus cepat nanti tak cukup masa. Entah-entah make up pun tak sempat. Dia tergelak kecil melihat anak-anak saudaranya yang bergelimpangan tidur di serata tempat. Atas toto , atas sofa , celah kerusi. Entah apa yang di buat malam tadi. Teruk sangat jadinya. "Morning Aunties , Uncles and mama , papa" Sapa Airis."Morning" Balas semua yang ada di meja makan. Airis duduk di sebelah mamanya. "Airis hari ni dah ready?" Soal Puan Engku Mariam. " Sudah mama. Don't worried Insya allah segalanya di permudahkan" Kata Airis.

Sesudah makan Airis naik ke biliknya untuk bersiap. Mencuci muka , berus gigi , mandi dan sebagainya. "Airis , dah siap belum? Nak make up ni. Nanti lambat nak sampai masjid" Laung Puan Engku Mariam. "Dah!" Jerit Airis dari dalam bilik air. Kemudian dia menapak keluar dengan sudah memakai T shirt polo dan track suit. Airis kemudian duduk di sebuah kerusi di hadapan meja solek. "Shazrina , Akak tak nak tebal tau. Nak nipis je. Nampak Neutral." Kata Airis. Shazrina hanya mengangguk sebelum tangannya ligat melakukan tugas.

Selesai make up , Airis masuk semula ke dalam bilik air untuk menyalin pakaian. Baju peplum berwarna biru lembut di kontrakan dengan shawl satin berwarna pink lembut. Memang menyerlahkan kulit Airis yang sememangnya sudah putih itu. Sepatu Sandal Wedges berwarna biru lembut di sarung ke kaki. "Airis dah siap?" Soal Puan Engku Mariam selepas pintu di ketuk. "Dah" Balas Airis. Pintu di kuak. "Ya Allah , cantiknya anak aku" Kata Puan Engku Mariam."Ish, dah lah mama. Jom , semua dah tunggu kat bawah tu. Nak gerak" Kata Airis. Dia menapak masuk ke dalam kereta Audi miliknya yang di pandu oleh Shazrina.

Setibanya di masjid mereka semua masuk ke dalam. Airis duduk di atas sebuah kusyen berwarna putih yang di sediakan. Kemudian khutubah nikah di bacakan oleh imam. Selepas selesai membaca , mereka memulakan sesi akad nikah yang di akadkan oleh Ayah Airis.

"Tengku Aiman Faris Bin Tengku Abdullah"

"Ye saya"

" Aku nikahkan Di kau dengan Anakndaku Engku Airis Farisha Binti Engku Hafiz dengan mas Kahwin sebanyak 20 , 000 ringgit tunai"

"Aku terima Nikahnya Engku Airis Farisha Binti Engku Hafiz Dengan mas kahwin sebanyak 20,000 ringgit tunai"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Dengan sekali lafaz Engku Airis Farisha Binti Engku Hafiz menjadi hak kepunyaan Tengku Aiman Faris Bin Tengku Abdullah. Air mata Airis jatuh setitik demi setitik. Entah mengapa dia begitu. Perasaannya bercampur baur sedih , gembir , teruja dan sebagainya. "Tahniah Airis" Kata Puan Engku Mariam dan Puan Tengku Halimah ibu mertuanya. Airis hanya mengucapkan terima kasih.

-------------------------------------------------------------------------------

*- Ni untuk korang double update. Sorry kalau tak best author sakit kepala sangat ni. tapi author gagahkan jugak otak untuk memerah idea. Ni dah tahap macam kepala kena tarik. Author nak rehat**. Sakit kepala author ni kejap hilang ke jap datang balik. kalau datang balik tu memang sakit betul rasa macam urat kat mata tu kena tarik sampai otak aduhh.. Sakit lah. Korang ada petua nak kurangkan tak? Author dah letak minyak but still sakit.*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience