Bab 1

Crime Completed 27674

Baru beberapa hari Airis dan Aiman mula berkerja. Sibuknya macam perdana menteri. Tegur sapa pun tidak. Macam mana nak tegur sapa , setiap kali Airis pulang Aiman masih di pejabat. Airis akan berada di pejabat sehingga 6:00 petang. Manakala Aiman pula jam 10 ataupun 12 baru pulang. Terbit rasa rindu yang mencengkam di hati Airis. Tapi dia hanya buat tak tahu sahaja dengan perasaan tersebut. "Airis , Aiman datang ni" Laung Puan Engku Mariam. "Aiman datang?" Bisik Airis sendirian. Dengan malas dia mula membuka langkah turun ke ruang tamu.

"Hai Airis" Sapa Aiman. "Emm... hai" Balas Airis acuh tak acuh. "Kau sihat?" Soal Aiman. "Sihat" balas Airis sepatah. "Kau terlalu sibuk ke sampai aku pun kau tak nak call atau teks?" Soal Airis. Sungguh dia terasa hati. "Sibuklah juga. Ada beberapa projek yang aku kena uruskan" kata Aiman. "Oh , baguslah kalau macam tu" kata Airis. "Kau merajuk ke?" Soal Aiman. Airis diam. "Hum.. Agak dah kawan aku sorang ni merajuk." Kata Aiman selamba. Makin sakit pula hati Airis. "Sebab tu aku bawakan hadiah!" Tambah Aiman lagi menghulurkan sebuah beg kertas. "Wow , tudung" Airis tersenyum. "Yalah aku tak merajuk lagi" Balas Airis.

Airis merebahkan tubuhnya dia atas katil , dia tersenyum sendirian. "Airis kau ni kenapa? Angau ke?" Soal Airis sendirian. Pipinya di tampar lembut. "Hem.. tapi kalau aku cakap aku suka dia tentu dia tak nak hubungi aku lagi" Kata Airis sendirian. Airis memandang beg kertas yang di berikan oleh Aiman. Di keluarkan tudung tersebut. Terapat sebuah nota yang terlekat dia tudung tersebut.

Dear Airis,

Janganlah merajuk. Macam itik salai aku tengok muncung kau tu.

From T. A.F

Airis tergelak kecil. "Itik salai nilah kawan baik dia" omel Airis sendirian.

"Airis! Jom jogging" Pelawan Aiman apabila terserempak dengan Airis. "Sorry Aiman. Aku kena gerak ni. Ada meeting. Kau tak kerja ke?" Soal Airis. "Tak , hari ni aku off" Balas Aiman. Airis mengangguk sebelum menapak masuk ke dalam kereta. 'Lewat sangat agaknya budak ni' keluh Aiman dalam hati. Dia mengeluarkan Mp3 miliknya. Eearphone di sumbatkan ke dalam telinga.

Jam 10 malam kelibat kereta mini cooper milik Airis baru kelihatan. "Airis" panggil Aiman. "Eh, Aiman kenapa duduk luar ni?" Soal Airis binggung. "Baru lepas pergi surau. Esok jom tengok wayang" Ajak Aiman. Dia sudah lama tidak menonton wayang. Agaknya sudah berabad! "Ok jugak. Aku pun lama tak tengok wayang. Cerita apa yang tengahhot sekarang?" Soal AIris. "Banyak jugaklah. Kau nak cerita cinta ke seram ke adventure?" Soal Aiman kembali. "Kita tengok cerita seramlah. Best sikit" kata Airis. "Ok esok aku book tiket. Kau off day esok?" rancang Aiman. "Off day" balas Airis. "Ok , aku pick up kau jam 8" kata Aiman sebelum berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience