Bab 9

Crime Completed 27674

Airis tersedar daripada tidurnya. Terasa seperti sesuatu yang hangat mendarat di bibirnya. 'Takkan El?' desis hatinya. Dia membuka kelopak matanya. Lelaki yang di cintai sedang tersenyum memandangnya. "Sayang dah bangun?" Soal Aiman. Senyuman manis di wajah lelaki itu membuatkan dia semakin kacak. 'Sayang?' Soal sendirian. Mungkin dia yang tersilap dengar. "Sudah" Balas Airis. "Sayang , abang kena pergi" Ucap Aiman. "Pergi?" Soal Airis. "Jauh dari sayang" Kata Aiman. Kedengaran rintihan kecil daripada Aiman. Pipi jejaka itu di basahi cecair jernih. "Apa?" Soal Airis lagi. "Maaf" Kata Aiman sepatah.

BAM!

Airis terjaga dari mimpinya. Dia berpeluh. 'Ya Allah , suami aku' Di pandang sekilas Suaminya yang sedang lena di buai mimpi. "Hujan" Gumam dia sendirian. Badan di rapatkan ke badan Aiman. Belakang Aiman di peluk. Seperti tidak mahu melepaskan Aiman. Aiman terjaga daripada tidur. Jam loceng di pandang sekilas. 5:20 A.M. Dia menganggkat tangan Airis daripada pinggangnya. Dengan segera dia ke tandas bagi menunaikan solat subuh. Angin sepoi-sepoi bahasa menemani Aiman dan Airis. Aiman sibuk mengemaskan beg mereka di letakkan ke dalam kereta.Manakala Airis pula sedang bersalam-salaman dengan Opah dan ibu saudara serta bapa saudara Aiman. Kemudian mereka meneruskan perjalanan pulang.

Airis dan Aiman tiba di rumah kondominium milik Aiman. Mereka menapak masuk ke dalam rumah itu. 'Besarnya' Desis hati Airis. Dia lihat setiap perhiasan di dalam rumah itu. Tersusun atur dan kemas. "Awak ni bilik kita" kata Aiman menunjukkan master room. "Wah , besar. Boleh muat ramai ni" Kata Airis. Aiman tergelak. "Beria , lepas ni kita pergi mall. Beli barang dapur" Kata Aiman. Airis mengangguk.

Setibanya di pasaraya di Subang Airis dan Aiman masuk ke dalam. Ketika sedang membeli beberapa bahan masakkan seorang gadis yang berumur dalam lingkungan 3 tahun memeluk kaki Airis. "Mama, Mama" Kata gadis kecil itu. Airis bercangkukng. "Sayang , Auntie bukan mama kamulah. Kamu silap orang" Kata Airis. Muka gadis itu seperti hendak menangis. "Shh.. Jom auntie teman carikan mama kamu" Kata Airis megendong gadis itu. "Awak jom teman saya cari mama dia" Kata Airis. Setelah puas mencari akhirnya seorang perempuan berbaju kurung berwarna coklat muda dan seorang lelaki berbaju kemeja berwarna biru merapati mereka.

"Ya Allah , Kemboja! Kemboja pergi mana ? Puas mama cari" Kata Wanita itu. "Terima kasihlah ye dik. Kalau tak akak tak tau apa jadi" Kata Wanita itu. "Nama akak apa?" Soal Airis sambil menapat wajah gadis di hadapannya. Sungguh comel. Seperti anak patung. Matanya bulat, kulitnya putih dan gebu. "Nama Akak Qasmeera, 32 tahun. Ni anak akak nama dia Hanan Kemboja , 3 tahun." Kata wanita itu. "Nama adik?" Soal Qasmeera. Di anggarkan gadis di hadapannya ini muda daripadanya. Kerana muka gadis di hadpannya ini nampak seperti remaja. "Nama saya Engku Airis umur 23 Panggil Airis. Ni suami saya , Tengku Aiman 23 tahun panggil Aiman" balas Airis. "Belum ada anak?" Soal Qasmeera. "Belum. Baru je kahwin kak" Balas Airis sambil tersengh kecil. "Akak gerak dulu ye Airis. Terima kasih tolong jagakan anak akak. ni nombor akak." Kata Qasmeera menghulurkan sebuah kad.

Selesai membeli barang dapur mereka kemabli ke kondo. "Ah! Penatnya!" Keluh Airis. "Penat? kalau penat pergi mandi. Lepas tu siap , kita pergi makan kat luar" Kata Aiman. "Okey " Balas Airis. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Tuala di ambil dan di sangkut ke bahu. Baju t-shirt adidas bercorak bunga dan seluar tracksuit adidas berwarna kelabu serta alatan peribadi di bawa masuk ke dalam bilik air. Selesai mandi Airis menyarungkan Hoodies Adidas berwarna kelabu. Aiman pula tracksuit adidas berwarna hitam dan hoodies adidas berwarna hitam.

"Bila kita nak ada anak?" Soal Aiman ketika mereka sedang makan. "Ish , sabarlah dulu. Kita honeymoon pun belum. Kalau ada anak nantikan susah nak honeymoon." Kata Airis panjang lebar. "Eleh , alasan lebih." Balas Aiman. "Kalau Aiman nak anak buat lah sesorang" Balas Airis. "Hei , gila ke? Macam mana Aiman nak buat sorang-sorang. Tak logik"Tungkas Aiman. "Hehehe . Tau pun. Tungglah nanti , honeymoon ke tunggu jela" kata Airis. "Yelah " balas Aiman sepatah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience