Bab 3

Crime Completed 27674

Airis temanggu sendirian di pejabatnya. Dia kusut. 'Kenaplah mama buat aku macam ni??' Bentak hatinya. Dia keliru. Antara sahabat dan cinta mana satu darjat Aiman di hatinya. Dia sukakan Aiman sejak mereka kecil dalam masa yang sama dia menganggap Aiman sebagai sahabatnya. Airis meletakkan kepalanya di atas meja. Sungguh moodnya ke laut.

Flashback

Pagi tadi..

"Ma nak cakap apa dengan Airis ni?" Soal Airis kepada Puan Engku Mariam. Entah kenapa hatinya gemuruh semacam seperti tentang hidup dan matinya. "Mama dan papa dah berbincang dengan Uncle Tengku dan Auntie Tengku , Mereka nak jodohkan Airis dengan Aiman" Kata Puan Engku Mariam. Airis terkedu. 'Kahwin? Dengan Aiman? Sahabat aku sendiri?' soal hatinya bertubi-tubi. Airis bagaikan di bom. Fikirannya sungguh kusut. Memikirkan tentang Aiman dan berkahwin. 'Sanggupkah dia? Layakkah aku? Bolehkah kami?' berbagai-bagai soalan berlegar di mindanya.

Hampir 15 minit dia menyepi akhirnya dia bersuara. Dan jawapan yang di berikan bukanlah daripada apa yang di fikirkan. Jawapan itu mengecewakan dirinya tetapi mengembirkan ibu bapanya. 'Tak apalah , Berkorban sikit demi ibu bapa kau Airis' gumam hati Airis. "Emmm.. Suka hati ma lah. Airis follow je." Balas Airis walaupun dalam kepalanya sudah memaki-maki dirinya kerana memberikan jawapan yang berbeza daripada apa yang di fikirkan. "Okay , thank you honey" kata Mamanya. Airis hanya mengangguk sebelum meminta diri untuk pergi ke tempat kerjanya.

End Flashback..

Aiman memandang Airis yang daripada tadi tidak menyentuh makanannya. Pelik juga dia dengan sikap Airis yang senyap daripada tadi dan dahinya juga asik berkerut memikirkan sesuatu. Nak tak nak terpaksa jugalah dia bersuara. "Airis , kenapa kau tak makan? tak sedap ke?" Soal Aiman. "Eh , mana adalah. Sedap je. Just fikirkan ways nak selesaika problem." Balas Airis tersenyum tawar.

'Dah tahu ke dia plan abah dengan ibu? Kalau dia tolak macam mana? Kalau dia tak suka aku? Kalau semua tak jadi? Jejaskan persahabatan tak?' soal dirinya sendiri di dalam minda. Airis mengeluh perlahan. Sungguh dia tidak menyangka akan jadi serumit ini. Aiman memandang Airis. "Airis , don't worried about our wedding. Insya Allah Everything will go smoothly" kata Aiman. "Tak Aiman. Aku just fobia sikit. Takut nanti semua tak jadi je" Balas Airis.Dia sedikit lega kerana Aiman sudah mengetahui rancangan orang tua mereka. "Sokay , Aku takkan tinggalkan kau. Macam Daniel Azmi buat kat kau. Dah makan cepat. Nak masuk office sekejap lagi." kata Aiman.

Airis meneliti gaun pengantin yang tersedia di butik itu. Sebenarnya dia agak malas mahu keluar fitting baju. Tapi di sebabkan di paksa oleh mamanya terpaksa juga Airis mengagahkan kaki pergi ke butik tersebut bersama Aiman. "Airis , nak tema apa?" Soal Aiman. Di belek-belek sejak tadi catalog yang memaparkan pelbagai tema pelamin dan sebagainya. Airis memandang ke arah Aiman. Tekun sungguh jejaka itu membelek catalog tersebut. "Erm.... Peach okay tak? ." Cadang Airis. "Okay. Tu untuk resepsi. Untuk nikah?" Soal Aiman. Maklumlah dia lelaki. Tak berapa tahu sangat tentang fashion ni. "Kita buat warna biru lembut." tambah Airis lagi. Aiman megangguk setuju.

Selesai membuat semua tempahan baju nikah dan sanding mereka berdua bergerak ke Pusat beli belah untuk mencari kasut. Untuk Airis sajalah. Sebab Aiman sudah mempunyai kasutnya sendiri. Airis hanya membeli dua pasang kasut. Iaitu Sandal Wedges Lavin dan sandal wedges LV. Kemudian mereka berdua pulang. Kata orang tua mereka , barang hantaran semua akan di uruskan oleh keluarga mereka. Jadi mereka hanya perlu fitting baju ,beli kasut , tema dan andaman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience